Catatan bacaan m/s 37.
Tunku menulis bahawa selepas pilihanraya 1959 anggota pembangkang yang menang semakin ramai. Maka Parlimen semakin panas dengan suara pembangkang dari Pas dan Parti Rakyat. Presiden Pas BH sering menuduh Umno sebagai menggadai negara kepada orang asing. Pas juga mengapi semangat perkauman kaum Cina. Pas juga mahu harta kaum Cina dirampas dan diberi kepada orang Melayu. Manakala Parti Rakyat dan Parti Buruhpula menuduh Tunku sebagai tali barut British.
Pada tahun 1961 berlaku pula mogok oleh pekerja Utusan. Mogok diketuai oleh Said Zahari yang diketahui sebagai pro-sosialis, pro-Sukarno dan berpendirian kiri. Said mendakwa tindakan mogok itu sebagai mempertahan kebebasan akhbar. Tetapi kajian yang dibuat menunjuk akhbar Utusan Melayu sebagai pro-Sukarno dan bercita-cita menjadikan Malaya sebagai tanah jajahan Indonesia.
Utusan Melayu juga menyokong tindakan beberapa orang penduduk Malaya yang menduduki tanah haram. Mereka tidak mempeduli usaha kerajaan membuka tanah Felda untuk ribuan rakyat miskin.
Pastri jualan Umme
- - - - -
No comments:
Post a Comment