Utusan Melayu melahirkan ramai tokoh kewartawanan. Antaranya adalah A Samad Ismail dan Yusof Ishak. Namun begitu kedua-dua tokoh ini kemudiannya meninggalkan Utusan Melayu. Pertama keluar adalah A Samas Ismail yang disingkir dari jawatanTimbalan Pengarang pada 1957. Manakala Yusof Ishak pula tersingkir dari jawatan Pengarah Urusan pada 1959.
Mereka tersingkir kerana kuasa politik pada period tersebut tidak senang dengan sikap radikal Utusan Melayu. UM berpihak kepada aliran kiri, pro-Indonesia dan condong kepada sosialisme dan komunisme. A Samad Ismail berprasangka Yusof sebagai bertanggungjawab menyingkir beliau dan mengesyaki Lee Kuan Yew sebagai turut berperanan. Manakala Yusof berprasangka Tunku Abdul Rahman yang menyingkir beliau. Umno melalui TAR mula memegang saham besar dalam Utusan pada 1956.
Yusof Ishak (yang memakai bow tie)
Hari-hari terakhir Yusuf Ishak di Utusan Melayu". head topics (link).
Baca tentang anak yusof ishak "Dr Imaran Yusof Ishak taught pm lee to ride a bike" (link).
- - - - -
No comments:
Post a Comment