Thursday, November 2, 2023

MIC, Devaser dan Parti IMP


Thivy menubuh MIC pada 1946 dan menjadi Presiden pertama. Kemudian pada 1950 Ramanathan Chettiar dipilih sebagai Presiden. Beliau tidak punya hubungan dengan nasionalis India. Tidak seperti mana Thivy.  Seterusnya seorang peguam India kelahir Malaya, KL Devaser pula dilantik sebagai Presiden MIC. Pada awalnya Devaser bercadang mahu menyertai gabungan Umno dan MCA. Namun atas jemputan Dato Onn beliau memutuskan supaya MIC bersama parti IMP. Keputusan tersebut diambil menjelang pilihanraya majlis tempatan Kuala Lumpur 1952. MIC bertanding tiga kerusi di bawah pakatan IMP dan menang dua kerusi melaui Devaser dan Devaki Krishnan. Keputusan menyertai IMP tidak dipersetujui oleh ramai ahli MIC. Namun begitu MIC melalui Devaser pada hujung 1953 telah mula berunding dengan Umno dan MCA bagi meyertai Perikatan.

Pada 1951 British menubuh Majlis Persekutuan (Federal Council) dengan lima wakil kaum India. Mere adalah R Ramani, VMN Menon, PP Narayanan, MP Rajagopal dan SOK Ubaidillah. Mereka dilantik atas kapasiti pemimin buruh dan keanggotaan dalam FIO bukanlah mewakili MIC. Pada 1953 kelima-lima tokoh ini meletak jawatan sebagai protes atas layanan buruk British terhadap kaum India.

Baca juga general election 1948-1959: first past the post. jurnal ukm (link).

Trafalgar Square

- - - - -

No comments:

Post a Comment