Tuesday, November 29, 2022

Bacaan Tentang Buruh India Malaya


Banyak yang sudah ditulis. Antaranya adalah;

Ramakrishnan, Jagathasan Naidu (1996) Masyarakat India Malaysia dan dasar ekonomi baru : satu kes kajian terhadap penyertaan ekuiti / Jagathasan Naidu Ramakrishnan. Masters thesis, University of Malaya. [sumber: students repo - link].

Kehidupan buruh India ladang di Tanah Melayu 1900-1941. [jurnal sejarah UM 2019 - link]

A critique on South Indian Labor Fund and Malaysian Indian Plantation workers [jurnal kemasyarakatan usm 2020 - link]

Urban Indian working class households oleh Susan Oorjitham. Jurnal Pengajian India 1986.

From Independence to Hindraf. anu thesis 2011 - link].

 

Menu donuts

- - - - -


Sunday, November 27, 2022

Tokoh Buruh India Malaya


Buruh India di bawa masuk ke Malaya untuk bekerja di sektor ladang. Sebahagian mereka bekerja disektor binaan terutama jalanraya dan jalan keretapi. Banyak catatanyang mencerita layanan buruk dan suasana teruk penempataran buruh India. Keadaan tersebut lama kelamaan membawa kepada wujudnya tokoh-tokoh yang memperjuang hak para buruh India. 

Antara yang lantang bersuara adalah tokoh seperti SA Ganapathy dan P Veerasenan. Ganapathy (b.1925) dilantik mengetuai PMFTU pada Januari 1947. Beliau juga menjadi editor akhbar Tamil, Munani, sebuah akhbar yang turut ditaja oleh PKM. Ganapathy turut meyertai 'the Malayan Races Liberation Army' pada Jun 1948. Ganapathy ditangkap pada 1949 dan dituduh membawa senjata api serta membantu gerila. Beliau akhirnya dihukum gantung pada Mei 1949.

P Veerasamy pula merupakan Presiden Harbour Board Labourers Union di Singapura. Beliau kemudiannya menjadi eksekutif kepada Selangor Federation of Trade Unions. Pada 1948 beliau terlibat dengan penentangan gerila dan lari masuk ke hutan. Beliau akhirnya terbunuh dalam pertempuran dengan tentera Gurkha pada Mei 1949.

Catatan bacaan buku The Malaysian Indian Dilemma m/surat 108.

Susu Sterlized yang dijual di Siem Reap

- - - - - 

Saturday, November 26, 2022

Buku Hajj dan Bosnia

 


Buku hajj dan bosnia

https://euppublishingblog.com/2023/02/01/bosnian-hajj/?utm_source=Edinburgh%20University%20Press&utm_medium=email&utm_campaign=13750591_IMES%20newsletter%20-%20Jan%202023&utm_content=bosnian-hajj&dm_i=CEQ,86Q0V,V27EF2,XK11M,1


buku jualan omline

37 vs 47

sumber ... 

https://ilhambooks.com/isu-isu-terpilih-sejarah-alam-melayu-sumbangsih-kepada-prof.-madya-dr.-hj.-ahmad-jelani-halimi/

- - - - -

Wednesday, November 23, 2022

Tesis MH370 Blame Avoidance


Peristiwa kehilangan MH370 pada 2016 mencetus berbagai spekualasi di kalangan bukan sahaja warga Malaysia malah seluruh dunia. Ada sebuah tesis MA Universiti Malaya dihasilkan  mengenai kes kehilangan MH370.

Sumber: students repo (link).

Folder: Hzq 2023 feb zabms yahoo

Siem Reap

- - - - -

Sunday, November 20, 2022

Tokoh British Di Sebalik Perang Larut


Nama-nama seperti Edward Bacon dan William Henry Macleod  Read sering disebut sebagai tokoh British yang terlibat dalam Perang Larut. WHM Read adalah pedagang kaya yang aktif dalam urusan perdagangan, politik dan sosial Singapura dan negeri Melayu Bersekutu sekitar tahun 1841-1887. Dalam Perang Larut, Bacon dan Read bersama dalam kumpulan Raja Abdullah dan Ghee Hin

Catatan bacaan m/surat 16/248 tesis uiam;

In the midst of Larut Wars, the Chinese and European capitalists as well as Chinese triad leaders who were closely associated with highly influential Europeans such as Edward Bacon and W. H. M. Read, played the role of ‘hidden hands’, in the sense that they were active in persuading the British Colonial Office to interfere in the affairs of Perak.

Rak Kitab di Prayer Room Phnom Penh Airport

- - - - -

Tuesday, November 15, 2022

Sistem Pengambilan Kakitangan Dan Sistem Kongsi


Dua cara selain sin-khek adalah sitem pengambilan kakitangan dan sistem rumah kongsi.  kongsi. Sistem pengambilan kakitangan adalah sistem perundangan yang memperbaiki sistem sin-khek. Pengusaha lombong yang memerlu buruh akan menghantar agen ke China bagi mendapatkan kuli. Segala tambang dan perbelanjaan akan ditanggung oleh majikan. Agen akan bertanggungjawab mengiringi kuli tersebut hingga tiba ke pelabuhan Tanah Melayu dengan selamat.

Manakala dalam sistem rumah kongsi, pengambilan buruh dilakukan di China oleh agen kongsi yang dilantik oleh sesebuah kongsi lombong. Agen kongsi akan menanggung segala perbelanjaan kuli sehingga mereka sampai ke rumah kongsi di Tanah Melayu. Semasa diserah kepada ketua rumah kongsi bayaran mesti dilunaskan (oleh siapa? kuli atau tauke lombong?) dengan kadar yang telah dipersetujui.

Buruh Cina yang ada di Larut sekitar 1850 sekitar 5,000 orang. Namun menjelang 1870-an bilangan mereka melompat mendadak kepada 35,000-40,000 orang.


Meja dan fridge

- - - - -

Sunday, November 13, 2022

Tiga Kaedah Kemasukan Imigran Cina


Catatan m/surat 29 Tauke Kapitan Chung Kuee.

Ada tiga cara kemasukan buruh Cina sekitar era awal lombong Larut. Cara yang digunakan adalah sistem tiket kredit, sistem pengambilan kakitangan dan sistem pengambilan rumah kongsi. Melalui sistem tiket kredit mereka dikumpul dari kampung asal oleh seorang ketua dipanggil kheh-thau. Ketua ini dibekal sejumlah wang (oleh siapa?) untuk memilih siapa sahaja yang mahu merantau jauh. Mereka yang dipilih dikenali sebagai Cina sin-khek. Mereka diletak di bawah pengawasan nakhoda kapal atau agensi buruh yang biasanya menerima bayaran terlebih dulu. Sin-khek perlu membuat perjanjian bagi menjelaskan hutang mereka secara bekerja dengan majikan dalam suatu tempoh tertentu. Mereka diberi tiket menunjuk pelabuhan mana yang harus dituju. Mereka juga diberi keterangan sama ada bebas atau masih berhutang. Apabila sin-khek tiba di Singapura atau Pulau Pinang mereka akan diambil oleh orang tengah yang mendapatkan majikan bagi mereka melalui bayaran tertentu.



Penginapan Siem Reap (Dec '23)

- - - - -

Thursday, November 10, 2022

Penerima DK Johor 1886


Pada 1886 Sultan Johor Sultan Sir Abu Bakar telah menganugerah darjah kebesaran DK buat kali pertama. Seramai enam penerima telah menerima DK. Salah seorangnya adalah Sayid Muhammad al-Sagoff. Beliau merupakan satu-satunya penerima DK bukan dari kalangan kerabat. Penerima lain adalah;

YM Engku Abdullah bin Ibrahim.

YM Engku Abdul Majid bin Ibrahim.

YM Engku Muhammad Khalid bin Ibrahim.

YM Engku Ahmad.

YM Engku Haji Muhammad.

Premis Siamnara Food Work BKK

- - - - -

Saturday, November 5, 2022

Ketokohan dan Bisnes Al-Sagoff Di Nusantara

 

Nama keturunan Al-Sagoff amat dikenali  di Nusantara khususnya di Johor. Keluarga Al-Sagoff diketuai oleh Sayid Abdul Rahman Al-Sagoff. Beliau adalah pedagang kaya berasal dari Hadhramaut dan datang ke Singapura pada tahun 1824.  Pada 1848 beliau telah menubuh syarikat al-Sagoff and Company. Syarikat tersebut bergiat dalam pelbagai perniagaan. Selepas kematian Sayid Abdul Rahman bisnes al-Sagoff disambung oleh anak lelaki beliau Sayid Ahmad. Syed Ahmad berkahwin dengan Raja Siti yanh juga anak hartawan wanita Sulawesi. Sayid Ahmad meninggal dunia di Singapura pada 1875. Segala bisnes keluarga al-Sagoff kemmudian diwarisi oleh Sayid Muhammad al-Sagoff.

Melalui empayar bisnes yang semakin melebar Sayid Muhammad telah menjalin hubungan rapat dengan ramai pembesar termasuk Sultan Siak, Sultan Langkat, Sultan Pontianak dan juga Gabenor Negeri Selat.

Salah satu bisnes al-Sagoff adalah membawa jemaah haji ke Mekah mengguna kapal milik syarikat keluarga tersebut. Paada 1874 seramai 3876 jemaah mengguna khidmat perkapalan al-Sagoff yang mana seramai 2250 adalah jemaah dari Indonesia.

Baca artikel "Sayid Muhammad Al-Sagoff In Johore- Ottoman Sovereign Relations" oleh Ermy Azziati terbitan tahun 2012 [Hzq 1 2019 azam alsagoff].'

"Peranan Arab Hadhrami Di Dalam Mempengaruhi Politik Istana Kerajaan Johor Pada Awal Abad Ke 20M'. jurnal ukm 2012 - link.

"Ekonomi orang Arab di Johor pada awal abad ke19 hingga 1914". jebat ukm 1999 - link.

"The genealogy of Hadhrami  Arabs in SE Asia". nlb spore - link.

Pintu gerbang menghampiri tiba airport BKK

- - - - -

Tuesday, November 1, 2022

Aghlabid Kuasai Sicily (827-1091)


Buku "Syariah Di Hati King Roger II" mengupas mengenai perkembangan dan kehadiran Islam di Sicily. Catatan awal buku tersebut menyebut Sicily telah dikuasai sebahagiannya oleh pemerintah Aghlabid pada tahun 827. Seterusnya pada tahun 902 barulah Aghlabid dapat menguasai seluruh Sicily. Namun setelah seratus sembilan puluh tahun pada 1091 Sicily jatuh semula ke tangan bangsa Norman.

Ada beberapa bahan bacaan lain tentang Aghlabid dan Sicily. Antara yang ditemui adalah;

"Political Martyrdom and Religious Censorship in Islamic Sicily: a Case Study During the Age of Ibrahim II (261-289/875-902)". [al qantara 2014 - link].

"The origin of Aghlabid". [hugh kennedy 22pages - link].

"Sicily in a Mediterranean context: imperialty, Mediterranean polycentrism and internal diversity, 6th to 10th century". [open journal - link].

"The Aghlabids and their neighbor". [ucl 25pages - link].


Kaunter pendaftaran E perlepasan BKK

- - - - -