Tuesday, August 16, 2022

Akhbar Bintang Timur


Utusan Melayu dibawah Hussein Nordin pernah menerbit sebuah akhbar berna Bintang Timur. Akhbar tersebut diterbit pada 1975 khusus untuk kawasan Utara. Namun akhbar BT terpaksa dihenti kerana kurang sambutan.

Hussein Nordin bersara pada 1983 dan meninggal dunia pada 1984. Beliau dikebumi di Kuala Kangsar. Satu peristiwa sedih berlaku pada 1981 bila mana orang kepercayaan Husein bernama Samian Abdul Rahman mati ditembak di Selatan Tahiland. Arwah ditembak bersama isteri dan anak kerana melawan penjenayah yang mahu merompak kereta beliau.

Bintang Timur

- - - - -

Saturday, August 13, 2022

Utusan Malaysia Mula Terbit


Akhbar Utusan Malaysia mula diterbit oleh Utusan Melayu pada tahun 1967. Pelancaran rasmi dilakukan oleh Menteri Penerangan, Senu Abdul Rahman, pada 31 Ogos 1967. Edisi pertama mula berada di pasaran pada 1 September 1967. Pada ketika itu Utusan Melayu di bawah era Hussein Nordin sebagai Pengarah Urusan. Hussein sebelum itu menjawat Pengerusi Tabung Haji dan juga bekas Setiausaha Agung Umno.

Selain Utusan Malaysia Hussein turut memperkal terbitan berbagai majalah seperti Wanita (Ogos 1969), URTV (bermula 15 Jan 1970) , Kiblat (Ogos 1970), Al Islam (Jan 1974) dan Dunia Sukan dan Selecta Femina.

 Keluaran pertama Utusan Malaysia

"Akhbar UM diterbitkan". utusan (link).

- - - - -

Wednesday, August 10, 2022

Mogok Pekerja Utusan 1961

Sejak A Samad Ismail dan Yusof Ishak masalah dalam Utusan Melayu terus bergolak. Keadaan menjadi runcing bila mana Tunku bertindak melantik Adun Umno Terengganu, Ibrahim Fikri, sebagai Ketua Pengarang. IF juga adalah Pegawai Penerangan Umno. Staf Utusan membantah perlantikan tersebut. Pekerja tersebut seterusnya mengadakan mogok. Mogok berlanjutan selama tiga bulan bermula pada Julai dan tamat pada Oktober 1961. Seramai 113 pekerja turut serta dalam mogok tersebut.

Berita mengenai mogok Utusan

Baca "The Utusan Melayu Strikes". mtuc - link.

Baca juga cerita undi - link.

- - - - -

Sunday, August 7, 2022

Yusof Ishak dan Samad Ismail Tersingkir Dari Utusan

Utusan Melayu melahirkan ramai tokoh kewartawanan. Antaranya adalah A Samad Ismail dan Yusof Ishak. Namun begitu kedua-dua tokoh ini kemudiannya meninggalkan Utusan Melayu. Pertama keluar adalah A Samas Ismail yang disingkir dari jawatanTimbalan Pengarang pada 1957. Manakala Yusof Ishak pula tersingkir dari jawatan Pengarah Urusan pada 1959. 

Mereka tersingkir kerana kuasa politik pada period tersebut tidak senang dengan sikap radikal Utusan Melayu. UM berpihak kepada aliran kiri, pro-Indonesia dan condong kepada sosialisme dan komunisme. A Samad Ismail berprasangka Yusof sebagai bertanggungjawab menyingkir beliau dan mengesyaki Lee Kuan Yew sebagai turut berperanan. Manakala Yusof berprasangka Tunku Abdul Rahman yang menyingkir beliau. Umno melalui TAR mula memegang saham besar dalam Utusan pada 1956.

Yusof Ishak (yang memakai bow tie)

Hari-hari terakhir Yusuf Ishak di Utusan Melayu". head topics (link).

Baca tentang anak yusof ishak "Dr Imaran Yusof Ishak taught pm lee to ride a bike" (link).

- - - - -