Hartal dilancar pada 1947 dan antara pelopor yang mendokongnya ialah Tan Cheng Lock. Beliau cenderung dengan usaha berkenaan setelah melihat kejayaan Hartal semasa berada di India. Namun rancangan Hartal tidak mendapat sokongan di kalangan beberapa kelompok orang India Malaya. Penolakan hartal jelas di kalangan golongan peniaga dan profesional India. Begitu juga dengan golongan ceti dan ahli Dewan Perniagaan India Selangor. Hanya golongan buruh India sahaja yang berminat dengan Hartal.
Pada keseluruhannya Hartal tidak tidak memberi kesan yang diharapkan oleh AMCJA. British tidak memperdulikannya dan tetap dengan rancangan melaksana PTM pada Feb 1948. Berikutnya Darurat diisytihar pada Jun 1948 dan AMCJA lenyap selepas itu.
Page 97 buku Identiti India Malaysia.
- - - - -
No comments:
Post a Comment