Monday, October 30, 2023

Hartal dan Sikap India MIC


Hartal dilancar pada 1947 dan antara pelopor yang mendokongnya ialah Tan Cheng Lock. Beliau cenderung dengan usaha berkenaan setelah melihat kejayaan Hartal semasa berada di India. Namun rancangan Hartal tidak mendapat sokongan di kalangan beberapa kelompok orang India Malaya. Penolakan hartal jelas di kalangan golongan peniaga dan profesional India. Begitu juga dengan golongan ceti dan ahli Dewan Perniagaan India Selangor. Hanya golongan buruh India sahaja yang berminat dengan Hartal.

Pada keseluruhannya Hartal tidak tidak memberi kesan yang diharapkan oleh AMCJA. British tidak memperdulikannya dan tetap dengan rancangan melaksana PTM pada Feb 1948. Berikutnya Darurat diisytihar pada Jun 1948 dan AMCJA lenyap selepas itu.

Page 97 buku Identiti India Malaysia.


- - - - - 

Thursday, October 26, 2023

Artikel Formation of Malay and Chinese Ethnicity


Sejarah cadangan penubuhan Union dan berikutnya cadangan perlembagaan Rakyat oleh AMCJA-Putera memberi impak besar dalam hubungan kaum di Tanah Melayu. Bagi melanjutkan perbincangan tersebut elok baca juga sebuah artikel terbitan Uiam. Artikel bertajuk 'Imperialism, Colonialism and their Contribution to the Formation of Malay and Chinese Ethnicity: An historical analysis'.

Sumber: intellectual discourse uiam 2020 (link).

Tower Millineum Pier

- - - - -

Sunday, October 22, 2023

Sejarah Chettiar Tanah Melayu Abad Ke20


Baca pula artikel sejarah Chettiar Tanah Melayu pada abad ke20. Artikel ditulis oleh Azharudin Dali 

Sumber - um (link).

Boating at Thames River

- - - - -

Thursday, October 19, 2023

Penubuhan MIC Thivy dan Hal Ehwal Buruh 1946


Mesyuarat penubuhan MIC berlangsung pada 3-5 Ogos 1946. Cadangan penubuhan MIC dibawa oleh John Thivy. Beliau dulunya aktif dalam INA dan pernah berkhidmat sebagai Menteri dalam kerajaan Azad Hind. Satu perkara besar yang berlaku dalam penubuhan MIC adalah berkai dengan ehwal buruh. Organisasi GLU yang condong kepada PKM membantah Thivy (dan MIC) dari memperjuang ehwal buruh. Sedangkan menurut Thivy majoriti buruh ladang adalah kaum India maka MIC menjadi medan untuk memperjuang tuntutan mereka. Sebagai mereda suasana Thivy menukar jabatan buruh dalam MIC kepada nama bahagian eknomi. Sedangkan teras perjuangan adalah sama.

Ketika mesyuarat penubuhan MIC Thivy juga mengumum pendirian menolak Malayan Union. Pendirian Thivy telah ditolak  oleh gologna elit India. Perkembangan seterusnya memperlihat Thivy mula mengkritik Umno kerana sikap pemimpinnya terhadap bukan Melayu. Umno dilihat bukan sangat melawan British malah lebih kepada berpendirian menolak bukan Melayu.

Buku Identiti India m/s 90.

Simit Sarayi

- - - - - 

Saturday, October 14, 2023

Senarai Penerima Queen's Scholar




Queen's Scholars mula dilancar pada 1887 dan berakhir pada 1957. Bagi mengetahui senarai penerima sepanjang tempoh tersebut boleh lihat di sumber berikut - link;

1887: Lim Boon Keng, first Straits Chinese medical doctor, community leader, philanthropist, president of Amoy University.
1888: Song Ong Siang, first Straits Chinese barrister and knight, historian.
1889: C. M. Philips, principal of Raffles College. 
1904: Noel Clarke, Eurasian Association president, legislative councillor.
1904 (FMS): Chan Sze Jin, lawyer, legislative councillor.
1908: Tun Leong Kew Yoh, Governor of Malacca.
1924: Tan Ah Tan , Singapore’s first local Puisne Judge in the High Court.
1929: Tan Thoon Lip, Singapore’s first local Registrar of the Singapore Supreme Court. 
1930: Maggie Tan, first female to win the Queen's Scholarship.
1935:
 Ahmad Mohammed Ibrahim, state advocate general who drafted Singapore pre-1965 constitution, and served as Attorney-General and an Ambassador.

1937: Ismail bin Mohammed Ali, first Malay Governor of Bank Negara.
1937 (FMS): Lim Chong Eu, served as Chief Minister of Penang.
1938: Lim Kok Ann, University of Singapore’s youngest professor, later its Dean of Medicine.
1940: Maurice Baker, educator, ambassador, pro-chancellor.
1946: EW Barker, Speaker of Parliament, Minister for Law, National Development, Environment, Labour.
1947: Kwa Geok Choo, co-founder, Lee and Lee; leading conveyancing lawyer; wife of the future prime minister, Lee Kuan Yew. 
1955: Hwang Peng Yuan, Economic Development Board chairman, Temasek Holdings vice chairman, ambassador.
1955: Wong Lin Ken, first Singaporean Ambassador to the US and the UN, Home Affairs Minister, historian.
1957: Lim Pin, Vice Chancellor, National University of Singapore.

Fellows

1940: Benjamin Shears, leading obstetrician, second President of Singapore. 
1941: Kenneth M Byrne, first PAP Minister for Labour and Law.
1954: Kanagaratnam Shanmugaratnam, leading pathologist; Dean of Medicine, University of Singapore.

Baca juga overseas chinese (link).

Chinatown



- - - - -

Tuesday, October 10, 2023

Queen's Scholar 1956 - Ang Kok Peng (d.1997)


Seorang lagi penerima QS adalah Ang Kok Peng. Beliau kelahiran Taiping dan lulus BSc UM Spore pada 1950 kemudian MSc pada 1952. Ang pernah menjadi MP mewakili part PAP, pernah menjawat jawatan Menteri dan pernah juga menjadi Duta. Beliau meninggal dunia pada Okt 1997 ketika usia 70 tahun kerana barah.

Baca juga notable recipients (link).

Ang Kok Peng

sumber - NUS (link)

- - - - -

Friday, October 6, 2023

Queen's Scholar 1956 - Huang Hsing Hua


Ada empat penerima QS 1956, tiga menerima biasiswa dan seorang lagi fellowship. Penerima biasiswa adalah Huang Hsing Hua dari Seremban, Mah Guan Kong (Spore) dan Collins Leicester (Spore). Manakala Ang Kok Peng dari Taiping menerima fellowship.

Huang Hsing Hua mula belajar di UM Spore pada 1952 dan lulus BSc 1955 kemudiannya MSc 1957.  Penerima QS beliau ke Oxford Uni pengkhususan bidang Kimia. Beliau mula berkhidmat di NUS pada 1959 dan pernah menjawat Deputy Vice Chancellor. Meninggal dunia pada Julai 2021 usia 89 tahun.

Baca NUS (link).

Huang Hsing Hua

sumber - link

- - - - -

Monday, October 2, 2023

Beberapa Pencapaian Kaum Sikh Malaysia


Sebuah buku 'Pride of Lions' memapar banyak info mengenai kejayaan kaum Sikh Malaysia. Antaranya adalah;

Who was the richest Sikh in Southeast Asia in the 1950s? Malaysia’s first Prime Minister had persuaded a retired Sikh police officer to take charge of Zoo Negara? Who was it? Who is the first woman to become a magistrate in Malaya? Who is the first Asian to be promoted to the rank of Assistant Commissioner of Police in Malaya?

They are Jagat Singh, SAC Ishar Singh, Harwanth Kaur and ACP Pritam Singh, respectively.

Buku Pride of Lions

sumber - link

- - - - -