Chinese tea korea version
Ishak Saat banyak menulis sejarah perjuangan politik orang Melayu menentang penjajahan British. Antaranya adalah "Caturan politik pelbagai kaum di Tanah Melayu 1946-1957". Abstrak artikel Isak Saat menyebut bahawa;
Kematangan dan keterbukaan berpolitik orang Melayu bermula dengan jalinan kerjasama Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) dengan All Malayan Council of Joint Action (AMCJA) pada tahun 1947. Toleransi berpolitik ini berjaya melahirkan Perlembagaan Rakyat. Namun cadangan ini ditolak oleh British kerana ia diajukan oleh golongan radikal. Kemudian lahir pula kerjasama politik kumpulan moderate iaitu United Malayan National Organization (UMNO) dengan Malayan Chinesse Asociation (MCA) yang lebih dikenali dengan panggilan PERIKATAN pada tahun 1949. Kemudian menjelang merdeka lahir lagi satu bentuk kerjasama politik iaitu SOCIALIST FRONT dalam kalangan golongan radikal tetapi menemui kegagalan. Walau apapun, kerjasama politik ini membuka mata British bahawa orang Melayu dan bukan Melayu boleh bekerjasama dan bertoleransi dalam politik demi memenuhi cita-cita perjuangan kemerdekaan.
PUTERA merupakan gabungan antara PKMM, API, AWAS, Hizbul Muslimin, dan KRIS. PUTERA dipimpin oleh Dr Burhanudin Helmi sebagai peneraju utama. AMCJA pula dipengerusi oleh Tan Cheng Lock.
Sumber: jebat - link.
Persoalan mengenai sejarah cadangan perlembagaan
Baca In 1947, Malaya almost adopted a completely different Federal Constitution". ask legal - link.
- - - - -
No comments:
Post a Comment