Setem khas Malaysia sempena 100th Anniversary of the Sarawak Council. Tarikh keluaran September 8, 1967.
Majlis Negeri Sarawak dibentuk oleh Rajah Sarawak pertama James Brooke, susulan daripada 'General Council' yang turut dikenali sebagai 'Supreme Council' yang ditubuhkan dua tahun sebelumnya pada 1865.
Mesyuarat pertama Majlis Negeri Sarawak yang juga dipanggil Majlis Umum diadakan pada 8 September 1867 di sebuah perkampungan nelayan di Bintulu, dipengerusikan oleh Rajah Muda Charles Brooke. Tak termasuk Rajah Muda Brooke sebagai Presiden, Majlis Umum tersebut terdiri daripada 5 orang Inggeris & 16 orang tempatan dari kaum Melayu & Melanau beragama Islam yang membantu dalam mentadbir wilayah-wilayah di bawah jajahan Rajah Brooke yang ketika itu hanya meliputi kawasan persisiran.
- - - - -