Tuesday, December 21, 2021

Mangsa Serangan MPAJA Malaya

Keganasan MPAJA sebaik Jepun menyerah kalah menjadi satu sejarah hitam negara. MPAJA mengambil kesempatan berkuasa di beberapa lokasi sebelum British tiba mengambil semula pemerintahan dari Jepun. MPAJA bertindak kejam terutama kepada kaum Melayu dan juga sebilangan sesama kaum Cina yang mereka tuduh sebagai tali barut tentera Jepun. Antara kaum Cina yang menjadi mangsa adalah Wong Tet San.

Wong Tet San merupakan Presiden OCA, Oversea Chinese Association, Selangor. Pemimpin OCA yang selamat adalah Heah Joo Seang dan Ng Teong Kiat. Kedua pemimpin OCA ini tidak diambil tindakan kerana mereka turut bekerjasama dengan MPAJA secara rahsia.

Turut menjadi mangsa adalah Lim Bo Seng iaitu Ketua Cina Force 136. Beliau dibunuh  Jepun di Penjara Batu Gajah pada 1944. baca lim bo seng - wiki.

Catatan bacaan m/surat 135 sebuah buku.

Members of MPAJA 

(source: wikiwand - link ada juga senarai buku untuk rujukan)

Baca "The truth about MPAJA". peraktoday dot com 2011 - link.

"How overseas Chinese fought Japan during WWII". chinadaily dot com - link.

"The Malayan triple agent spy who worked for the British, Japanese, French and Communist". cilisos - link.

- - - - -

Thursday, December 16, 2021

Pekan Melalap Sabah

Dalam membaca mengenai ehwal Sabah ketemu nama sebuah pekan kecil di sana yang namanya Melalap. Dulunya ada sebuah stesen keretapi namun kini keretapi sudah terhenti dan stesen tingga terbiar. Kini track keretapi Tenom-Melalap telah mula dibina semula. Usaha dibuat period awal Warisan di bawah KM Safie Apdal.

Baca antara runtuhan tamadun". sabahkini 2011 - link.

"Kerja bina semula landasan keretapi bermula". dailyexpress 2019 - link.

"Sejarah stesen keretapi Melalap". redzuanyusof - link.

 
 
Stesen Keretapi Melalap [source: fb north borneo - link]
 

- - - -

Tuesday, December 14, 2021

Haris Berjaya vs Pairin PBS

 

Parti Berjaya dibentuk pada 1975 oleh gabungan Donald Stephens dan Harris Salaeh. Pembentukan Berjaya adalah atas restu PM Tun Razak yang berhasrat mengenepi Tun Mustafa dan Usno dari kuasa politik Sabah. Tun bersikap menolak Tun Mustapha yang beliau anggap punya hasrat membawa Sabah keluar dari Malaysia. Pada 1976 Berjaya menang prn Sabah mengalahkan Usno. Berjaya adalah part multi racial tetapi kemudiannya menjadi parti yang pro-Melayu/Muslim sesuai dengan apa yang berlaku di peringkat pusat.

Harris mengambil langkah terlalu memperkecil etnik Kadazandusun. Hal tersebut cuba ditentenag oleh Pairin yang akhirnya mengambil keputusan meletak jawan Timbalan KM. Haris Salleh pula mengishtihar kerusi Tambunan milik Pairin dikosongkan dan prk diadadakan. Pairin menang besar dalam prk yang diada pada 1984. Selepas kemenangan Pairin harris bertindak balas dengan menurun taraf Tambunan kepada daerah dan menghenti saluran kewangan negeri dan dana pembangunan Tambunan.

Pairin berjaya menubuh PBS yang mula mendapat sambutan rakyat Sabah. Harris bertindak membubar Dun Sabah dengan harapan pilihanraya segera dapat menyekat sebelum PBS terus maju. Namun begitu dalam prn PBS memperolehi 25 kerusi mengalahkan Berjaya yang hanya dapat menang 6 kerusi. Harris Salleh turut tewas di kerusi Tenom kepada Kadoh Agundong. [KA kini bersama parti Warisan as in Dec 2019].

Pada Feb 1986 Pairin membubar Dun Sabah ekoran berlakunya lompat parti di kalangan adun PBS. PBS menang besar prn 1986 dengan mendapat 34 kerusi. Pencabar terdekatnya ialah Usno yang dapat 12 kerusi.

Selepas tewas dalam prn pihak parti lawan mula mengambil langkah memecah belah etnik Kadazandusun. Cara yang digunakan adalah dengan menubuh beberapa part baru dengan dimulai oleh . Mantan Naib Presiden Berjaya James Ongkili. Beliau menubuh parti rakyat sabah PRS pada 1989. Berikutnya Mark Koding, Timbalan Presiden parti keluar PBS dan menubuh parti AKAR. Ekoran tindakan Koding prk telah diadakan bagi kerusi Ranau dan Koding tewas.

Pada 1990 sekali lagi prn diadakan dan PBS terus mempertahan Sabah dengan memenangi 36 kerusi. Pencabar terdekat ialah Usno yang menang 12 kerusi. Berjaya tewas semua kerusi yang mereka tandingi dengan ramai calun mereka yang hilang deposit.

Pilihanraya Sabah 1994 merupakan cabaran besar PBS melawan BN yang diwakili parti baru serpihan anggota PBS. Keputusan pilihanraya menyaksi PBS menang tipis 25 kerusi berbanding BN yang dapat 23 kerusi. Berikutnya berlaku lompat parti keluar dari PBS terutama oleh calun Melayu. Pertama lompat parti ialah Lajim Ukin. Beliau dikikuti oleh Zaini Isa dan MP Kimanis Nurnikman Abdullah. Mereka dikuti pula Rubin Balang.

 

Stesen Keretapi Melalap 1906

Laluan keretapi Sabah

Baca juga sabah railway - railtarvelstation (link). 

Panduan menaiki keretapi Sabah - link.

Lagi mengenai sejarah tren Sabah - link.

- - - - -

Sunday, December 12, 2021

UPKO Sabah

UPKO berasal dari UNKO yang ditubuh pada 1961 oleh Donald Stephens. UPKO setelah UNKO digabung dengan parti Pasok pada 1964. UPKO dipimpin oleh Bernard Dompok sejak 2009. Ketika itu PBS baru menang semula mempertahan Sabah dan Dompok telah bertemu Mahathir. PM pula ketika itu sedang memula usaha untuk memecah belah sokongan rakyat Sabah terhadap PBS. Dompok pada mulanya menubuh parti Parti Demokratik Sabah, PDS. PDS kemudiannya mengambil nama UPKO atas dasar menghidup semula parti legasi Stephens.

Serpihan lain PBS adalah LDP (1989) dan SAPP (1994). Kedua-duanya ditubuh atas percaturan oleh Kuala Lumpur.

Selamat Datang ke Kota Belud

Baca "Dua puluh satu tempat menarik di Kota Beud Sabah". explore sabah - link.

"Hari operasi Tamu setiap daerah Sabah". explore sabah - link.

- - - - -

Wednesday, December 8, 2021

Parti Politik Kadazandusun Sabah


Artikel oleh Puyok dimulai dengan menyebut etnik Kadazandusun Sabah masih ketinggalan di sudut politik dan juga pembangunan. Puyok menyebut antara sebabnya adalah tiadanya kesepaduan di kalangan tokoh pimpinan parti Kadazandusun dan juga ketandusan visi mereka. Parti politik yang mewakili etnik Kadazandusun adalah PBS, UPKO dan PBRS. Antara tiga part tersebut PBRS paling kurang berpengaruh kerana ia tidak punya kekuatan dari kalangan akar umbi/grassroot. Parti pertama mewakili Kadazan adalah INKO yang ditibuh pada 1961 pimpinan Donald Stephens. UNKO bergabung dengan Pasok pada 1964 dengan nama baru UPKO.

Perpecahan Kadazandusun bermula bila mana dua pemimpin PBS Pairin dan Mar Koding bertelingkah pendapat mengenai nama etnik. Pairin memilih Kadazan kekal sebagai nama etni tersebut manakala Koding mahu nama Dusun. Koding juga dikatakan condong dengan kerajaan Pusat. Beliau kemudiannya keluar dari PBS dan menubuh parti AKAR pada 1986. Koding menubuh AKAR bersama dua lgi tokoh Dusun, Kalakau Untol dan Kasitah Gadam.

Etnik Lundayeh dikelompok sebagai KD sedangkan budaya tersendiri yang berbeza dari KD.

"Ethnicity, culture and indigenous leadership in modern politics: the case of the Kadazandusun Sabah". kajian msia 2011.

 

Tamu Donggongon - one of oldest tamu in Sabah

Baca "TD - one of the oldest in Sabah". sabaheats dot com - link.

- - - - -

Sunday, December 5, 2021

Anjuran Kembara Surah Ali Imran

Buku Juz4 terbitan Karangkraf tebalnya 357 m/surat merangkumi Surah Ali Imran ayat 92 hingga Surah An-Nisa ayat 23. Surah Ali Imran ayat 137 antaranya menyebut ' .. berjalanlah kamu ke segenap Bumi dan perhatikan bagaimana pengakhiran orang yang mendusta Rasul'. Antara kesan tinggalan tersebut adalah tinggalan kaum Aad, kaum Tsamud dan juga Firaun (tinggalan piramid di Mesir). Kaum Aad menderhakai pada period Nabi Hud yang juga cucu kepada Nabi Nuh. Tinggalan kaum Aad adalah di kawasan bukit antara Yaman dan Oman utara Hadhramaut.

 

Sebuah tinggalan silam [mungkin Madain period Nabi Salleh]

Baca "Peradaban maju kaum Aad dan pendustaan terhadap Nabi Hud as". republika - link.

"Kisah kaum Aad yang diazab Allah kerana bermewah". islami co - link.

"Kisah kaum Aad gagah perkasa dan bangunan pencakar langit mereka". zul segamat - link.

Tafsiran ayat 154 pula mencerita mengenai munafik sejarah Uhud yang bernama Mu'attib bin Qusayr. Maka dapatlah nama seorang lagi munafik disamping nama tokoh terkenal Abdullah bin Ubay.

Baca tesis MA "Munafil: antara nas dan realiti - studi tafsir Sayd Qutb dan Hamka". uin lampung 2020 (link).

- - - - -

Thursday, December 2, 2021

TS Shamsudin Abdul Kadir - Sapura Holdings


Catatan bacaan para awal buku Anak Seorang Drebar. Buku tentang biograsi TS Shamsuddin Abd Kadir, pemilik Sapura Holdings. Beliau mula bersekolah pada 1936 di Batu Gajah. Ketika itu usianya lebih muda dari rakan sekelas yang lain. Tamat sekolah rendah menyabung di sekolah menengah aliran Inggeris. Beliau berjaya belajar keluar negara di UK selama lima tahun dan pulang ke tanah air pada 1957. Berkhidmat dengan Jabatan Telekom sehingga tahun 1971 bila mana beliau berpindah kerja ke UMW. Empat tahun kemudia beliau menubuh syarikat sendiri Sapura (pada 1975).

Majlis pelancaran buku oleh Tun M

Baca "Sapura founder's success story a best seller". malaysian  reserves 2017 - link.

- - - - -