Saturday, November 5, 2022

Ketokohan dan Bisnes Al-Sagoff Di Nusantara

 

Nama keturunan Al-Sagoff amat dikenali  di Nusantara khususnya di Johor. Keluarga Al-Sagoff diketuai oleh Sayid Abdul Rahman Al-Sagoff. Beliau adalah pedagang kaya berasal dari Hadhramaut dan datang ke Singapura pada tahun 1824.  Pada 1848 beliau telah menubuh syarikat al-Sagoff and Company. Syarikat tersebut bergiat dalam pelbagai perniagaan. Selepas kematian Sayid Abdul Rahman bisnes al-Sagoff disambung oleh anak lelaki beliau Sayid Ahmad. Syed Ahmad berkahwin dengan Raja Siti yanh juga anak hartawan wanita Sulawesi. Sayid Ahmad meninggal dunia di Singapura pada 1875. Segala bisnes keluarga al-Sagoff kemmudian diwarisi oleh Sayid Muhammad al-Sagoff.

Melalui empayar bisnes yang semakin melebar Sayid Muhammad telah menjalin hubungan rapat dengan ramai pembesar termasuk Sultan Siak, Sultan Langkat, Sultan Pontianak dan juga Gabenor Negeri Selat.

Salah satu bisnes al-Sagoff adalah membawa jemaah haji ke Mekah mengguna kapal milik syarikat keluarga tersebut. Paada 1874 seramai 3876 jemaah mengguna khidmat perkapalan al-Sagoff yang mana seramai 2250 adalah jemaah dari Indonesia.

Baca artikel "Sayid Muhammad Al-Sagoff In Johore- Ottoman Sovereign Relations" oleh Ermy Azziati terbitan tahun 2012 [Hzq 1 2019 azam alsagoff].'

"Peranan Arab Hadhrami Di Dalam Mempengaruhi Politik Istana Kerajaan Johor Pada Awal Abad Ke 20M'. jurnal ukm 2012 - link.

"Ekonomi orang Arab di Johor pada awal abad ke19 hingga 1914". jebat ukm 1999 - link.

"The genealogy of Hadhrami  Arabs in SE Asia". nlb spore - link.

Pintu gerbang menghampiri tiba airport BKK

- - - - -

No comments:

Post a Comment