Saturday, May 28, 2022

Artikel the Experience of PAS in BA and PR



Waterloo Station

Sebuah artikel yang membincang pengalaman politik PAS ketika bersama PH. Artikel bertajuk From consensus to conflict: the experience of PAS in BA and PR. Artikel 15 m/surat. Menurut penulis timbul pelbagai permasalahan sepanjang gabungan Pas bersama BA dan PR.

Petikan -

This failure is due in part to the contradiction that exists of between remaining faithful to the party principles and going for broke in order to acquire the glory of power through an electorate victory assisted by the alliances. As a whole, this whole episode that we have discussed indicates that PAS political coalition is a matter of coalition of convenience and short-lived in nature.

Source: hrmars 2021 - link.

Konflik Pas-DAP jejas PR

sumber: berita astro 2017

- - - - -

Wednesday, May 25, 2022

Penciptaan Kategori Accidental


Dalam dunia penciptaan ada pula ciptaan yang dikategori sebagai tidak sengaja (accidental). Antara yang tersenarai adalah sembilan penciptaan iaitu:

1 Vulcanized rubber - usaha awal oleh Goodyear.

2 Teflon - sejenis salutan kimia ditemui oleh Roy Plunkett pada 1938.

3 Microwave oven oleh Perry Spencer pada 1945 (link).

4 Velcro - satu jenis pelekat.

5 Radioaktif oleh French scientist Henri Becquerel dan diterus kajiannya oleh Marie Curie.

6 Penicilin oleh Alexander Fleming, ahli biologi Scottish.

7 Viagra oleh syarikat farmasi Pfizer

8 Play-Doh: the iconic children's toy (1955).

9 Saccharin - zero calorie sweetener (1879).


Velcro tape (ciptaan #4)

Baca foxnews - link.

- - - - -

Friday, May 20, 2022

Kajian Politik Nasionalis Kiri Melayu 1945-1948 (Upsi 2019)


Kajian bertajuk "Kedaulatan rakyat dalam perjuangan politik nasionalis kiri Melayu, 1945-1948" oleh Wan Noorlizawati. Beliau mengemukanya sebagai tesis kedoktoran Upsi tahun 2019. Kajian seliaan Prof Ishak Saat dan Dr Nazirah binti Lee. Turut menyelia adalah mantan penyelia iaitu Dr Nabil Abdullah.

Kandungan:

Latar belakang politik Melayu; Demokrasi sebagai medium perjuangan kedaulatan rakyat; Kedaulatan rakyat: pemerkasaan masyarakat Melayu; Cabaran dalam perjuangan kedaulatan rakyat; Rumusan.

Sumber: upsi - link. [folder: afq - sahul upsi]

Bangunan utama bersejarah Upsi

- - - - -

Tuesday, May 17, 2022

Sorotan Terpilih Dalam Sejarah Malaysia


Sebuah buku yang menarik "Sorotan Terpilih Dalam Sejarah Malaysia". Buku merupakan terbitan sebagai sumbangsih kepada Dr Cheah Boon Kheng. Terbitan USM Press pada 2000.

Kandungan:

Bab 1. Menulis Sejarah Malaysia: Beberapa Persoalan Tentang Pendekatan Dan Kaedah Kajian. Tan Liok Ee.

Bab 2. Kontroversi Pendekatan Europe-Centric - Malaysia Centric: Satu Tinjauan Semula. Kassim Ahmad.

Bab 3. Sejarah Budaya Masyarakat Bumiputera Malaysia. Badriyah Haji Salleh.

Bab 4. Masyarakat Melayu-Muslim Pulau Pinang 1830an-1930an: Masalah Kepimpinan Dan Pengaruh Kingsi Gelap. Mahani Musa.

Bab 5. Majlis Mesyuarat Negeri Kedah: Cabaran Politik Dan Pentadbiran Dalam Konteks Kesetian Dan Kenegerian 1909-1941. Mohd Isa Othman.

Bab 6. Trade Unionism In Colonial Malaya: Change And Development 1945-1947. Leong Yee Fong.

Bab 7. Japaness Occupation Of Malaya: Question And Some Answer. Paul Kraroska.

Bab 8. Perkahwinan Dan Penceraian Di Johor 1942-1945: satu Aspek Sejarah Sosial Zaman Pendudukan Jepun. Abu Talib Ahmad.

Bab 9. Pendudukan Jepun Dan Komuniti Cina Di Sarawak: 1941-1945. Ooi Keat Gin

Sumber: link. [folder: afq sahul upsi].

SoroTerpilih Dalam Sejarah Malaysia

- - - - -

Saturday, May 14, 2022

Gagasan Melayu Raya


Menurut Rustam Sani Gagasan Melayu Raya merupakan satu gagasan nasionalisme yang amat jelas. GMR yang diperkenal oleh KMM merupakan konsep yang berasaskan asal-usul kebudayaan yang sama. Citi-cita penubuhannyadirealisasikan pula dalam bentuk tindakan politik. Bermula dengan KMM kemudian terbentuk pula PKMM dan pertubuhan politik sealiran seperti Putera-Amcja, PRM, Parti Islam Se-Malaya (Pas) dan sebagainya.

Elok juga kalau boleh dicari artikel "Tak kan Melayu hilang di dunia ..." oleh Abdul Rahman Ismai. Artikel terbit dalamNasionalisme satu sejarah editoring oelh R Suntharalingam.

Catatan buku Gasagan MR m/surat 14.

Baca juga Ramanathan Suntharalingam (1936-1998) dalam memoriam (J Stor - link). Beliau memperolehi BA 1960, MA 1962 Phd SOAS 1966. [kratoska - link].

Buku Sejarah oleh pengarang British

- - - - -

Tuesday, May 10, 2022

Barat Mengkaji Tentang Bangsa Jajahan


Penjajah Barat dan negara jajahan.

Menurut sebuah tulisan dari segi sejarah, ketika penduduk negara-negara jajahan Barat masih terlena, Barat sudah pun selesai membedah psikomental mereka. Contohnya bangsa Asia dan Afrika. Sehingga Barat telah pun menjadi lebih arif tentang Asia dan Afrika mengatasi pengetahuan penduduk pribumi terhadap diri mereka sendiri.

Barat menggunakan slogan 'knowledge is power'. Dengan menerap ilmu kolonial penjajah berjaya menguasai 'ruang epistemologi' seiring dengan penguasaan fizikan negara-negara yang dijajah.

Sebagai contoh ketika British menjajah Malaya sudah buku ditulis oleh pengarang Barat. Pengarang tersebut ramai yang terdiri pegawai British yang dihantar bertugas mentadbir Malaya. Contonhya adalah Winstedt, Swettenham, Maxwell dan ramai lagi yang buku-buku mereka masih boleh kita baca. Penulisan mereka telah sekian lama turut menjajah pemikiran dan intelektual sehinggakan membantu pihak British untuk menegakkan benang basah mereka. Penulisan mereka juga meninggal kesan yang melahirkan jiwa terjajah (captive minded) di kalangan penduduk yang dijajah..

Catatan bacaan buku Gagasan Melayu Raya m/surat 6.

Antara buku-buku karya pentadbir British

- - - - -

Thursday, May 5, 2022

Respon Pemikir Islam Terhadap Modeniti


Islam dan kemodenan telah banyak dibincang sekian lama. Antara kajian yang terdapat di egara kita adalah bertajuk "Respon Pemikir Islam Terhadap Modeniti: wacana sains Islam sebagai kajian Malaysia. Kajian kedoktoran oleh Maisarah Hasbullah UM tahun 2012. Pemikira yang dikaji adalah Seyyed Hossein Nasr, Ismail al-Faruqi, Ziauddin Sardar dan Syed Muhammad Naquib al-Attas.

Sumber: repo um - link.

University Yahia Fares Medea, Algeria

Oldest Arab universities founded 1000 years ago. the aawsat - link.

- - - - -