Monday, June 26, 2023

Beberapa Catatan Tentang Konfrantasi 1963


Dasar Konfrantasi Indonesia ke atas Malaya diumum ole Subandrio pada Jan 20, 1963. Beberapa tidakan agresif yang dibuat oleh pihak Indonesia adalah TNI menceroboh dan dan menyerang Tebedu pada April 12, 1963. Pada April tahun yang sama Indonesia telah menyanyikan lagu kebangsaan Malaysia dengan rentak lagu pop ketika persidangan Afro-Asia di Jakarta.

Pada Sept 21, 1963 Indonesia mengumum boikot ekonomi dandagang dengan Malaysia. Berikutnya pada Sept 25, 1963 hubungan telegrafik dan kabel Indonesia-Malaysia diputus.

Pada Mac 6, 1964 seramai enam puluh gerila Indonesia menyerbu masuk Sarawak dan membunuh tiga tentera gurkha. Pada Mac 10, 1964 Tunku mengeluar arahan kuatkuasa kerahan tenaga. Satu sidang kemuncak di adakan di Tokyo pada Jun 1964 namun tidak membuah hasil.

Harga Rm4.20

- - - - -

Thursday, June 22, 2023

WWTD - Sedarah Tak Sejalan


Catatan wwtd bab 12 - sedarah tak sejalan.

Cerita mengenai rancangan penubuhan Malaysia dan rancangan Brunai untuk turut serta. Sultan Brunai pada awalnya amat menerima cadangan dan bersetuju untuk bersama dalam Malaysia. Pada Julai 21, 1962 mengumumkan bahawa Dewan Undangan Brunai menerima konsep penubuhan Malaysia.

Bagaimanapun proses penubuhan Malaysia yang pada mulanya berjalan lancar mulai menghadapi tentangan dan ancaman. Parti Rakyat Brunai pimpinan Azahari bin Sheikh Mahmud yang pro-Indonesia telah menentang hasrat tersebut. Azahari sebaliknya mencadang sebuah gagasan lain yang terdiri dari Brunai, Sarawak dan Sabah. Azahari seterusnya bertindak melancar pemberontakan terhadap kerajaan Brunai pada jam 2 pagi 8 Disember 1962. Tindakan tersebut disertai sama askar bawah tanah TNKU dari Kalimantan Utara. Azahari didokong bersama oleh pembantunya Haji Zaini bin Awang Haji Ahmad.

Peninapan hsv jb

- - - - -

Monday, June 19, 2023

WWTD - Duri Dalam Daging 1955-1961


Catatan bacaan m/s 37.

Tunku menulis bahawa selepas pilihanraya 1959 anggota pembangkang yang menang semakin ramai. Maka Parlimen semakin panas dengan suara pembangkang dari Pas dan Parti Rakyat. Presiden Pas  BH sering menuduh Umno sebagai menggadai negara kepada orang asing. Pas juga mengapi semangat perkauman kaum Cina. Pas juga mahu harta kaum Cina dirampas dan diberi kepada orang Melayu. Manakala Parti Rakyat dan Parti Buruhpula menuduh Tunku sebagai tali barut British.

Pada tahun 1961 berlaku pula mogok oleh pekerja Utusan. Mogok diketuai oleh Said Zahari yang diketahui sebagai pro-sosialis, pro-Sukarno dan berpendirian kiri. Said mendakwa tindakan mogok itu sebagai mempertahan kebebasan akhbar. Tetapi kajian yang dibuat menunjuk akhbar Utusan Melayu sebagai pro-Sukarno dan bercita-cita menjadikan Malaya sebagai tanah jajahan Indonesia.

Utusan Melayu juga menyokong tindakan beberapa orang penduduk Malaya yang menduduki tanah haram. Mereka tidak mempeduli usaha kerajaan membuka tanah Felda untuk ribuan rakyat miskin.

 

 

Pastri jualan Umme

- - - - -

Friday, June 16, 2023

WWTD - Ancaman Pelampau 1955


Bab 5 buku wwtd menulis tentang satu bentuk ancaman tang ditimbulkan oleh golongan pelampau pada sekitar tahun 1955. Persatuan Guru-guru Sekolah Cina telah menuntut supaya bahasa Cina dijadikan salah satu bahasa rasmi negara. Tuntutan tersebut dikemuka pada saat negara mengada persiapan terakhir mengada pilihanraya pertama. Tuntutan tersebut menurut Tunku dikemuka kerana hasutan pihak yang amat anti Parti Perikatan.

Sempena tayangan filem Malbatt

- - - - -

Monday, June 12, 2023

WWTD - Serangan Bukit Kepong

 

Bab 3 wwtd bertajuk sejarah baru.Tulisannya berkisar kepada Umno yang berada populariti yang tinggi ekoran perjuangan keras mereka menentang rancangan Malayan Union. Namun pada masa sama sekitar 1950 pihak komunis Malaya pula meningkatkan keganasan mereka. Berlaku peristiwa serangan Balai Polis Bukit Kepong. Hal tersebut membawa Tunku menulis dalam bukunya 'Political Awakening' bahawa tahun 1950tahun yang paling tragik dalam sejarah Persekutuan Tanah Melayu. Pada tahun yang sama berlaku pergolakan kerana isu Natrah di Singapore.

Sebuah box gift

- - - - -

Wednesday, June 7, 2023

WWTD - Musuh Bersama Dan Buku Merah


Bab 2 Musuh Bersama mencatat ... Dalam tahun 1949 PKM memperlihat tentangannya secara langsung MCA dengan melempar bom tangan di Dewan MCA Perak mencederakan Tan Cheng Lock dan empat oerang yang lain. 

Dalam Bab 10 - Seperti Memerang Komunis ditulis mengenai program Buku Merah iaitu program membangun prasarana daerah dan kampung. Kenapa nama Buku Merah? Kerana merah mengingat kepada darurat, merah adalah segera dan merah adalah bahaya yamg mesti dihapuskan.

Kelas Dewasa diadakan dan dalam tempoh 1960-1970 tiga juta penduduk desa yang buta huruf telah dapat mengenal huruf dan membaca.


Rancangan Buku Merah

sumber - empat empat enam (link)

- - - - -

Tuesday, June 6, 2023

WTDD - Bermaruah Tanpa Berdarah


Buku WTDD mencatat beberapa hal;

(pg 3 Bermaruah Tanpa Berdarah kemerdekaan tanpa darah yang dipersoal oleh golongan kiri dan juga Pas).

banyak mengambil petikan dari buku Tunku eg., Political Awakening (1986) eg. some intellectuals felt that British has not relinquished their hold on Malaya but rather established themselves even more firmly in the country with the help of the rulers and right wing Malays. [pg 10].

petikan buku Looking Back (1977) 'I made another offer to the Communist those who wish to give up the struggle now and would agree to go to China would not be subjected to any discomfort or the disgrace of being interrogated. [pg 12].

Pembaikan Sek Agama 07092023

- - - - -


Saturday, June 3, 2023

Hari Nyamuk Sedunia (20 Aug)


Tarikh 20 August setiap tahun dinyatakan sebagai Hari Nyamuk Sedunia. Petikan (link):

August 20 was particularly chosen to mark World Mosquito Day in a bid to commemorate the discovery that female anopheline mosquitoes transmit malaria between humans. The discovery was made by legendary British doctor Sir Ronald Ross in 1897.

Baca "why celebrates". reason dot org - link.


- - - - -