Bacaan diambil dari artikel jurnal bertajul "Abdullah bin Saba' - analisis dari perspektif cendekiawan Islam'. Artikel terbit dalam Jurnal Usuluddin. Disebut dalam artikel tersebut bahawa Abu Dhar al-Giffari, seorang sahabat Nabi yang dikata juga tergolong sebagai kaum Saba'iya. Selain daripada Abu Dhar, tergolong dalam kaum Saba'iyah ialah 'Ammar bin Yasir, Muhammad bin Abu Huzaifah, 'Abd al-Rahman bin 'Udais, Muhammad bin Abu Bakar, Sya'sya'ah bin Syuhan dan Malik al-Asytar (sahabat Nabi kalangan Tabi'in).
Artikel turut membincang kenapa Abu Dhar, Ammar bin Yasir, Muhammad bin Abu Bakar, Malik Asytar tergolong sebagai Sabaiyah. Muhammad Abu Bakar dan Malik Asytar turut berjuang dalam perang siffin dan jamal di pihak Ali. Artikel juga melontar pertanyaan adakah benar tokoh-tokoh sahabat tersebut terjerat oleh tipu helah dan muslihat Abdullah bin Saba'.
Raynold A. Nicholson menulis bahawa Abdullah bin Saba', seorang Yahudi yang memeluk Islam sebenamya seorang jahat dan sentiasa berusaha menyesatkan kaum muslimin. Julius Wellhausen pula menulis bahawa kaum Saba'iyah memproklamasikan 'Ali sebagai satu-satunya khalifah yang sah dan ketaatan kepadanya sama seperti ketaatan kepada tuhan.
Folder: 2023 jun sejarah kuala lumpur.
Tempat parkir airbnb
- - - - -