Sunday, December 23, 2018

Pemimpin Salib Terbunuh - Raymond de Poitiers


Beberapa kejayaan dicapai oleh pasukan Muslim dalam Perang Salib 2. Antara yang penting adalah terbunuhnya pemimpin tentera Salib, Raymond de Poitiers. Beliau terbunuh dalam satu pertempuran pada akhir Jun 1149. Pada ketika itu pasukan Muslim dipimpin oleh Nuruddin Zanki.

Pemimpin pasukan Salib Kedua yang menonjol adalah Pendeta San Bernard dari Perancis. Beliau mendapat dokongan kuat Raja Perancis, Louis VII dan Raja Jerman, Conrad III. 

Sekitar Masjid Ahmed

- - - - -

Wednesday, December 19, 2018

Cetus Mula Perang Salib Kedua


Catatan m/s 73 Atlas Perang Salib.

Tokoh yang mencetus semangat jihad dikalangan Muslim adalah Maudud bin At-Tuntakin (d.1113), seorang pemerintah Mosul. Usaha oleh Maudud bermula pada 1110M. Usaha PS2 berjaya merampas semula Ar-Ruha melalui pimpinan Imaduddin Zanki pada 1145M/539H

Malangnya Maudud telah dibunuh oleh seorang anggota Assassin/Hasyasyiyun. Ini merupakan satu lagi kerja khianat puak Batiniah yang menunjukkan kebencian kepada Islam berbanding kafir.

Dalam era yang sama malangnya wujud pula saingan antara pemimpin Saljuk, Sultan Mas'ud, dengan khalifah Abbasid Al-Mustarsyid Billah.

Baca mawdud - wiki (link).

Pintu masuk Masjid Ahmed, IST

- - - - -

Saturday, December 15, 2018

Faktor Penyebab PS Menurut Barat


Catatan penulisan Barat menyebut perkara berikut sebagai pencetus PS.

Kemarahan mereka bila mana dikatakan Gereja Sepuhlare dimusnah angkara pemimpin Fatimid Al-Hakim bi Amr' Allah.

Kemarahan dan kekecewaan mereka bila mana mengenang kekalahan Byzantine dalam perang Manzikert.

Propaganda Peter the Hermit yang mengata bahawa beliau dilarang masuk Baitul Maqdis oleh pemerintah Seljuk.

Faktor ekonomi bila mana pedagang besar mahu menguasai perdagangan Laut Tengah. Mereka sanggup menyumbang dana PS.

Baca muslimasia (link).

Dalam artikel sama disebut faktor kekalahan tentera Islam;

Sebab kekalahan umat Islam: Perebutan kuasa di antara pemerintah Islam serta kesibukan pemerintah Islam yang lain untuk mengukuhkan negeri masing-masing sehingga tiada bantuan diberikan kepada kerajaan Islam di Syam, yang diserang oleh Pasukan Salib. 

Fatih, Istanbul

- - - - -

Monday, December 10, 2018

Buku Holy Warriors (2009)


Buku Holy War ditulis oleh John J O'Neill. Beliau penulis yang punya sentimen memburuk dan menyerang Islam. Antara tokoh dan penulis lain yang senada beliau adalah Bernard Lewis dan Thomas Madden. Antara penulisan Madden adalah artikel "Crusade Propaganda" dan buku tentang tajuk Crusades.

Sedikit petikan:

Ada review yang menolak penulisan HW;

Great book only bad points are the anti islamic political stance . Also the illig thesis I was not convinced -(link).

Baca sama 'The Crusade: a responses to Islamic aggression'. artikel 10 m/surat oleh penulis buku HW (link).

Pandangan yang berbeza boleh kita dapat dari contohnya tulisan David Levering Lewis.

Notwithstanding these voices of dissent, the view that yet prevails in popular culture and indeed in academia is of an advanced, cultured and urbane Islamic civilization subjected to an almost entirely unprovoked attack by a backward and semi-barbarous Europe. This is the view, for example, expressed in David Levering Lewis' recently published, God's Crucible: Islam and the making of Europe, 570-1215, and it is one that is predicated upon the belief - still almost universally held - that for centuries (during the so-called "Dark Ages") Europe was a semi-literate and semi-savage backwater, a cultural graveyard mired in poverty, brutality and illiteracy.  

O'Neill juga mengkritik pandangan dan tulisan sejarawan Marcus Bull dalam The Oxford History of Crusade. O'Neill menulis seperti berikut:

The line of reasoning taken by Marcus Bull in his examination of the origins of the Crusades in The Oxford History of the Crusades. In an article of almost 10,000 words, Bull fails to consider the Muslim threat at all. Indeed he mentions it only to dismiss it.

Baca juga 'Jerusalem: from muslim to christian city' - medievalist (link).

Terbitan 2009

- - - - -

Thursday, December 6, 2018

The Context for the First Crusade

 

Artikel untuk dibaca mengenai Crusade ada merata sumber. Antara yang banyak dibincang faktor penyebab berlaku PS. Salah satu sumber adalah artikel 'The context for the First Crusade: The situation in the East'.

Sumber: manc historian (link).

Pesawat Turkish Airlines

- - - - -

Friday, July 27, 2018

Artikel Pengaruh Ilmu Kolonial Dalam Permuziuman


Selain pendidikan dan ekonomi kolonial turut juga mahu mengawal ehwal sejarah tempat yang dijajah. Sebagai contoh ketika penjajahan Jepun mereka mengambil langkah mengenai ekshibit yang boleh diletak di muzium. Baca artikel "Pengaruh ilmu kolonial dalam permuziuman". Artikel tebal 15 m/surat terbit sekitar 2017. 

Antara paparan imej mengenai Melayu oleh penjajah:

Bersifat sterotaip dalam bentuk prejudis ras yang ketara. Watak orang Melayu disifatkan malas, fatalis, berpuashati dengan apa yang dimiliki dan berlaku kerana faktor genetik yang rendah. Sifat utama kajian-kajian ini mendedahkan dan menyebarkan propaganda kononnya masyarakat Melayu adalah bersifat negatif seperti malas (Wright & Reid, 1912), suka berpoya-poya (De Eredia, 1930), keras kepala (Raffles, 1930), tidak boleh diharap (Richmond, 1928), suka berhutang (Swettenham, 1895) dan sebagainya.

 Sumber: jurnal mohe (link).

Muzium Petaling Jaya

Sumber: muzium pj (link).

Muzium Petaling Jaya terletak di dalam kawasan Taman Tasik Jaya, Seksyen 10, Petaling Jaya. Pada asalnya merupakan Rumah Taman Bacaan Kanak-kanak yang telah dirasmikan pada tahun 1980 oleh Datin Hajah Sulaimah Bt. Maiji, iaitu isteri kepada bekas Menteri Besar Selangor iaitu Ybg. Dato’ Haji Hormat Rafei ( 1976 – 1982 ).

- - - - -

Monday, July 23, 2018

Artikel Sifat Ekonomi Masyarakat Melayu Era Pra- Kolonial


Selain pendidikan British juga melaksana agenda meminggir masyarakat Melayu di segi ekonomi. Lihat pula bagaimana sistem ekonomi Melayu pada aman British. Baca "Sejarah Perkembangan Ekonomi Semenanjung Tanah Melayu Dan Sifat Ekonomi Masyarakat Melayu Era Pra- Kolonial". Artikel tebal 26 m/surat.

Sedikit rumusan yang ditampilkan adalah .. Masyarakat tradisional tempatan dilihat mempunyai kehidupan sosioekonomi yang tersendiri, dengan struktur politiknya berbentuk feudalisme serta terdiri daripada satu masyarakat tunggal sebelum kedatangan kolonialisme British.

Sumber: jurnal ukm (link).

Sebuah sekolah Melayu di Perak

Baca Sejarah Sekolah Melayu Di Perak. orangperak dot com - link.

- - - - -

Wednesday, July 18, 2018

Artikel Ketamadunan Melayu dan Sains



TV - Prague Homestay


Pembelajaran dikalangan kaum Melayu pada zaman British dan kolonial sebelumnya tidaklah diberi perhatian sangat. Namun kesedaran memaju pendidikan Melayu mula terbela dengan adanya inisiatif yang diperkenal oleh Kaum Muda.

Baca artikel "Ketamadunan Melayu dan Sains: satu analisis awal ke atas pencapaian masyarakat Melayu dalam bidang Sains". Sumber: jurnal teknologi utm - link.

Sekolah Rakyat

Baca "Pendidikan Melayu zaman British". m-update (link).

Petikan -

Sekolah Melayu mula diperkenalkan pada pertengahan abad ke-19 di NNS. Sekolah yang terawal dibuka (1815) sebagai sebuah cawangan Penang Free School di Pulau Pinang oleh Persatuan Mubaligh Kristian – Sek. Melayu Gelugor dan Sek. Melayu Bayan Lepas. 1856 – dua buah sek. Melayu dibuka di Singapura, iaitu di Sek. Melayu Telok Belanga dan Sek. Melayu Kampung Gelam. Pada tahun 1863, tiga buah sekolah Melayu lagi telah dibuka di Seberang Perai, iaitu di Penaga, Permatang Pauh, dan Bukit Tambun.

- - - - -