Tuesday, December 21, 2021

Mangsa Serangan MPAJA Malaya

Keganasan MPAJA sebaik Jepun menyerah kalah menjadi satu sejarah hitam negara. MPAJA mengambil kesempatan berkuasa di beberapa lokasi sebelum British tiba mengambil semula pemerintahan dari Jepun. MPAJA bertindak kejam terutama kepada kaum Melayu dan juga sebilangan sesama kaum Cina yang mereka tuduh sebagai tali barut tentera Jepun. Antara kaum Cina yang menjadi mangsa adalah Wong Tet San.

Wong Tet San merupakan Presiden OCA, Oversea Chinese Association, Selangor. Pemimpin OCA yang selamat adalah Heah Joo Seang dan Ng Teong Kiat. Kedua pemimpin OCA ini tidak diambil tindakan kerana mereka turut bekerjasama dengan MPAJA secara rahsia.

Turut menjadi mangsa adalah Lim Bo Seng iaitu Ketua Cina Force 136. Beliau dibunuh  Jepun di Penjara Batu Gajah pada 1944. baca lim bo seng - wiki.

Catatan bacaan m/surat 135 sebuah buku.

Members of MPAJA 

(source: wikiwand - link ada juga senarai buku untuk rujukan)

Baca "The truth about MPAJA". peraktoday dot com 2011 - link.

"How overseas Chinese fought Japan during WWII". chinadaily dot com - link.

"The Malayan triple agent spy who worked for the British, Japanese, French and Communist". cilisos - link.

- - - - -

Thursday, December 16, 2021

Pekan Melalap Sabah

Dalam membaca mengenai ehwal Sabah ketemu nama sebuah pekan kecil di sana yang namanya Melalap. Dulunya ada sebuah stesen keretapi namun kini keretapi sudah terhenti dan stesen tingga terbiar. Kini track keretapi Tenom-Melalap telah mula dibina semula. Usaha dibuat period awal Warisan di bawah KM Safie Apdal.

Baca antara runtuhan tamadun". sabahkini 2011 - link.

"Kerja bina semula landasan keretapi bermula". dailyexpress 2019 - link.

"Sejarah stesen keretapi Melalap". redzuanyusof - link.

 
 
Stesen Keretapi Melalap [source: fb north borneo - link]
 

- - - -

Tuesday, December 14, 2021

Haris Berjaya vs Pairin PBS

 

Parti Berjaya dibentuk pada 1975 oleh gabungan Donald Stephens dan Harris Salaeh. Pembentukan Berjaya adalah atas restu PM Tun Razak yang berhasrat mengenepi Tun Mustafa dan Usno dari kuasa politik Sabah. Tun bersikap menolak Tun Mustapha yang beliau anggap punya hasrat membawa Sabah keluar dari Malaysia. Pada 1976 Berjaya menang prn Sabah mengalahkan Usno. Berjaya adalah part multi racial tetapi kemudiannya menjadi parti yang pro-Melayu/Muslim sesuai dengan apa yang berlaku di peringkat pusat.

Harris mengambil langkah terlalu memperkecil etnik Kadazandusun. Hal tersebut cuba ditentenag oleh Pairin yang akhirnya mengambil keputusan meletak jawan Timbalan KM. Haris Salleh pula mengishtihar kerusi Tambunan milik Pairin dikosongkan dan prk diadadakan. Pairin menang besar dalam prk yang diada pada 1984. Selepas kemenangan Pairin harris bertindak balas dengan menurun taraf Tambunan kepada daerah dan menghenti saluran kewangan negeri dan dana pembangunan Tambunan.

Pairin berjaya menubuh PBS yang mula mendapat sambutan rakyat Sabah. Harris bertindak membubar Dun Sabah dengan harapan pilihanraya segera dapat menyekat sebelum PBS terus maju. Namun begitu dalam prn PBS memperolehi 25 kerusi mengalahkan Berjaya yang hanya dapat menang 6 kerusi. Harris Salleh turut tewas di kerusi Tenom kepada Kadoh Agundong. [KA kini bersama parti Warisan as in Dec 2019].

Pada Feb 1986 Pairin membubar Dun Sabah ekoran berlakunya lompat parti di kalangan adun PBS. PBS menang besar prn 1986 dengan mendapat 34 kerusi. Pencabar terdekatnya ialah Usno yang dapat 12 kerusi.

Selepas tewas dalam prn pihak parti lawan mula mengambil langkah memecah belah etnik Kadazandusun. Cara yang digunakan adalah dengan menubuh beberapa part baru dengan dimulai oleh . Mantan Naib Presiden Berjaya James Ongkili. Beliau menubuh parti rakyat sabah PRS pada 1989. Berikutnya Mark Koding, Timbalan Presiden parti keluar PBS dan menubuh parti AKAR. Ekoran tindakan Koding prk telah diadakan bagi kerusi Ranau dan Koding tewas.

Pada 1990 sekali lagi prn diadakan dan PBS terus mempertahan Sabah dengan memenangi 36 kerusi. Pencabar terdekat ialah Usno yang menang 12 kerusi. Berjaya tewas semua kerusi yang mereka tandingi dengan ramai calun mereka yang hilang deposit.

Pilihanraya Sabah 1994 merupakan cabaran besar PBS melawan BN yang diwakili parti baru serpihan anggota PBS. Keputusan pilihanraya menyaksi PBS menang tipis 25 kerusi berbanding BN yang dapat 23 kerusi. Berikutnya berlaku lompat parti keluar dari PBS terutama oleh calun Melayu. Pertama lompat parti ialah Lajim Ukin. Beliau dikikuti oleh Zaini Isa dan MP Kimanis Nurnikman Abdullah. Mereka dikuti pula Rubin Balang.

 

Stesen Keretapi Melalap 1906

Laluan keretapi Sabah

Baca juga sabah railway - railtarvelstation (link). 

Panduan menaiki keretapi Sabah - link.

Lagi mengenai sejarah tren Sabah - link.

- - - - -

Sunday, December 12, 2021

UPKO Sabah

UPKO berasal dari UNKO yang ditubuh pada 1961 oleh Donald Stephens. UPKO setelah UNKO digabung dengan parti Pasok pada 1964. UPKO dipimpin oleh Bernard Dompok sejak 2009. Ketika itu PBS baru menang semula mempertahan Sabah dan Dompok telah bertemu Mahathir. PM pula ketika itu sedang memula usaha untuk memecah belah sokongan rakyat Sabah terhadap PBS. Dompok pada mulanya menubuh parti Parti Demokratik Sabah, PDS. PDS kemudiannya mengambil nama UPKO atas dasar menghidup semula parti legasi Stephens.

Serpihan lain PBS adalah LDP (1989) dan SAPP (1994). Kedua-duanya ditubuh atas percaturan oleh Kuala Lumpur.

Selamat Datang ke Kota Belud

Baca "Dua puluh satu tempat menarik di Kota Beud Sabah". explore sabah - link.

"Hari operasi Tamu setiap daerah Sabah". explore sabah - link.

- - - - -

Wednesday, December 8, 2021

Parti Politik Kadazandusun Sabah


Artikel oleh Puyok dimulai dengan menyebut etnik Kadazandusun Sabah masih ketinggalan di sudut politik dan juga pembangunan. Puyok menyebut antara sebabnya adalah tiadanya kesepaduan di kalangan tokoh pimpinan parti Kadazandusun dan juga ketandusan visi mereka. Parti politik yang mewakili etnik Kadazandusun adalah PBS, UPKO dan PBRS. Antara tiga part tersebut PBRS paling kurang berpengaruh kerana ia tidak punya kekuatan dari kalangan akar umbi/grassroot. Parti pertama mewakili Kadazan adalah INKO yang ditibuh pada 1961 pimpinan Donald Stephens. UNKO bergabung dengan Pasok pada 1964 dengan nama baru UPKO.

Perpecahan Kadazandusun bermula bila mana dua pemimpin PBS Pairin dan Mar Koding bertelingkah pendapat mengenai nama etnik. Pairin memilih Kadazan kekal sebagai nama etni tersebut manakala Koding mahu nama Dusun. Koding juga dikatakan condong dengan kerajaan Pusat. Beliau kemudiannya keluar dari PBS dan menubuh parti AKAR pada 1986. Koding menubuh AKAR bersama dua lgi tokoh Dusun, Kalakau Untol dan Kasitah Gadam.

Etnik Lundayeh dikelompok sebagai KD sedangkan budaya tersendiri yang berbeza dari KD.

"Ethnicity, culture and indigenous leadership in modern politics: the case of the Kadazandusun Sabah". kajian msia 2011.

 

Tamu Donggongon - one of oldest tamu in Sabah

Baca "TD - one of the oldest in Sabah". sabaheats dot com - link.

- - - - -

Sunday, December 5, 2021

Anjuran Kembara Surah Ali Imran

Buku Juz4 terbitan Karangkraf tebalnya 357 m/surat merangkumi Surah Ali Imran ayat 92 hingga Surah An-Nisa ayat 23. Surah Ali Imran ayat 137 antaranya menyebut ' .. berjalanlah kamu ke segenap Bumi dan perhatikan bagaimana pengakhiran orang yang mendusta Rasul'. Antara kesan tinggalan tersebut adalah tinggalan kaum Aad, kaum Tsamud dan juga Firaun (tinggalan piramid di Mesir). Kaum Aad menderhakai pada period Nabi Hud yang juga cucu kepada Nabi Nuh. Tinggalan kaum Aad adalah di kawasan bukit antara Yaman dan Oman utara Hadhramaut.

 

Sebuah tinggalan silam [mungkin Madain period Nabi Salleh]

Baca "Peradaban maju kaum Aad dan pendustaan terhadap Nabi Hud as". republika - link.

"Kisah kaum Aad yang diazab Allah kerana bermewah". islami co - link.

"Kisah kaum Aad gagah perkasa dan bangunan pencakar langit mereka". zul segamat - link.

Tafsiran ayat 154 pula mencerita mengenai munafik sejarah Uhud yang bernama Mu'attib bin Qusayr. Maka dapatlah nama seorang lagi munafik disamping nama tokoh terkenal Abdullah bin Ubay.

Baca tesis MA "Munafil: antara nas dan realiti - studi tafsir Sayd Qutb dan Hamka". uin lampung 2020 (link).

- - - - -

Thursday, December 2, 2021

TS Shamsudin Abdul Kadir - Sapura Holdings


Catatan bacaan para awal buku Anak Seorang Drebar. Buku tentang biograsi TS Shamsuddin Abd Kadir, pemilik Sapura Holdings. Beliau mula bersekolah pada 1936 di Batu Gajah. Ketika itu usianya lebih muda dari rakan sekelas yang lain. Tamat sekolah rendah menyabung di sekolah menengah aliran Inggeris. Beliau berjaya belajar keluar negara di UK selama lima tahun dan pulang ke tanah air pada 1957. Berkhidmat dengan Jabatan Telekom sehingga tahun 1971 bila mana beliau berpindah kerja ke UMW. Empat tahun kemudia beliau menubuh syarikat sendiri Sapura (pada 1975).

Majlis pelancaran buku oleh Tun M

Baca "Sapura founder's success story a best seller". malaysian  reserves 2017 - link.

- - - - -

Friday, November 12, 2021

Tokoh Roket Amerika Syarikat General Medaris

Ketika period Sergei Korolev mengepelai program roket Soviet program yang sama di Amerika Syarikat dikepalai oleh Major General John Bruce Medaris. Medaris memegang peranan besar mengetuai US Army Ballistic Missile Agency ABMA. Tokoh roket terkenal berasal Jerman von Braun turut menganggotai ABMA. von Braun bertugas di bawah kendalian Menaris. 

Bab 2 buku Red Moon Rising mencatat mengenai usaha Medaris mendapat dana dari kerajaan Amerika untuk membangun keupayaan roket Amerika. Usaha tersebut mula giat pada 1956 untuk menyaingi Soviet.

Medaris bersama von Braun 

- - - - -

Tuesday, November 9, 2021

Tokoh Roket Nazi Hans Kammler dan Wernher von Braun


Dua tokoh tentera Nazi yang nama mereka disebut-sebut dalam sejarah roket adalah SS Gruppenfuhrer Hans Kammler dan Wernher von Braun. SS Gruppenfuhrer adalah gelaran ranking dalam tentera Nazri. Hans Kammler kemudiannya mati bunuh diri pada 1945 setelah Nazi tewas. Manakala von Braun adalah saintis atau jurutera tentera yang membangun sistem roket V-2 (Vergeltungswaffen-2). Di kalangan Barat roket tersebut lebih dikenali sebagai A-4. Roket tersebut merupakan the first ballistic missile.

Entrance to the underground tunnels of the Mittlewerk

[premis membina roket Nazi]

Baca "Wonder weapon and slave labor". smithsonian - link.

- - - - -

Saturday, November 6, 2021

Serangan Roket Nazi Di Chiswick 1944


Penceritaan dalam buku "Red Moon Rising" dimulai dengan serangan roket tentera Nazi Jerman ke atas penempatan Chipswick, barat London. Pengarang memulanya dengan fizik penerangan mengenai penerbangan roket bersesuaian dengan buku tersebut yang bergenre sains.

Baca "The day Hitler's silent killers came falling on Chiswick". Artikel sempena ulang tahun ke-70 serangan Chiswick. express mail 2014 - link.

Para pengkaji dan jurnalis UK terus mempertahan keupayaan Britain da memperkecil apa yang berlaku di Chipswick. Sebagai contoh baca "WW2 double cross that was credited with diverting V-2 strikes away from London ‘made no difference because missiles were so inaccurate".  dailymail 2019 - link.

Beberapa pengkaji telah menghasilkan tesis mengenai peristiwa Chipswick khususnya dan serangan Nazi amnya. Baca "A game of human chess - The double cross system and MI-5's supremacy in WW2". Tesis BA Colorado Uni tahun 2015 tebal 104 m/surat (link).

Baca juga buku "The Double-Cross system in the war 1939-1945" terbitan ANU Press tahun 1972 (link).

V-2 rocket damage in Chiswick, west London 1944

- - - - -

Saturday, October 16, 2021

Pengkaji Etnik Melayu Kelantan Robert Winzeler

 

Membaca m/surat awal buku Kelantan 1977 menemu nama Robert Winzeler. Beliau merupakan seorang pengkaji yang banyak menerbit buku dan makalah mengenai budaya dan kehidupan Melayu khususnya di Kelantan. Salah satu buku oleh Winzeler menurut penulis Kelantan 1977 adalah "Ethnic relations in Kelantan - a study of the Chinese and Thai as ethnic minorities in a Malay State". OUP 1985 (abebooks - link).

Petikan (books google - link):

Robert L Winzeler is professor emeritus of anthropology at the University of Nevada, Reno. He received his MA and PhD from the University of Chicago and has done extensive long-term feildwork in both insular and mainland SEA. His numerous books include The People of SEA Today (2011) and Anthropology and Religion, 2nd Edtion (2012).

Baca "Ethnic differences and economic change in a local Malaysian setting". kyoto seas 1976 - link.

"The study of Malayan latah". cornell 28 m/surat - link.

"The Buddha in Mecca's verandah" 4 m/surat 2013 [Ibid below].

Baca juga buku "Ethnic diversityand the control of natural resources in SEA". Terbitan michigan uni 243 m/surat. [Afq D Lanun Selat Melaka].

Sebuah buku mengenai Kelantan oleh Winzeler

source: asiabookroom - link

- - - - -

Thursday, October 14, 2021

Kolej Latihan Peguruan Melayu Sarawak 1940


Selain SITC Tg Malim wujud juga sebuah kolej perguruan di Sarawak. Kolej dinamakan Kolej Latihan Perguruan Melayu Sarawak ditubuh pada 1940. Pengetua Kolej ialah Mohamed Said bin Hussin dan ambilan pertama seramai 30 pelajar dan mereka tamat latihan pada Julai 1941. Pengabilan ketiga adalah pada September 1941. Ketika pendudukan Jepun kolej ditutup dan hanya dibuka semula pada Januari 1946.

Sebuah kolej perguruan dibuka di Batu Lintang dengan mulanya mengguna bangunan Madrash Melayu pada 1947. Kemudian pada Januarisebuah kolej tetap baru dibina pada 1948. Kolej perguruan asal pertama telah turut berpindah ke bangunan kolej baru di Batu Lintang pada 1949.

Pendidikan di Sarawak cuma setakat sekolah rendah. Sekolah peringkat menengah hanya bermula pada 1956 dengan sekolah pertama di Tanjing Lobang dekat Miri didiri pada 1957. Sekolah tersebut mengguna bahasa pengantar Inggeris.

[Catatan bacaan Kedudukan Orang Melayu Sarawak m/surat 70].

Bangunan asal kolej guru Batu Lintang

sumber: ipbl - link

- - - - -

Saturday, October 9, 2021

Winstedt MCS Di Tanah Melayu

 

Winstedt yang lahir pada 1878 menamatkan pengajian Oxford University pada 1901 sebelum dihantar bertugas di Malaya. Beliau belayar menaiki kapal dari Liverpool dan tiba di Penang sebelum meneruskan perjalanan ke Taiping. Beliau tiba di Taiping pada Disember 1902 mula bertugas sebagai kadet MCS di Taiping ketika usia 24 tahun. Turut melapor diri bersama beliau adalah beberapa kadet lain termasuk Alfred John Sturrock (1879-1946) yang kemudian aktif bersama Winstedt dalam kerja pengajian Melayu.

Pada 1903 Winstedt dinaik pangkat kepada Nazir sekolah-sekolah negeri Perak. Pada 1904 beliau lulus peperiksaan Bahasa Melayu yang perlu diambil oleh pegawai kadet MCS. Winstedt bersahabat baik dengan Sir Raja Chulan. Bekiau juga sempat bersama Raja Abdullah (yang pernah dibuang ke Pulau Sechelles) dalam majlis perasmian sebuah Istana diKuala Kangsar pada 1904.

Pada 1905 Winstedt berpindah tempat bertugas ke Batang Padang dan tinggal di Tg Malim. Pada 1908  Winsted berpindah semula ke Taiping bertugas sebagai ADO Matang. Tidak lama kemudian bertukar pula ke Gopeng. Semasa di Gopeng Winstedt mula diserang sakit sehingga terpaksa pulang ke Oxford dan diberi cuti sakit selama empat belas bulan (Julai 1911 hingga Sept 1912).

Taiping Police Station pada 1900s

Baca pandangan yang mengatakan "Inggeris tidak mahu orang Melayu maju". minda ahad - link

- - - - -

Thursday, October 7, 2021

Tesis SITC dan Semangat Nasionalisme

 

Tesis bertajuk "Sumbangan lepasa SITC dalam membangkitkan semangat nasionalism 1922-1957". Kajian oleh dan Raja Ahmad Shalaby selesai pada 2018.

Kandungan:

Perkembangan perguruan Melayu; SITC dan nasionalisme; Pentadbir dan pendidik; Ahli politik dan pemikir [Politik - Ibrahim Yaakub, Mohd Diah Abd Rahman, Abdul Rahman Talib, Senu Abd Rahman, Syed Nasir dan Ghafar Baba. Pemilir - Za'ba, Muhamad Yusof Ahmad; Zainal Abidin Ali & Aminuddin Baki]; Penutup.

Sumber: upsi - link.

Principal House SITC

sumber: muzium upsi (link)

- - - - -

Monday, October 4, 2021

Bahan Bacaan Mengenai Winstedt

 

RO Winstedt merupakan tokoh British yang banyak menulis mengenai Melayu dan Malaya. Beliau mula bekerja sebagai kadet MCS pada 1902 ketika usia 24 tahun dan ditempat di Taiping.

Baca juga berikut:

"Pengaruh Hindusim dalam kehidupan masyarakat Melayu: rujukan khusus karya pilihan Winstedt" jurnal ideologi 2020 - link.

"Pendekatan Kajian R.O. Winstedt Terhadap Islam dan Pengaruhnya Terhadap Masyarakat Melayu di Tanah Melayu: Satu Analisis". jurnal kuis 2019 - link.

"Orientalist's view of the Malay community: a focus on winstedt". jurnal 2017 - link.

"Sebuah analisis tentang pendekatan kajian RO Winstedt terhadap Islam di Tanah Melayu". jurnal peradaban 2015 - link.

"Pandangan Winstedt terhadap undang-undang Islam di Tanah Melayu". tesis MA UM 2014 - link.

"Orientalism dalam pengajian Melayu" oleh azhar ibrahim (nus - link).

Winstedt (link)

Petikan - Pandangan Winstedt terhadap Nasionalisme Melayu: Usaha O.T Dussek, Pengetua MPSI yang menubuhkan Jabatan Karang-Mengarang yang menggalakkan kegiatan pemikiran dan penulisan dalam kalangan pensyarah dan pelajar tidak begitu dipersetujui Winstedt. Beliau beranggapan tindakan Dussek hanya akan menyemarakkan nasionalisme Melayu dan keadaan ini berbahaya selaras dengan pergerakan anti-penjajahan pada waktu itu. Walaubagaimanapun,Winstedt tidak pernah mengarahkan supaya jabatan tersebut ditutup.

- - - - -

Tuesday, September 28, 2021

Artikel From Dialect to Ethnic Identity Klang Valley

 

Memahami serba sedikit mengenai dialect dan etnik identiti masyarakat berbilang kaum adalah suatu yang sangat disyorkan. Mari kita baca artikel "From dialect to ethnic identity: the Chinese community in the Klang Valley as a case study".

Pemandangan Chow Kit 1956

sumber: pin interest (link)

- - - - -

Sunday, September 26, 2021

Mut Tsai in Straits Settlements 1920-1950

 

Jarang kita mendengar perkataan Mut Tsai satu terma yang berkait dengan sejarah masyarakat Cina Malaya. Ada sebuah artikel bertajuk "Mut Tsai in Straits Settlements 1920-1950: A conflict of law and definition". Artikel terbit dalam jurnal Sejarah 2017.

Mut Tsai means "little sister" in Cantonese - wiki.

overseas chinese in the british empire 

sumber - link

- - - - -

Thursday, September 23, 2021

Sejarah Pendidikan Vernakular Cina Di Perak 1874-1941

 

Seperti mana di sebut perbincangan mengenai pendidikan Cina Malaya adalah suatu yang menarik perhatian ramai. Bacalah artikel "Sejarah pendidikan vernakular Cina zaman kolonial British di Negeri Perak 1874-1941". Artikel diterbit dalam sebuah jurnal pendidikan pada 2020. 

Sejarah pendidikan Cina Malaya

Sumber: fokus dot my - link.

- - - - -

Monday, September 20, 2021

Tesis Chinese Education in Malaya

 

Pendidikan Cina di Malaya merupakan satu isu yang kontroversi sejak sekian lama. Banyak kajian dan perbincangan mengenainya dilapor, dibahas dan ditulis dalam berbagai media. Ada sebuah tesis "Chinese education in Malaya: One dimension of the problem of Malayan nationhood" dikemukakan di UBC Canada pada April 1969.

Kandungan:

Historical roots of the problem of Chinese education in Malaya; The problem of Chinese education in the post-war political development Malaya; A united or a unified nation? Part 1: the policy of Malayanization; Part 2 - the dilemma of the British in Malaya; The establishment of a national system of education; Conclusion.

Celebrating 200 yeras of Chinese education

Sumber: malaysiakini 2019 - link

- - - - -

Thursday, September 16, 2021

Ambivalent Orientalism dan Victor Purcell

 

Buku tulisan Purcell mengenai Chinese in Malaya yang terbit pada 1948 menjadi rujukan ramai. Ada sebuah kajian telah mengguna pakai dan juga merujuk tuliasan Purcell. Kajian tersebut dikemuka sebagai tesis MA "Ambivalent Orientalism: Victor Purcell's representations of Chinese subjects in inter-war British Malaya, Hong Kong, and China". Tesis dikemuka kepada University of North Carolina pada 2017. Tebal keseluruhan tesis 35 m/surat.

Content:

Introduction  …………………………….….. 1 

Premise of Victor Purcell's belief  ……….…. 5 

What it meant to be a British colonial official ..15 

Transcendence over orientalism? …………..  22

Conclusion …………………………………   25


Kampus North Carolina at Chapel Hill

- - - - -

Monday, September 13, 2021

Buku Victor Purcell - The Chinese in Malaya

 

Bbila membaca tentang sejarah British Malaya khususnya tentang kedatangan immigran Cina pasti akan kita temui petikan yang merujuk kepada tulisan Victor Purcell. Siapakah Victor Purcell? Antara buku terkenal beliau adalah "The Chinese in Malaya" yang diterbitkan pada 1948 dan diterbit semula oleh OUP pada 1960. Buku tersebut kini menjadi barangan nadir dengan harga jualannya kini mencecah rm200 sebuah.

Siapakah Purcell? Beliau merupakan kakitangan kerajaan British yang pernah bertugas di Malaya. Beliau bekerja sebagai pegawai MCS yang mula ditugas dengan sekretariat kaum Cina pada 1921. beliau berkhidmat dengan sekteriat tersebut selama dua puluh lima tahun. dalam tempuh tersebut beliau berjaya menulis dissertasi tajuk kaum cina di malaysia yang dikemuka kepada Cambridge Uni. Purcell juga menguasai bahasa Kantonis. baca wiki - link.

The Chinese in Malaya

- - -

Terbitan tahun 1950

- - - - -

Friday, September 10, 2021

Tesis Perjuangan Petani Kecil Zaman British

 

kepayahan hidup zaman silam semasa British menguasai tanah melayu banyak meninggal memori kepada ramai. berbagai kajian dan penulisan telah terhasil mencatat sedikit sebanyak apa yang berlaku di zaman tersebut. rata-rata orang melayu pada ketika itu bergantung hidup bertani secara kecilan.

"peasant agricultural in colonial malaya 1874-1941". tesis lim teck ghee anu 1971.

"smallholder involvement in tree crops in malaya with special reference to oil and coconut palms in johor". tesis soas 2017 - link.

"phoenix rising narrative in nyonya beadwork from the straits settlement 1870 to the present". tesis anu - link.

"the rise and fall of capital corporate". gomez - link.

 

Pekebun kecil zaman silam

Baca "the evolving political economy of malaya's rubber". economy history of malaya - link.

- - - - -

Thursday, September 2, 2021

Tesis Sidang Dewan Rakyat - Bonn Uni

 

Jarang kita dapat membaca laporan mengenai perjalanan parlimen negara. dalam mencari-cari bahan bacaan ketemu sebuah tesis bertajuk "Accountability in the Parliament of Malaysia: A study on interruptions by the Chairperson in the Dewan Rakyat". Tesis oleh Nur Azura dikemuka kepada Bonn Universitat pada 2021.

sumber: bonn uni - link.

The first sitting of Parliament Malaysia Sept 1959

Baca "Here's what happened during Malaysia's first parliament meeting". the rakyat post - link.

Baca juga parliament - link.

- - - - -

Monday, August 30, 2021

Tesis the Federal Factor in the Government and Politics of Peninsular Malaysia

 

Sempat membaca serba sedikit tesis "the federal factor in the government and politics of peninsular malaysia". Tesis phd oleh bin Hashim Shafruddin, London Uni.

Antara isu menarik yang dibincang adalah konflik di antara kerajaan pusat dan negeri berhubung pelaksanaan taman negara endau-rompin. Konflik tersebut berpanjangan kepada pemilihan menteri besar pahang selepas pilihanraya 1978. Kemelut membawa kepada perletakan jawatan MB Pahang pada November 1981 iaitu selepas PM THO melepas jawatan PM. [page 363/455].

Turut dibincang adalah isu hubungan kerajaan Pusat dengan negeri Kelantan khususnya pada period 1974-1978.

sumber: core uk - terluput [boleh cuba soas].

Taman Negara Endau-Rompin

Baca "Lokasi percutian". Taman ER - link.

- - - - -

Friday, August 27, 2021

Tesis Ethnically Divided Malaysia

 

Permasalahan mengenai ethnically divided malaysia adalah suatu yang tidak dapat ditolak kewujudannya. Hal ini dibincang dalam sebuah tesis bertajuk "the political and economic aspects of accommodations and conflict regulation in an ethnically divided society". Tesis phd oleh wan asna wan mohd nor, hull uni 1996.

Kandungan:

Conscociationalism and conflict-regulation; Historical background: a key-point in ethnic-elite compromise, the communities-liaison committee, the independence contract; the national consultative council and its outcomes; the ruling coalition and the NEP; ... ;

'Consociationalism' merupakan kosep yang diperkenal oleh Lijphart's dalam buku beliau "Democracy and plural society: a comparative exploration" (1977) dan Consociational Democracy (1969). Manakala teori 'conflict-regulation' pula diperkenal oleh Nordlinger's melalui tulisan beliau 'Conflict-regulation in divided societies' (1972).

sumber: hull (link).

Sebuah foto yang membincang tentang asal usul CLC

Sumber: link1 dan link2.

- - - - -

Tuesday, August 24, 2021

Tesis Consociationalism and Coalition Politics in Malaysia

 

Politik Malaysia telah mengamal ciri consociationalism dan coalition sejak sekian lama. Pengkaji dari luar negara juga telah menilai dan menyuara benda yang sama. Hal tersebut telah disebut dalam sebuah tesis "consociationalism and coalition politics in malaysia" oleh Diane K Mmauzy. Beliau mengemuka konsep tersebut dalam tesis phd ubc canada tahun 1978.

Sumber: ubc 1978 - link.

 

Pkmm - Malaya Indonesia Satu! 

Baca "A people's history of Colonial Malaya". green left - link.

- - - - -

Saturday, August 21, 2021

Tesis The Politics of Language Education 1930-1971

 

Masalah sekolah dan bahasa pengantar mempunyai sejarah panjang ekoran dari kedatangan immigran yang di bawa masuk British. Hal ini dibincang dalam sebuah tesis bertajuk ""the politics of language education: a case study of West Malaysia, 1930-1971". Tesis dikemuka sebagai MA ubc Canada tahun 1979.


Baca "Origins of female Malay education". mm - link.

- - - - -

Wednesday, August 18, 2021

Bacaan Artikel Politik Kaum

 

Artikel berkait politik kaum:

"Caturan politik pelbagai kaum di Tanah Melayu 1946-1957" oleh Ishak Saat, Jurnal Jebat terbitan 2010 tebal 18 m/surat - link.

"Malaysian political engagement 1945-2013". Jurnal 2019 oleh Ishak Saat et al, tebal 13 m/surat. - link.

"Gagasan Malaysian Malaysia wawasan PAP: kesinambungan dan penentangan orang Melayu 1964-1969" oleh Abdul Halim Ramli dan MRO, Jurnal Sarjana tahun 2012, 18 m/surat.

"Perlembagaan Persekutuan Malaysia mengharmonikan ikatan masyarakat majmuk di Malaysia" terbitan Kuis 2019 (link).

"Kemasukan Sarawak dalam Malaysia dan perkembangan politiknya 1963-1969" - uum (link).

"Masyarakat majmuk di Tanah Melayu dan usaha ke arah memupuk kerjasama antara kaum 1946-1957" oleh Ho Hui Ling terbitan Jurnal Sejarah tebal 23 m/surat.

"Bugis di Sabah dan Pru 14: kajia kes parlimen Kalabakan" ums 2018 - link.

"Peranan akhbar sebagai wadah komunikasi pemerintah selepas pru 1969" jurnal ukm 2020 - link.

"Shifting trends of Islamism and Islamist practices in Malaysia 1957-2017" oleh Ahmad Fauzi Abdul Hamid, SEA Studies 2018 (link).

Soonstead Mansion, Penang

Sumber: saved or demolished - link.

- - - - -

Sunday, August 15, 2021

Umno 1946-1999


Kajian mengenai parti Umno dijalankan oleh bukan sahaja oleh uni dalam negara malah merata negara lain. Satu kajian di Jerman berhasil dengan sebuah tesis "Cultural and Politics: An analysis of Umno 1949-1999". Kajian oleh Azeem Fazwan Ahmad Farouk, Berlin University pada 2011. Tebal 104 m/surat.

Antara perkara yang disebut adalah kerisauan Umno berdepan IMP menjelang pilihanraya majlis bandaran KL pada 1951. Kegusaran Umno membawa kepada ia berpakat menubuh perikatan bersama MCA. Kejayaan pakatan Umno-MCA dalam pilihanraya KL dan seterusnya perikatan Umno/MCA/MIC dalam pilihanraya 1955 telah mengubah pendirian Umno berkait persoalan pemberian taraf kewarganegaraan kepada pendatang Cina dan India.

[sambung dari page 16/104].

Sumber: berlin uni - link.

Sebuah buku mengenai Umno terbitan 1978

- - - - -

Thursday, August 12, 2021

Umno 1948-1955

 

Sebuah artikel tentang period awal penubuhan umno hingga menjelang pilihanraya, 1948-1955, ditulis oleh pelajar sejarah ukm pada 1971. Artikel bertajuk Umno 1948-1955 terbit dalam jurnal jebat 1971/72. Tahun 1948 merupakan period tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu oleh British sebagai mengganti Malayan Union yang gagal setelah mendapat tentangan hebat khususnya oleh Umno.

Pergolakan Umno berlaku bila mana Dato' Onn ingin membuka keahlian kepada kaum bukan Melayu. Dato' Onn akhirnya keluar parti dan menubuh IMP pada 1951. Tunku mengetuai Umno mengganti Dato' Onn bermula Ogos 1951. Umno bersama MCA menang besar dalam pilihanraya majlis tempatan Kuala Lumpur pada Feb 1952. Sebelum pilihanraya tersebut diadakan Sir Henry Gruney mati ditembak oleh Komunis. Beliau merupakan pendokong penubuhan parti berbilang kaum IMP. Pada 1955 Perikatan Umno MCA dan MIC menang besar pilihanraya umum dengan menang 51 dari 52 kerusi yang dipertandingkan. Umno bertanding 35 kerusi, MCA 15 dan MIC 2 kerusi. Manakala bilangan pengundi 84% Melayu, 11% Cina dan 0.7% India. Umno sangat bermurah hati mengalah kepada MCA dan MIC di segi pembahagian kerusi.

DECTAR Bangi sekitar 1978-80

sumber: sejarah bangi 1970-1979 (link)

- - - - -


Monday, August 9, 2021

Artikel Jebat 1971/72

 

Jurnal Jebat mula terbita pada 1971/72. Jurnal memuat artikel sejarah negara yang dihasilkan oleh ahli sejarawan yang mula berperanan sebaik penubuhan Ukm. Artikel yang terbit dalam Jebat 1971/72  boleh baca di sini (link).

1. Jabatan Sejarah Universiti Kebangsaan - Sekarang dan Masa Depannya (Zainal Abidin Abdul Wahid)

2. Perjanjian 1909 Antara Inggeris dengan Siam Serta Latar Belakangnya (J. Chandran)

3. Latar Belakang Sejarah Masyarakat India dan China di Tanah Melayu (Khoo Kay Kim)

4. Perkembangan Nasionalisma (James P. Ongkili)

5. Teknik Membuat Chatitan dalam Kajilidikan (Teuku Ibrahim Alfian)

6. Tarian Naga Oleh Orang Melayu di Batu Pahat: Sesuatu Yang Unik dalam Sejarah Malaysia (MA  Fawzi Mohd. Basri)

7. Kegiatan Awal Yang Berbau Politik dan Tumbuhnya Kesatuan Melayu Singapura (Rahmat Saripan)

8 Pemerintahan Brooke dan Pelajaran Bumiputera di Sarawak (Sabihah Osman)

9. Unsur Yang Telah Menyebabkan Kerajaan British Mengemukakan Kesatuan Tanah Melayu (Raja Ali Raja Busu)

10. UMNO, 1948-1955 (Marwan Saliman).

UKM pada 1976

sumber: harith sidek - link

Baca "Sempitnya kampus Ukm di Jalan Pantai Baru, KL". dr shafiei bspot - link.

- - - - -

Friday, August 6, 2021

Pelaporan Politik Melayu Dalam Warta Negara 1945

 

Akhbar Warta Negara mula terbit pada September 1945. Pada awal era penerbitan akhbar ini – ia telah dimiliki oleh saudara Ahmad Jailani, iaitu merupakan bekas pekerja akhbar Penang Shimbon. Setelah tamatnya Perang Dunia Kedua pada 2 September, beliau telah membeli peralatan percetakan Jepun, bermula dari detik itu – beliau memulakan langkah penerbitan akhbar Warta Negara. Tindakan itu bagi mengisi permintaan rakyat Tanah Melayu yang ingin mengetahui isu semasa seperti masalah darurat dan tuntutan kemerdekaan. Malah, antara slogan yang sering digarapkan pada penerbitan akhbar ini adalah Akhbar Dari Rakyat Untuk Rakyat.

Ada sebuah tesis "Politik Melayu daripada perspektif Warta Negara 1945" dikemuka sebagai MA pada 2005. Kandungan tesis adalah;

Latar belakang dan perkembangan persuratkhabaran Melayu di Tanah Melayu; Reaksi orang Melayu terhadap Malayan Union seperti yang digambarkan oleh Warta Negara; Kongres Melayu SeMalaya 1946 sebagai satu usaha ke arah penyatuan politik Melayu; Pandangan Warta Negara terhadap Umno sebagai wadah perjuangan politik Melayu menentang Malayan Union 1946; Kesimpulan.

Sumber: repo um - link.

Baca "Penerbitan akhbar Warta Negara pertama - 3 September 1945". rggt 2020 - link.

Akhbar Warta Negara

- - - - -

Tuesday, August 3, 2021

Caturan Politik Pelbagai Kaum Tanah Melayu 1946-1957

 

Chinese tea korea version

Ishak Saat banyak menulis sejarah perjuangan politik orang Melayu menentang penjajahan British. Antaranya adalah "Caturan politik pelbagai kaum di Tanah Melayu 1946-1957". Abstrak artikel Isak Saat menyebut bahawa;

Kematangan  dan  keterbukaan  berpolitik orang Melayu bermula dengan jalinan kerjasama Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA)  dengan  All  Malayan  Council  of  Joint  Action  (AMCJA)  pada  tahun  1947. Toleransi berpolitik ini berjaya melahirkan Perlembagaan Rakyat. Namun cadangan  ini  ditolak  oleh British  kerana  ia  diajukan  oleh  golongan  radikal. Kemudian lahir pula kerjasama politik kumpulan moderate iaitu United Malayan National  Organization  (UMNO)  dengan  Malayan  Chinesse  Asociation  (MCA) yang lebih dikenali dengan panggilan  PERIKATAN pada tahun 1949. Kemudian menjelang  merdeka  lahir  lagi  satu  bentuk  kerjasama  politik  iaitu  SOCIALIST FRONT  dalam  kalangan  golongan  radikal  tetapi  menemui  kegagalan.  Walau  apapun,  kerjasama  politik  ini  membuka  mata  British  bahawa  orang  Melayu  dan  bukan Melayu boleh bekerjasama dan bertoleransi dalam politik demi memenuhi cita-cita  perjuangan  kemerdekaan.

PUTERA merupakan gabungan antara PKMM, API, AWAS, Hizbul Muslimin, dan KRIS. PUTERA dipimpin oleh Dr Burhanudin Helmi sebagai peneraju utama. AMCJA pula dipengerusi oleh Tan Cheng Lock.

Sumber: jebat - link.

Persoalan mengenai sejarah cadangan perlembagaan

Baca In 1947, Malaya almost adopted a completely different Federal Constitution". ask legal - link

- - - - -