Sunday, December 7, 2025

Traktor - Bisnes Pertama Lamborghini


Bila sebut Lamborghini pertama terlintas kat kepala kita kereta sport, kereta mewah, kereta laju milik golongan super-kaya. Tak ramai yang tahu Lamborghini memula bisnes dengan menjual traktor. Produk pertama jualan mereka adalah Traktor model Carioca keluaran tahun 1948. Ia mengguna enjin Morris asal dari British.



The first ever Lamborghini tractor was called the Carioca (1948)
(source: lambocars dot com - link)

Tiga tahun kemudian Lamborghini mengeluar produk Traktor model L33. Masih mengguna enjin Morris buatan British.


Traktor Lamborghini model L33 (1951)

Lamborghini hingga kini masih menerus bisnes traktor. Terkini mereka mengeluar produk traktor modelTiga tahun kemudian


Traktor produk Lamborghini bersama Deutz Fahr

(source: farmers guardian - link)

- - - - -

Wednesday, December 3, 2025

Hasil Jualan Setem Vanuatu


Vanuatu sebuah negara kepulauan kecil di Oceania.

Baca sama:

Tuvalu, Nauru ... Why tiny countries sell so many stamps. young tours dot com - link. [ Negara macam Tuvalu, Nauru, Monaco dan San Marino].

Petikan:

Tuvalu is situated in the southwest Pacific Ocean, to the northeast of Fiji, some five to ten degrees of latitude below the equator. The nation consists of nine islands scattered over 560 square kilometers of ocean, but the actual land area is only 26 square kilometers.

Baca sama geop2 - link.



Peta geografi Vanuatu




- - - - -



Sunday, November 30, 2025

Hotel Taj Mahal Mumbai Milik Tata Group


Hotel Taj Mahal dibangun dan dibina oleh Jashedji Tata. Beliau merupakan ahli perniagaan terkenal yang juga pengasas kepada konglomerat Tata Group. Hotel Taj Mahal merupakan hotel pertama yang dilengkapi bekalan letrik. Hotel berkenaan mula buka bisnes seawal 1903.

Jashedji Tata turut meninggalkan legasi dengan membangun sebuah bandar kota nama Jamshedpur.

Tata Group kini diketuai oleh Natarajan Chandrasekaran (b.1963). Baca wiki natarajan - link.

Baca sama:

revenge-of-jamsetji-tata-the-fascinating-story-of-mumbais-iconic-taj-mahal-palace. times of india - link.


Taj Hotel (sumber wiki - link)

- - - - -

Thursday, November 27, 2025

Penghijrahan Parsi Ke India - Tata Group


Kita biasa dengar nama Tata Group. Sebuah konglomerat besar yang punya berbagai bisnes di India. Mereka menguasai bermacam-macam bisnes seperti automatif, industri keluli (Tata Steel), tenaga (Tata Power), telekomunikasi, Aeroangkasa dan berbagai lagi.

Siapakah pengasas Tata Group dan dari mana asal mereka. Pengasas Tata adalah Sir Jamshedji Nusserwanji Tata (1839-1904). Dia berasal dari kalangan warga Parsi yang beragama Zoroastrian (atau dikenali juga sebagai agama Majusi). Keluarganya berhijrah ke India dan pernah bekerja menjadi pendeta (priest) kepada pengikut Zoroastrian di Navsari India. Navsari sebuah kota berhampiran Mumbai di Negeri Gujerat, India.

Ramai juga kaum Parsi beragama Zoroastrian berhijrah ke India dan mendiami kota sekitar Mumbai. Mereka mula berhijrah seawal kurun ke7 Masehi. Ketika itu pasukan tentera Islam mula menguasai Parsi dan kaum Majusi lari meniggalkan Parsi datang ke India.


Bisnes milik Tata Group




Ratan Tata

Jamshedji Tata (sumber wiki - link)

- - - - -

Monday, November 24, 2025

Patriarch Cyrus Alexandaria dan Muslim Conquest


Satu lagi nama yang dipetik dari buku The Silk Road page 86 adalah Patriarch Cyrus. Beliau merupakan seorang tokoh Kristian Alexandria, Mesir.

Petikan Ai:

Patriarch Cyrus of Alexandria was a key, controversial figure during the Muslim conquest of Egypt (639-642 CE), serving as Byzantine Prefect and Patriarch who, after initial resistance, negotiated Alexandria's surrender to Amr ibn al-As in 641, ceding Egypt for tribute (Jizya) and religious freedom, a pragmatic move that saved lives but earned him condemnation from Byzantium as a coward, though his theological role in Monothelitism also fractured local Christian unity, aiding the conquest. 

www


- - - - -


Friday, November 21, 2025

Raja Sasanian Parsi Yazdagard III


Catatan bacaan buku The Silk Road page86.

Ada disebut kejatuhan Parsi ke tangan tentera Islam berlaku ketika Parsi di bawah pemerintahan Yazdagard III (d.651). Parsi menghadapi tentangan dan serangan dari pasukan Arab Muslim period pemerintahan khalifah rashidun pada 632-654M. 

Peperangan besar yang membawa kejatuhan Parsi ke tangan Islam adalah Perang Qadisiyyah tahun 636. Tentera Islam ketika itu dipimpin oleh Saad bin Abi Waqqas. Beliau menentang pasukan Sasanian pimpinan Rostam Farrokhzad.

Sebelum asakan tentera Islam Sasanian Parsi berperang lama dengan pasukan Byzantine. Peperangan yang berlanjutan pada 602-628. Peperangan ini berakhir dengan pembunuhan Raja Parsi Khosrow II pada 628.

Selepas berlaku serangan dan kekalahan ramai warga Parsi golongan Zoroastrian melari diri dan berhijrah ke India. Mulanya mereka bertapak di Mumbai dan kemudian ke merata lain.

Baca sama sejarah epik roman parsi. geop2 - link.

sumber - zubayr


- - - - -


Tuesday, November 18, 2025

Bacaan Freemason Turki


Pagi ini membaca balik tentang kewujudan Freemason di Turki. Entri yang ditulis pada 2022 (geos link). Kalau mahu dikumpul memang banyak sangat bahan bacaan mengenai tajuk ini.

Baca sama:

Confessions of British Spy and British enmity against Islam. Terbitan Turki tahun 2021 - link. [ada masa bacalah terbitan ini].

Eksistensi Freemasonry dalam Kekahalifahan Turki Uthmani: Era Khalifah Abdul Hamid II 1876-1909. Tesis MA UIN Makasar 2020. sumber - link.

The history of freemasonry in Turkey. freemason web page - link.

Mehmet Talaat Pasha dikata Freemason dan juga berperanan dalam Armenian Genocide - link.

Diary of an Ottoman Spymaster - link.

Islamist. A chapter in a Berlin publication - link.

The Origin of Palestinian Nationalism. Buku terbitan Columbia Uni Press 1988 - link.

Senarai tokoh ahli Freemason dunia - wiki (link).

Jewish Converts, Muslim Revolutionaries, and Secular Turks. Buku tebal 359 pages - link.

Freemasonry and Fraternalism in the Middle East. Buku terbitan Sheffield Uni 2008 - link.


Homestay '23

- - - - -


Saturday, November 15, 2025

Malaya Ada Merata - Filipina, Russia dan Kazakhstan


Malaya bukan setakat nama Malaysia pada zaman dulu. Perkataan Malaya ni ada dalam berbagai bahasa. Bahasa Filipino ada Malaya. Malaya dalam Tagalog makna free, bebas. Malaya dalam Russia makna kecil (small). 

Kat St Petersburg Russia ada jalan nama Malaya Sadovaya Street.

Petikan Ai:

Malaya Sadovaya Street is a pedestrian street in the heart of Saint Petersburg, Russia, that runs between Italyanskaya Street and Nevsky Propekt. It is a short, 179-meter-long street known for its cafes, fountains, sculptures, and historical buildings, making it a popular destination for both residents and tourists.


Malaya Sadovaya Street is one of the shortest streets in St. Petersburg
Malaya Sadovaya Street is completely pedestrian

sumber: life globe dot com (link)

Kat Kazakhstan pula, tepatnya kat Almaty ada Malaya Almantika River. Terjemahannya ke bahasa Melayu Sungai Almanty Kecil (Small Almanty River). Kazakhstan ni dulunya dibawah pemerintahan Soviet Russia. Maka bahasa Russia masih dominan di sana.

Malaya Almantika River, Kazakhstan

- - - - -


Tuesday, November 11, 2025

Catatan Bacaan Silk Road (2)


Sedikit catatan lagi dari buku Silk Road.

Alexander the Great conquered Persian through a battle at Gaugamela (today Erbil). Persian armies were led by Darius III. The battle was in 331 BC. 

Darius III murdered by his own lieutenant. His body was dumped in a wagon.

Alexander was at one time tutored by Aristotle.

Many cities or towns named Alexander. Among them:

- Herat (Alexandria in Aria); Kandahar (Alexander in Arachosia); Bagram (Alexander in Caucasum).


Herat's citadel, known as the Qala Ikhtyaruddin or the 'Citadel of Alexander', was founded in 330 BC, although it has been destroyed and rebuilt many times since then

sumber: history files (link)

- - - - -


Saturday, November 8, 2025

Bisotun Inscription Iran


Sedikit catatan mengenai Bisotun Inscription.

Ramai pelawat berkunjung ke Kermanshah Iran. Lokasi yang ada Bisotun Inscrition. Juga nama Behistun.

Baca sama:

Darius and the Bisotun Inscription: A new interpretation. archive - link.

Violence in the Behistun Monument. phd ucl 2020 - link.

The historical importance of the Bisitun Inscription - link.

Behistun inscription wiki - link.

sumber: irun2iran - link



sumber: persiantrips travel - link

- - - - -

Wednesday, November 5, 2025

Catatan Bacaan Buku Silk Road


Buku memulakan dengan menyebut Mesopotamia; Tigris dan Euphrates. Bermakna ketiga-tiga tempat bersejarah ini terangkum dalam wilayah Silk Road. Disebut juga Medes, kelompok ancient people seperti mana orang Mesir (yang juga dikategori ancient people).

Beberapa kota silam di Asia Minor Babylon, Susa dan Persepolis. Juga ada di Asia Minor adalah Oxus River (kini nama Amy Darya) dan Iaxartes River (kini Syr Darya). 

Boleh juga kaji tentang Behistun Inscription. Dinding batu yang diukir serta tertulis tiga tulisan tua. Tulisan Persian silam (Old Persian), Elamite dan Akkadian (atau dikenali juga Babylon). Behistun disebut juga berbagai nama lain seperti Bisotun. Wujud sekitar 520 BC iaitu era tokoh Darius (550-486 BC). Beliau merupakan Raja yang mengetuai Achaemenid Empire. Pusat pemerintahannya Pasargadae, sebuah lokasi kini di Iran (90 km dari kota Shiraz).

Behistun kini menjadi WHS unesco. Lokasi kini di Kermanshah, Iran.






Buku oleh pengarang Peter Frankopan (RM72)

- - - - -


Sunday, November 2, 2025

Sedikit Bacaan Tentang Almaty


Almaty adalah ibukota negara Kazakhstan. Dulunya ketika era Soviet nama lama Almaty adalah Alma-Ata. Apa maksud nama tersebut?

Petikan:

The name Almaty comes from Kazakh word "alma" and means 'full of apple' or 'apple-rich'. This name is rooted in the region's history as the birthplace of the domestic apple, with the wild Malus sieversii being a likely ancestor. The city was formerly calledAlma-Ata during the Soviet era. A name that translates to "Father of Apples" before being renamed Almaty in 1994.

Catatan susulan membaca buku 'Melawan Dingin'.

Baca sama:

Almaty the origin of apples and amazing city. asia travel blog link.


Peta Kazakhstan

(Almaty letak di tenggara - timur bawah)



An apple shaped fountain in Almaty

- - - - -

Wednesday, October 29, 2025

Brown University dan Auburn University


Ada dua universiti yang namanya berkait warna Brown University dan Auburn University. Kita biasa dengan warna brown tetapi mungkin tidak warna aurburn. Namun kedua-dua warna brown dan auburn hampir sama. Sukar untuk membeza mereka. Sebenarnya nama Brown University dan Auburn University tak ada kena mengena pun dengan warna. Kita lihat nanti mana datang nama kedua uni tersebut.


Berbagai variety warna auburn

Warna brown yang berbagai


Brown University adalah sebuah universiti di Rhode Island, Amerika Syarikat. Brown University mengambil nama Nicholas Brown Jr (b.1769). Beliau merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya dan juga dermawan (philanthropist). Pastinya beliau banyak menyumbang dana membangunkan universiti berkenaan. Kerana itulah nama beliau diabadi kepada Brown University. 

Nicholas Brown Jr juga merupakan alumni Brown University. Beliau graduat pada 1786. Pada ketika itu masih nama asal, Rhode Island College.



Brown University tersenarai sebagai salah sebuah Ivy League Universities. Ada lapan buah universiti dalam kategori Ivy League. Lapan universiti tersebut adalah Brown University, Columbia, Cornell, Dartmouth College, Harvard, Pennsylvania, Princeton dan Yale Uni.

Auburn University pula terletak di kota Auburn, Alabama. Maka jelaslah namanya datang dari lokasi kampus mereka.


Auburn University

- - - - -

Sunday, October 26, 2025

Sedikit Sejarah Ubat Gigi Colgate


Sedikit sejarah tentang ubat gigi Colgate. 

[Baca sama a brief history of toothpaste- link ; link2].

The inventors of the Colgate toothpaste.


On the left, William Colgate (1783-1857), who founded in 1806 what became the Colgate toothpaste company, and his son Samuel Colgate (1822-1897) manager of the Colgate & Co during the years of product launch.

The first version of Colgate toothpaste

Colgate's Ribbon Dental Cream (1896)

In 1892, Doctor Washington Sheffield, an American Dentist of New London manufactured toothpaste into a collapsible tube. He had the idea after his son travelled to Paris and saw painters using paint from tubes.

Colgate's Ribbon Dental Cream was packaged in collapsible tubes imitating Sheffield. The original collapsible toothpaste tubes were made of lead.

Ubat gigi pertama ciptaan Sheffield (1881)


Produk kini ubat gigi Dr Sheffield

(boleh dibeli online melalui shopee etc)

- - - - -

Thursday, October 23, 2025

Colgate University New York


Kita biasa sangat dengan nama ubat gigi jenama Colgate. Rupanya selain ubat gigi ada juga universiti nama Colgate University. Ubat gigi Colgate mula diperkenal pada 1873, dijual dalam botol jar. 

Produk pertama ubat gigi Colgate 1873

Kalau ubat gigi Colgate mula ada pada 1873 bila pula ada Colgate University. Jawapannya Colgate University mula ditubuh pada 1819. Pada ketika ia belum nama Colgate University. Ia bermula dengan nama The Baptist Education Society of the State of New York. Kemudian ia menukar nama kepada Madison College pada 1846. Kemudian barulah menukar kepada Colgate University pada 1896.

Nama Colgate University dipakai sebagai mengabadi sumbangan keluarga Colgate terutama William Colgate (1783-1857). Bisnes keluarga Colgate dimulakan oleh William Colgate pada 1806. Mereka memula bisnes dengan produk sabun dan lilin. Mereka mula dengan sebuah kilang di New York.


Lambang Colgate Uni estd 1819



Kampus Colgate University, Hamilton, New York
- - -

Ubat gigi pertama Colgate pada 1873

- - - - -


Monday, October 20, 2025

Kota Gothenburg Kota Volvo


Lepas solat Jumaat tadi berbual sekejap dengan rakan jemaah sama taman. Rakan nama Pak Soetikno. Beliau berasal dari Indonesia namun sudah puluhan tahun berkhidmat di Malaysia. Beliau juga telah mendapat kerakyatan Malaysia. Dalam bualan tadi beliau memaklum seorang anak lelakinya mendapat tawaran kerja di Sweden. 

Pak Soetikno memaklum anak beliau akan berangkat bekerja kat kota Gothenburg Sweden. Jarak Gothenburg adalah sekitar 470 kilometer dari Stocholm. Kalau memandu kereta lebih lima jam. Kalau naik tren lebih cepat sekitar tiga jam setengah.

Pak Soetikno menyambung bualan kota Gothenburg terkenal dengan industri kenderaan Volvo. Pak Soetikno memaklum konglomerat Volvo kini majoriti sahamnya dimilik oleh Syarikat Geely China. Hebat Geely ni banyak syarikat kereta merata dunia yang mereka punya pegangan - Proton (Malaysia), Renault Korea, dan Volvo.

Sempatlah saya ke Gothenburg Sweden lepas solat Jumaat tadi.



Bangunan World of Volvo, Gothenburg



- - - - -


Friday, October 17, 2025

Supermarket Merata Negara Eropah


Perhatikan nama supermarket di merata negara Eropah. Antara nama besar adalah Lidl dan Aldi. Pernahlah singgah dan membeli di dua supermarket ini semasa berada di Eropah.

Petikan Ai:

Lidl supermarket is owned by the Schwarz Group, a private, family-controlled German retail group. The effective owner and driving force behind the company's massive growth is German billionaire businessman Dieter Schwarz, the son of the founder Josef Schwarz.


Nama Supermarket Eropah

- - - - -


Tuesday, October 14, 2025

Siapa Imam Ad-Darimi


Bacaan pada hari ini menemu satu nama tokoh ulama silam. Tokoh yang tergolong sebagai ulama hadis atau periwayat nama Imam Al-Darimi. Ada juga yang mengejanya Ad-Darimi. Siapakah Ad-Darimi.

Setelah membuat sedikit pencarian dapatlah beberapa info tentang Imam Al-Darimi. Nama betulnya adalah Abdullah bin Abdulrahman bin al-Fadhl bin Burhan ad-Darimi as-Samarqandi. Zaman hidup beliau sekitar 797-869M. Gelaran Ad-Darimi adalah nisbah kepada ad-Darim, Uzbekistan. Ada juga catatan yang menyebut ad-Darim sebagai nama lama kota Samarkand, Uzbekistan. 

Imam Ad-Darimi adalah guru kepada Imam Muslim, Imam Abu Daud, Imam Tirmizi dan ramai lain. Imam Ad-Darimi turut menghasilkan kitab hadis nama Sunan Ad-Darimi.


Kitab Sunan Ad-Darimi

- - - - -


Friday, October 10, 2025

Pemain Bola dan Kerakyatan


Selama beberapa ketika bulan ini heboh tentang berita Malaysia bagi kerakyatan pemain bola import. Lepas itu habis duit bayar mereka gaji tinggi. 

Manakala di Arab Saudi, berita hangat minggu ni bukan pasal harga minyak atau bola. Tapi pasal dua nama besar yang tiba-tiba jadi warganegara Saudi. Mereka adalah Travis Kalanick, pengasas bersama Uber, dan John Pagano, CEO Red Sea Global.

Cerita kerakyatan menarik sebab langkah tersebut bukan sekadar 'bagi IC', tapi sebahagian daripada strategi besar Vision 2030, di mana Arab Saudi nak jadikan negara sebagai pusat bakat dan idea dunia.

Yang buat ramai terkejut kedua-dua tokoh berkenaan baru memeluk Islam sebelum mereka dapat kewarganegaraan Saudi.

Dua tokoh perniagaan tersebut kini membuka bisnes besar kat Saudi. Memberi peluang pekerjaan kepada  warga yang memerlu kerja. Dua tokoh ni juga membangun ekonomi Saudi melalui bisnes makanan dan bisnes tourism.


- - - - -

Wednesday, September 24, 2025

Non-Muslim Authors on Islam


Ketika merayau kat google jumpa satu lagi topik yang menarik. Laman wiki ada menyenaraikan list of mon-Muslim authors on Islam. Senarai disusun pula menurut chronological by date of birth.

Sumber: wiki - link.

Bagi date of birth 622CE to 1500CE senarainya adalah;

Sebeos - Armenian historian; Joannis Damasceni - a Syrian monk in Damascus; Du Huan - tawanan Battle of Talas; Sankara (788-820) of Kerala, India; Abd al-Masih ibn Ishaq al-Kindi; dan banyak lagi.

Baca sedikit tentang al-Kindi. mohamadanism - link.



Masjid mana ni ya, Kelana Jaya? ke Seksen 24

- - - - -


sumber - brown bag lecture (link)

- - - - -





Saturday, September 20, 2025

Santa University Colorado


Kekadang bila kita google akan jumpa suatu info yang nampak lucu dan buat kita tertanya. Sampai kita kata ehh ehh benda mcm ni pun ada. Contoh ada universiti nama Santa University. Uni ni ada kat Colorado, Amerika. Depa melatih sesiapa yang nak jadi Santa Claus. Adui.

Kalau ikut artikel yang dibaca Santa Uni hanya beroperasi empat hari dalam setahun. Mereka melatih warga tua yang berminat menjadi Santa Claus. Selesai latihan mereka akan bekerja atau berkhidmat sebagai Santa di merata tempat yang mahukan khidmat mereka.

Kat Finland pulak ada theme park nama Santa Clause Village. Kena google yang ini juga.


Perarakan ke apa ni


Semua kena berjanggut


Waktu konvo agaknya ni

- - - - -



Tuesday, September 16, 2025

Jenama Pakaian Dari Eropah


Ada berbagai jenama terkenal Eropah. Sebahagiannya kita sedia maklum. Namun banyak yang mungkin baru kita dengar.


Biggest National Clothing Brand of Some European Countries

- - - - -