Parti Berjaya dibentuk pada 1975 oleh gabungan Donald Stephens dan Harris Salaeh. Pembentukan Berjaya adalah atas restu PM Tun Razak yang berhasrat mengenepi Tun Mustafa dan Usno dari kuasa politik Sabah. Tun bersikap menolak Tun Mustapha yang beliau anggap punya hasrat membawa Sabah keluar dari Malaysia. Pada 1976 Berjaya menang prn Sabah mengalahkan Usno. Berjaya adalah part multi racial tetapi kemudiannya menjadi parti yang pro-Melayu/Muslim sesuai dengan apa yang berlaku di peringkat pusat.
Harris mengambil langkah terlalu memperkecil etnik Kadazandusun. Hal tersebut cuba ditentenag oleh Pairin yang akhirnya mengambil keputusan meletak jawan Timbalan KM. Haris Salleh pula mengishtihar kerusi Tambunan milik Pairin dikosongkan dan prk diadadakan. Pairin menang besar dalam prk yang diada pada 1984. Selepas kemenangan Pairin harris bertindak balas dengan menurun taraf Tambunan kepada daerah dan menghenti saluran kewangan negeri dan dana pembangunan Tambunan.
Pairin berjaya menubuh PBS yang mula mendapat sambutan rakyat Sabah. Harris bertindak membubar Dun Sabah dengan harapan pilihanraya segera dapat menyekat sebelum PBS terus maju. Namun begitu dalam prn PBS memperolehi 25 kerusi mengalahkan Berjaya yang hanya dapat menang 6 kerusi. Harris Salleh turut tewas di kerusi Tenom kepada Kadoh Agundong. [KA kini bersama parti Warisan as in Dec 2019].
Pada Feb 1986 Pairin membubar Dun Sabah ekoran berlakunya lompat parti di kalangan adun PBS. PBS menang besar prn 1986 dengan mendapat 34 kerusi. Pencabar terdekatnya ialah Usno yang dapat 12 kerusi.
Selepas tewas dalam prn pihak parti lawan mula mengambil langkah memecah belah etnik Kadazandusun. Cara yang digunakan adalah dengan menubuh beberapa part baru dengan dimulai oleh . Mantan Naib Presiden Berjaya James Ongkili. Beliau menubuh parti rakyat sabah PRS pada 1989. Berikutnya Mark Koding, Timbalan Presiden parti keluar PBS dan menubuh parti AKAR. Ekoran tindakan Koding prk telah diadakan bagi kerusi Ranau dan Koding tewas.
Pada 1990 sekali lagi prn diadakan dan PBS terus mempertahan Sabah dengan memenangi 36 kerusi. Pencabar terdekat ialah Usno yang menang 12 kerusi. Berjaya tewas semua kerusi yang mereka tandingi dengan ramai calun mereka yang hilang deposit.
Pilihanraya Sabah 1994 merupakan cabaran besar PBS melawan BN yang diwakili parti baru serpihan anggota PBS. Keputusan pilihanraya menyaksi PBS menang tipis 25 kerusi berbanding BN yang dapat 23 kerusi. Berikutnya berlaku lompat parti keluar dari PBS terutama oleh calun Melayu. Pertama lompat parti ialah Lajim Ukin. Beliau dikikuti oleh Zaini Isa dan MP Kimanis Nurnikman Abdullah. Mereka dikuti pula Rubin Balang.
Stesen Keretapi Melalap 1906
Laluan keretapi Sabah
Baca juga sabah railway - railtarvelstation (link).
Panduan menaiki keretapi Sabah - link.
Lagi mengenai sejarah tren Sabah - link.
- - - - -
No comments:
Post a Comment