Monday, May 17, 2021

Sejarah Sailendra, Alexander dan Nusantara (323 SM)


Alexander The Great mara dengan pasukannya masuk ke India.Mereka berjaya menawan Lembah Indus meliputi wilayah Afghanistan dan Pakistan moden kini. Alexander mengahwini gadis Lembah Indus dan begitu juga dengan para panglima tentera beliau. Keturunan dari perkahwinan tersebut dikenali dengan keturunan Alexander atau dalam bahasa India disebut Srikandar atau Sailendra. Dalam kalangan Indo-Pakistan mereka dikenali sebagai Kalash Kafirs. 

Puak Sailendra kemudiannya datang menetap di Kepulauan Nusantara. Turut melarikan diri ke Jawa adalah bangsa India yang terusir setelah Yakjuj & Makjuj menguasai Lembah Indus.  Pada masa itu pulau Jawa dikuasai oleh keluarga Darmawangsa. Mereka juga datang ke Jawa dan membina Candi Borobudur pada 824M. Candi tersebut dikatakan dibangun oleh Raja Samaratungga salah seorang raja keturunan Mataram. Binaan tersebut siap setelah mengambil masa seratus tahun.

Setelah berjaya menguasai Lembah Indus Alexander kembali menuju Babylon dan meninggal dunia di sana pada 323 SM pada usia sekitar 32 tahun.

Catatan bacaan buku Yakjuj & Makjuj page 454. 

Baca juga "The Sailendras re-considered". iseas - link.

Sebuah masjid tua di Rawalpindi, Pakistan

Baca "Visiting the oldest mosque in Rawalpindi - Markazi Jamia Masjid". orphan nation - link.

- - - - -

Wednesday, May 12, 2021

Scynthia dan Raja Sinsharishkun Assyria (r.627-612 SM)


Catatan bacaan page 422.

Tentera Scynthia yang dikaitkan sebagai gerombolan Yakjuj dan Makjuj telah turut menyerang Babylon/Mesopotamia. Serangan tersebut berlaku ketika Babylon diperintah oleh kerajaan Assyria pimpinan Raja Sinshariskun. Kekuatan tentera Scynthia dan juga ganasnya cara serangan mereka menimbul rasa gerun kepada Raja Assyria. Beliau berputus asa dan akhirnya mengambil tindakan membunuh diri. Beliau memerintah para pembesar mengumpul kayu api dan membakar bilik perlindungan beliau bersama isteri dan semua harta milik beliau.

Babylon - Unesco Heritage

[located 85 km south of Baghdad]

Baca "Babylon designated as a Unesco World Heritage sites". orissa post 2019 - link.

"Where was Babylon and does it still exist?". how stuffs work - link.

- - - - - 

Tuesday, May 11, 2021

Military History of Ukraine – Scythians


Negara Ukraine telah mengeluarkan setem khas bertema Military History of Ukraine – Scythians. Setem berkenaan dikeluar pada Januari 2002.

Baca ukrainean stamp album - link.

The issue is comprised of four (4) perforated stamps, each depicting a different battle scene.

The first stamp shows a horse-mounted warrior.

The second stamp shows a heavy armoured warrior.

The third stamp shows a commander and young-warrior.

The fourth stamp shows a female warrior "Amazon".

 

Military History of Ukraine – Scythians

- - - - -

Saturday, May 8, 2021

Sejarah Yakjuj Makjuj, Scythia dan Nabi Yunus


Pada zaman Nabi Yunus sekitar 790-750 SM dikatakan berlaku kemarau panjang yang mengakibat kebuluran. Maka tanah pertanian dan rumput untuk ternakan semuanya habis musnah. Peristiwa tersebut mengakibat serangan oleh puak Scynthia dari Eurasia ke kawasan subur Asia Barat Daya meliputi Armenia dan sekitarnya. Nabi Yunus yang mendiami Nineveh menyeru kaumnya untuk berdoa, berpuasa dan bertaubat. Allah menyelamatkan kaum Nabi Nuh dan puak penyerang tersebut bergerak mara pula menghala timur menuju ke China.

Setelah menyerang China Scythia kembali semula ka Barat dan bertempur pula dengan puak Cimmeria di wilayah Crimea dan seterusnya dengan puak Hitti di Urartu di wilayah Asia Tengah. Scythia dikatakan asal usul kepada gerombolan Yakjuj dan Makjuj.

Catatan buku sejarah Yakjuj & Makjuj m/surat 388.

Satu peninggalan sejarah di Nineveh

sumber: flickr - link

- - - - -

Wednesday, May 5, 2021

Kerajaan Hyksos Mesir & Nabi Yusof


Kisah Nabi Yusof mencatat bahawa beliau pernah dilantik sebagai menteri Mesir. Menurut sebuah catatan kaum Hyksos mula memerintah period sekitar 1700SM. Mereka berasal dari kaum Arya yang melarikan diri dari serangan Barbar ke atas Mesopotamia. Nabi Yusuf di bawa ke Mesir sekitar 1600SM yang ketika itu diperintah oleh Raja Hyksos bernama Apopi I. Tidak lama kemudian Nabi Yusof diangkat sebagai menteri dan saudara Yusof yang lain mula datang ke Mesir sekitar 1573SM.

Sebuah catatan lain pula menyebut bahawa Yusuf dibawa ke Mesir sekitar 1903SM. Pemimpin Mesir ketika itu adalah Rayyan bin al-Walid dari suku Amalik (Hyksos). Yusuf dilantik sebagai menteri sekitar 1885SM. Pada 1869SM berlaku kemarau dan kebuluran. Manakala pada 1866SM Yusuf menjemput saudara dan bapanya berpindah ke Mesir.

Catatan bacaan Yakjuj & Makjuj pg296.

Masjid El-Taiba, Aswan, Egypt

Baca "the six things to do in Aswan". aswan to do - link.

- - - - -