Catatan bacaan buku The Silk Road page86.
Ada disebut kejatuhan Parsi ke tangan tentera Islam berlaku ketika Parsi di bawah pemerintahan Yazdagard III (d.651). Parsi menghadapi tentangan dan serangan dari pasukan Arab Muslim period pemerintahan khalifah rashidun pada 632-654M.
Peperangan besar yang membawa kejatuhan Parsi ke tangan Islam adalah Perang Qadisiyyah tahun 636. Tentera Islam ketika itu dipimpin oleh Saad bin Abi Waqqas. Beliau menentang pasukan Sasanian pimpinan Rostam Farrokhzad.
Sebelum asakan tentera Islam Sasanian Parsi berperang lama dengan pasukan Byzantine. Peperangan yang berlanjutan pada 602-628. Peperangan ini berakhir dengan pembunuhan Raja Parsi Khosrow II pada 628.
Selepas berlaku serangan dan kekalahan ramai warga Parsi golongan Zoroastrian melari diri dan berhijrah ke India. Mulanya mereka bertapak di Mumbai dan kemudian ke merata lain.
Baca sama sejarah epik roman parsi. geop2 - link.
sumber - zubayr


No comments:
Post a Comment