Thursday, April 10, 2025

Sedikit Mengenai Hejaz Railway

 

Sedikit mengenai Hejaz Railway.

Sekarang kita di ambang musim jemaah berangkat mengerja haji ke Mekah. Penerbangan pergi haji jadual nya 29 April hingga lah penerbangan akhir 30 Mei. Elok juga kita ingati satu masa lalu ada khidmat tren dari Damsyik (Damascus) ke Medina/Mekah. 

Sistem keretapi yang dibangunkan oleh kerajaan Ottoman Turki. Dibangun bersama dengan bantuan kepakaran yang dihantar oleh pihak Jerman. Sistem tren tersebut mula beroperasi sekitar 1906-1908. Khidmat yang membantu ramai warga marhaen waktu tu. 

Malangnya sistem keretapi hejaz telah dimusnah oleh British. Pemusnahan dilaku oleh pasukan askar pimpinan Lawrence of Arabia. Hejaz Railway dimusnah ketika berlaku WWI. Pada ketika itu juga berlaku pemberontakan kalangan orang Arab di Saudi. Pemberontakan yang dikenal sebagai Arab Revolt. 

Pemberontakan tersebut dilancar oleh penguasa Saudi pimpinan Sharif Hussein bin Ali. Pemberontakan  pasukan Saudi waktu itu bertekad menghalau Ottoman dari bumi Arab Saudi. Pasukan Saudi bertindak bersama dengan dokongan pasukan British pimpinan Lawrence of Arabia.

Apa saja tinggalan Ottoman yang ada habis mereka serang, bongkar dan musnahkan. Antara yang jadi target utama adalah memusnah Hejaz Railway. Tinggalan yang ada kini hanyalah sebuah Railway Museum di Madinah. Adalah juga buku-buku mengenai sejarah Hejaz Railway.



Railway Museum, Medina
- - -


Foto lama Hejaz Railway


Railway Museum, Medina


Sebuah buku tentang Hejaz Railway

- - - - -




Sunday, April 6, 2025

Setem Malaysia Sempena Hari Wanita Antarabangsa 2025


Setem sempena Hari Wanita Antarabangsa 2025.







Siap ada info sejarah sambutan Hari Wanita

- - - - -






Wednesday, April 2, 2025

Setem 2025 - Raja Perlis


Pos Malaysia mengeluar setem khas Raja Perlis.





Sambutan Jubli Perak Pemerintahan Raja Perlis

- - - - -