Monday, August 30, 2021

Tesis the Federal Factor in the Government and Politics of Peninsular Malaysia

 

Sempat membaca serba sedikit tesis "the federal factor in the government and politics of peninsular malaysia". Tesis phd oleh bin Hashim Shafruddin, London Uni.

Antara isu menarik yang dibincang adalah konflik di antara kerajaan pusat dan negeri berhubung pelaksanaan taman negara endau-rompin. Konflik tersebut berpanjangan kepada pemilihan menteri besar pahang selepas pilihanraya 1978. Kemelut membawa kepada perletakan jawatan MB Pahang pada November 1981 iaitu selepas PM THO melepas jawatan PM. [page 363/455].

Turut dibincang adalah isu hubungan kerajaan Pusat dengan negeri Kelantan khususnya pada period 1974-1978.

sumber: core uk - terluput [boleh cuba soas].

Taman Negara Endau-Rompin

Baca "Lokasi percutian". Taman ER - link.

- - - - -

Friday, August 27, 2021

Tesis Ethnically Divided Malaysia

 

Permasalahan mengenai ethnically divided malaysia adalah suatu yang tidak dapat ditolak kewujudannya. Hal ini dibincang dalam sebuah tesis bertajuk "the political and economic aspects of accommodations and conflict regulation in an ethnically divided society". Tesis phd oleh wan asna wan mohd nor, hull uni 1996.

Kandungan:

Conscociationalism and conflict-regulation; Historical background: a key-point in ethnic-elite compromise, the communities-liaison committee, the independence contract; the national consultative council and its outcomes; the ruling coalition and the NEP; ... ;

'Consociationalism' merupakan kosep yang diperkenal oleh Lijphart's dalam buku beliau "Democracy and plural society: a comparative exploration" (1977) dan Consociational Democracy (1969). Manakala teori 'conflict-regulation' pula diperkenal oleh Nordlinger's melalui tulisan beliau 'Conflict-regulation in divided societies' (1972).

sumber: hull (link).

Sebuah foto yang membincang tentang asal usul CLC

Sumber: link1 dan link2.

- - - - -

Tuesday, August 24, 2021

Tesis Consociationalism and Coalition Politics in Malaysia

 

Politik Malaysia telah mengamal ciri consociationalism dan coalition sejak sekian lama. Pengkaji dari luar negara juga telah menilai dan menyuara benda yang sama. Hal tersebut telah disebut dalam sebuah tesis "consociationalism and coalition politics in malaysia" oleh Diane K Mmauzy. Beliau mengemuka konsep tersebut dalam tesis phd ubc canada tahun 1978.

Sumber: ubc 1978 - link.

 

Pkmm - Malaya Indonesia Satu! 

Baca "A people's history of Colonial Malaya". green left - link.

- - - - -

Saturday, August 21, 2021

Tesis The Politics of Language Education 1930-1971

 

Masalah sekolah dan bahasa pengantar mempunyai sejarah panjang ekoran dari kedatangan immigran yang di bawa masuk British. Hal ini dibincang dalam sebuah tesis bertajuk ""the politics of language education: a case study of West Malaysia, 1930-1971". Tesis dikemuka sebagai MA ubc Canada tahun 1979.


Baca "Origins of female Malay education". mm - link.

- - - - -

Wednesday, August 18, 2021

Bacaan Artikel Politik Kaum

 

Artikel berkait politik kaum:

"Caturan politik pelbagai kaum di Tanah Melayu 1946-1957" oleh Ishak Saat, Jurnal Jebat terbitan 2010 tebal 18 m/surat - link.

"Malaysian political engagement 1945-2013". Jurnal 2019 oleh Ishak Saat et al, tebal 13 m/surat. - link.

"Gagasan Malaysian Malaysia wawasan PAP: kesinambungan dan penentangan orang Melayu 1964-1969" oleh Abdul Halim Ramli dan MRO, Jurnal Sarjana tahun 2012, 18 m/surat.

"Perlembagaan Persekutuan Malaysia mengharmonikan ikatan masyarakat majmuk di Malaysia" terbitan Kuis 2019 (link).

"Kemasukan Sarawak dalam Malaysia dan perkembangan politiknya 1963-1969" - uum (link).

"Masyarakat majmuk di Tanah Melayu dan usaha ke arah memupuk kerjasama antara kaum 1946-1957" oleh Ho Hui Ling terbitan Jurnal Sejarah tebal 23 m/surat.

"Bugis di Sabah dan Pru 14: kajia kes parlimen Kalabakan" ums 2018 - link.

"Peranan akhbar sebagai wadah komunikasi pemerintah selepas pru 1969" jurnal ukm 2020 - link.

"Shifting trends of Islamism and Islamist practices in Malaysia 1957-2017" oleh Ahmad Fauzi Abdul Hamid, SEA Studies 2018 (link).

Soonstead Mansion, Penang

Sumber: saved or demolished - link.

- - - - -

Sunday, August 15, 2021

Umno 1946-1999


Kajian mengenai parti Umno dijalankan oleh bukan sahaja oleh uni dalam negara malah merata negara lain. Satu kajian di Jerman berhasil dengan sebuah tesis "Cultural and Politics: An analysis of Umno 1949-1999". Kajian oleh Azeem Fazwan Ahmad Farouk, Berlin University pada 2011. Tebal 104 m/surat.

Antara perkara yang disebut adalah kerisauan Umno berdepan IMP menjelang pilihanraya majlis bandaran KL pada 1951. Kegusaran Umno membawa kepada ia berpakat menubuh perikatan bersama MCA. Kejayaan pakatan Umno-MCA dalam pilihanraya KL dan seterusnya perikatan Umno/MCA/MIC dalam pilihanraya 1955 telah mengubah pendirian Umno berkait persoalan pemberian taraf kewarganegaraan kepada pendatang Cina dan India.

[sambung dari page 16/104].

Sumber: berlin uni - link.

Sebuah buku mengenai Umno terbitan 1978

- - - - -

Thursday, August 12, 2021

Umno 1948-1955

 

Sebuah artikel tentang period awal penubuhan umno hingga menjelang pilihanraya, 1948-1955, ditulis oleh pelajar sejarah ukm pada 1971. Artikel bertajuk Umno 1948-1955 terbit dalam jurnal jebat 1971/72. Tahun 1948 merupakan period tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu oleh British sebagai mengganti Malayan Union yang gagal setelah mendapat tentangan hebat khususnya oleh Umno.

Pergolakan Umno berlaku bila mana Dato' Onn ingin membuka keahlian kepada kaum bukan Melayu. Dato' Onn akhirnya keluar parti dan menubuh IMP pada 1951. Tunku mengetuai Umno mengganti Dato' Onn bermula Ogos 1951. Umno bersama MCA menang besar dalam pilihanraya majlis tempatan Kuala Lumpur pada Feb 1952. Sebelum pilihanraya tersebut diadakan Sir Henry Gruney mati ditembak oleh Komunis. Beliau merupakan pendokong penubuhan parti berbilang kaum IMP. Pada 1955 Perikatan Umno MCA dan MIC menang besar pilihanraya umum dengan menang 51 dari 52 kerusi yang dipertandingkan. Umno bertanding 35 kerusi, MCA 15 dan MIC 2 kerusi. Manakala bilangan pengundi 84% Melayu, 11% Cina dan 0.7% India. Umno sangat bermurah hati mengalah kepada MCA dan MIC di segi pembahagian kerusi.

DECTAR Bangi sekitar 1978-80

sumber: sejarah bangi 1970-1979 (link)

- - - - -


Monday, August 9, 2021

Artikel Jebat 1971/72

 

Jurnal Jebat mula terbita pada 1971/72. Jurnal memuat artikel sejarah negara yang dihasilkan oleh ahli sejarawan yang mula berperanan sebaik penubuhan Ukm. Artikel yang terbit dalam Jebat 1971/72  boleh baca di sini (link).

1. Jabatan Sejarah Universiti Kebangsaan - Sekarang dan Masa Depannya (Zainal Abidin Abdul Wahid)

2. Perjanjian 1909 Antara Inggeris dengan Siam Serta Latar Belakangnya (J. Chandran)

3. Latar Belakang Sejarah Masyarakat India dan China di Tanah Melayu (Khoo Kay Kim)

4. Perkembangan Nasionalisma (James P. Ongkili)

5. Teknik Membuat Chatitan dalam Kajilidikan (Teuku Ibrahim Alfian)

6. Tarian Naga Oleh Orang Melayu di Batu Pahat: Sesuatu Yang Unik dalam Sejarah Malaysia (MA  Fawzi Mohd. Basri)

7. Kegiatan Awal Yang Berbau Politik dan Tumbuhnya Kesatuan Melayu Singapura (Rahmat Saripan)

8 Pemerintahan Brooke dan Pelajaran Bumiputera di Sarawak (Sabihah Osman)

9. Unsur Yang Telah Menyebabkan Kerajaan British Mengemukakan Kesatuan Tanah Melayu (Raja Ali Raja Busu)

10. UMNO, 1948-1955 (Marwan Saliman).

UKM pada 1976

sumber: harith sidek - link

Baca "Sempitnya kampus Ukm di Jalan Pantai Baru, KL". dr shafiei bspot - link.

- - - - -

Friday, August 6, 2021

Pelaporan Politik Melayu Dalam Warta Negara 1945

 

Akhbar Warta Negara mula terbit pada September 1945. Pada awal era penerbitan akhbar ini – ia telah dimiliki oleh saudara Ahmad Jailani, iaitu merupakan bekas pekerja akhbar Penang Shimbon. Setelah tamatnya Perang Dunia Kedua pada 2 September, beliau telah membeli peralatan percetakan Jepun, bermula dari detik itu – beliau memulakan langkah penerbitan akhbar Warta Negara. Tindakan itu bagi mengisi permintaan rakyat Tanah Melayu yang ingin mengetahui isu semasa seperti masalah darurat dan tuntutan kemerdekaan. Malah, antara slogan yang sering digarapkan pada penerbitan akhbar ini adalah Akhbar Dari Rakyat Untuk Rakyat.

Ada sebuah tesis "Politik Melayu daripada perspektif Warta Negara 1945" dikemuka sebagai MA pada 2005. Kandungan tesis adalah;

Latar belakang dan perkembangan persuratkhabaran Melayu di Tanah Melayu; Reaksi orang Melayu terhadap Malayan Union seperti yang digambarkan oleh Warta Negara; Kongres Melayu SeMalaya 1946 sebagai satu usaha ke arah penyatuan politik Melayu; Pandangan Warta Negara terhadap Umno sebagai wadah perjuangan politik Melayu menentang Malayan Union 1946; Kesimpulan.

Sumber: repo um - link.

Baca "Penerbitan akhbar Warta Negara pertama - 3 September 1945". rggt 2020 - link.

Akhbar Warta Negara

- - - - -

Tuesday, August 3, 2021

Caturan Politik Pelbagai Kaum Tanah Melayu 1946-1957

 

Chinese tea korea version

Ishak Saat banyak menulis sejarah perjuangan politik orang Melayu menentang penjajahan British. Antaranya adalah "Caturan politik pelbagai kaum di Tanah Melayu 1946-1957". Abstrak artikel Isak Saat menyebut bahawa;

Kematangan  dan  keterbukaan  berpolitik orang Melayu bermula dengan jalinan kerjasama Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA)  dengan  All  Malayan  Council  of  Joint  Action  (AMCJA)  pada  tahun  1947. Toleransi berpolitik ini berjaya melahirkan Perlembagaan Rakyat. Namun cadangan  ini  ditolak  oleh British  kerana  ia  diajukan  oleh  golongan  radikal. Kemudian lahir pula kerjasama politik kumpulan moderate iaitu United Malayan National  Organization  (UMNO)  dengan  Malayan  Chinesse  Asociation  (MCA) yang lebih dikenali dengan panggilan  PERIKATAN pada tahun 1949. Kemudian menjelang  merdeka  lahir  lagi  satu  bentuk  kerjasama  politik  iaitu  SOCIALIST FRONT  dalam  kalangan  golongan  radikal  tetapi  menemui  kegagalan.  Walau  apapun,  kerjasama  politik  ini  membuka  mata  British  bahawa  orang  Melayu  dan  bukan Melayu boleh bekerjasama dan bertoleransi dalam politik demi memenuhi cita-cita  perjuangan  kemerdekaan.

PUTERA merupakan gabungan antara PKMM, API, AWAS, Hizbul Muslimin, dan KRIS. PUTERA dipimpin oleh Dr Burhanudin Helmi sebagai peneraju utama. AMCJA pula dipengerusi oleh Tan Cheng Lock.

Sumber: jebat - link.

Persoalan mengenai sejarah cadangan perlembagaan

Baca In 1947, Malaya almost adopted a completely different Federal Constitution". ask legal - link

- - - - -