Thursday, June 22, 2023

WWTD - Sedarah Tak Sejalan


Catatan wwtd bab 12 - sedarah tak sejalan.

Cerita mengenai rancangan penubuhan Malaysia dan rancangan Brunai untuk turut serta. Sultan Brunai pada awalnya amat menerima cadangan dan bersetuju untuk bersama dalam Malaysia. Pada Julai 21, 1962 mengumumkan bahawa Dewan Undangan Brunai menerima konsep penubuhan Malaysia.

Bagaimanapun proses penubuhan Malaysia yang pada mulanya berjalan lancar mulai menghadapi tentangan dan ancaman. Parti Rakyat Brunai pimpinan Azahari bin Sheikh Mahmud yang pro-Indonesia telah menentang hasrat tersebut. Azahari sebaliknya mencadang sebuah gagasan lain yang terdiri dari Brunai, Sarawak dan Sabah. Azahari seterusnya bertindak melancar pemberontakan terhadap kerajaan Brunai pada jam 2 pagi 8 Disember 1962. Tindakan tersebut disertai sama askar bawah tanah TNKU dari Kalimantan Utara. Azahari didokong bersama oleh pembantunya Haji Zaini bin Awang Haji Ahmad.

Peninapan hsv jb

- - - - -

No comments:

Post a Comment