Sunday, November 13, 2022

Tiga Kaedah Kemasukan Imigran Cina


Catatan m/surat 29 Tauke Kapitan Chung Kuee.

Ada tiga cara kemasukan buruh Cina sekitar era awal lombong Larut. Cara yang digunakan adalah sistem tiket kredit, sistem pengambilan kakitangan dan sistem pengambilan rumah kongsi. Melalui sistem tiket kredit mereka dikumpul dari kampung asal oleh seorang ketua dipanggil kheh-thau. Ketua ini dibekal sejumlah wang (oleh siapa?) untuk memilih siapa sahaja yang mahu merantau jauh. Mereka yang dipilih dikenali sebagai Cina sin-khek. Mereka diletak di bawah pengawasan nakhoda kapal atau agensi buruh yang biasanya menerima bayaran terlebih dulu. Sin-khek perlu membuat perjanjian bagi menjelaskan hutang mereka secara bekerja dengan majikan dalam suatu tempoh tertentu. Mereka diberi tiket menunjuk pelabuhan mana yang harus dituju. Mereka juga diberi keterangan sama ada bebas atau masih berhutang. Apabila sin-khek tiba di Singapura atau Pulau Pinang mereka akan diambil oleh orang tengah yang mendapatkan majikan bagi mereka melalui bayaran tertentu.



Penginapan Siem Reap (Dec '23)

- - - - -

No comments:

Post a Comment