Saturday, June 21, 2025

Livery dan King Edward III


Catatan dari buku Freemasons.

Para juru mason dan ahli bisnes menubuh beberapa livery (atau guilds) sekitar London. Disebut juga institusi livery telah menyumbang dana dan juga meminjamkan wang kepada King Edward III. Selain livery King Edward turut meminjam dari institusi kewangan yang berpusat di Itali. [Baca m/surat 18].

Banyak info dan artikel hal ini di internet.

Lithuania

- - - - -

Wednesday, June 18, 2025

Kafe Rode Winkel - Kota Tuo Jakarta


Sebaik tiba Kota Tuo terus menuju ke sebuah kafe berdekatan untuk bfast. Kafe nama Rode Winkel. Femes bukan sahaja kerana namanya istimewa tapi juga lokasinya di bangunan paling bersejarah. Ia terletak di bangunan yang namanya Toko Merah. 

Toko Merah asalnya adalah bangunan kediaman Governor Jeneral Dutch East India Company (VOC) atau Hindia Timur Belanda. Bangunan Toko Merah dibina pada 1730. Governor Jeneral yang mendiami Toko Merah waktu itu adalah Gustaaf Willem Baron van Imhoff (Governor Jeneral period (1743-50).

Toko Merah bertukar fungsi dari kediaman Governur Jeneral kepada sebuah hotel pada period 1786-1808. Selepas itu menjadi bangunan kediaman Anthony Nacare dari 1809-1813. Pada 1851 pemilik Toko Merah berpindah kepada Kapitan Cina, Oey Liauw Kong (1799-1865). Oey membeli Toko Merah untuk jadi kediaman keluarga. Baca wiki Oey LK - link.

Kafe Rode Winkel memula bisnes mereka di Toko Merah pada November 2023. Mereka menyedia menu makanan Nusantara. Ada mee goreng, nasi goreng, dan masakan daging dan ayam. Untuk sarapan saya memilih croissant dan fries sahaja. Cukup lah tu.

 Baca sama:

wiki toko merah - link.

the history of toko merah. alnear 2015 - link.

Salt Bread

- - - - -

Sunday, June 15, 2025

Museum Sekitar Kota Tuo


Ada banyak museum di sekitar Kota Tuo Jakarta.

Museum Sejarah Jakarta (Jakarta History Museum) - the biggest museum. Baca explore sunda - link.

Museum Wayang (Puppet Museum).

Museum Seni Rupa dan Seramik Indonesia (Fine Art and Ceramic Museum).

Museum Bank Indonesia.

Museum Bank Mandiri.

Museum Bahari (Maritime Museum).

Baca explore sunda untuk info museum yang lain - link.


Teh Celup Jakarta




- - - - -


Thursday, June 12, 2025

Taman Fatahillah - Kota Tuo Jakarta


Kenapa nama Taman Fatahillah?

Taman Fatahillah ("Fatahillah Square") after Fatahillah, a pre-Dutch 16th-century commander of the Sultanate of Demak who recaptured the port city from the Portuguese.

Kalau nak pergi naik teksi turun kat Jalan Kunir. Ramai peniaga dan cubalah kerak telor.

ww

Baca wiki Fatahillah Square - link.

Baca blog tejaonthehorizon 2024 - link.

Jualan kat Lawson Jakarta

- - - - -

Monday, June 9, 2025

Bisnes Alfamidi Alfamart dan Lawson Indonesia


Sedikit catatan bisnes di Indonesia - Minimarket Alfamidi, Alfamart dan Lawson.

Beberapa hari lepas saya dapat beberapa buah tangan dari rombongan yang melawat kota Medan di  Sumatera. Ahli rombongan banyak membeli barangan makanan snek. Ada yang hadiahkan paket potato crispy produk tempatan Indonesia. Produk oleh perusahaan milik warga tempatan. Kilangnya beroperasi di Daerah Deli Serdang, Sumatera Utara.

Sebagai strategi bisnes pemilik perusahaan potato crispy Deli Serdang bergandingan dengan sebuah bisnes minimarket Alfamidi. Produk Potato Chips berkenaan dilabel dengan logo Alfamidi dan dijual di merata kedai Alfamidi. Strategi tersebut sangat bermakna kerana pemilik Alfamidi juga memiliki satu lagi bisnes supermarket nama Alfamart. Alfamart menduduki ranking bisnes terbesar di Indonesia. Manakala Alfamidi menduduki ranking ketiga di pasaran Indonesia.

Selain Alfamart dan Alfamidi konglomerat yang sama membawa masuk bisnes Lawson ke Indonesia. Lawson adalah sebuah bisnes convenience store berpusat di Jepun.





Sebuah kedai Lawson di Bogor


- - - - -






Thursday, June 5, 2025

Ulangan dan Pindaan Turkmenistan

 

Seronok pulak membaca mengenai Turkmenistan. Ketika era pemerintahan presiden pertama Turkmenistan beliau suka menama sesuatu dengan keluarga beliau atau yang ada kena mengena dengan beliau. Presiden pernah menukar nama bulan dalan kalendar mengganti Januari, Feb, March dan lainnya. 

Januari tukar kepada 'Turkmenbashi' iaitu salah satu gelaran rasmi kepada Presiden. Bulan April jadi 'Gurbansoltan' iaitu nama emak Presiden. Bulan Mei tukar kepada 'Magtymguly' iaitu nama tokoh spiritual yang menjadi guru inspirasi kepada beliau. September tukar nama kepada 'Ruhnama' iaitu nama buku propaganda tulisan Presiden. Ruhnama itu dalam bahasa Inggerisnya Book of Soul.

Selain kalendar Presiden juga menukar nama benda. Sebagai contoh roti (atau bread) dalam bahasa Turkmenistan dipanggil corek. Semasa pemerintahan Presiden pertama berkenaan beliau menukar corek kepada nama ibunya, Gurbansoltan.

Selepas kematian Presiden pertama naik pula pengganti beliau memegang jawatan presiden. Kemudiannya Presiden kedua ini bertindak menukar semula nama bulan dalam kalendar kepada yang asal. Roti juga tidak lagi dipanggil Gurbansoltan. Ia kembali kepada corek.


Monumen Hari Basikal Ashgabat

- - - - -


Monday, June 2, 2025

Nama Benda Pilihan Turkmenistan


Seronok pulak membaca mengenai Turkmenistan. Ketika era pemerintahan presiden pertama Turkmenistan, Saparmurat Niyazov, beliau suka menama sesuatu dengan keluarga beliau atau yang ada kena mengena dengan beliau. Niyazov pernah menukar nama bulan dalan kalendar mengganti Januari, Feb, March dan lainnya. 

Januari tukar kepada 'Turkmenbashi' iaitu salah satu gelaran rasmi kepada Niyazov. Bulan April jadi 'Gurbansoltan' iaitu nama emak Niyazov. Bulan Mei tukar kepada 'Magtymguly' iaitu nama tokoh spiritual yang menjadi guru inspirasi kepada Niyazov. September tukar nama kepada 'Ruhnama' iaitu nama buku propaganda tulisan Niyazov. Ruhnama itu dalam bahasa Inggerisnya Book of Soul.

Selain kalendar Niyazov juga menukar nama benda. Sebagai contoh roti (atau bread) dalam bahasa Turkmenistan dipanggil corek. Semasa pemerintahan Niyazov beliau menukar corek kepada nama ibunya, Gurbansoltan.

Selepas kematian Niyazov naik pula Gurbanguly Berdimuhamedow memegang jawatan Presiden. Berdimuhamedow kemudiannya bertindak menukar semula nama bulan dalam kalendar kepada yang asal. Roti juga tidak lagi dipanggil Gurbansoltan. Ia kembali kepada corek.


Statue of Gurbansoltan Eje with her son, Saparmyrat Nyýazow

[sumber - link]