Thursday, October 14, 2021

Kolej Latihan Peguruan Melayu Sarawak 1940


Selain SITC Tg Malim wujud juga sebuah kolej perguruan di Sarawak. Kolej dinamakan Kolej Latihan Perguruan Melayu Sarawak ditubuh pada 1940. Pengetua Kolej ialah Mohamed Said bin Hussin dan ambilan pertama seramai 30 pelajar dan mereka tamat latihan pada Julai 1941. Pengabilan ketiga adalah pada September 1941. Ketika pendudukan Jepun kolej ditutup dan hanya dibuka semula pada Januari 1946.

Sebuah kolej perguruan dibuka di Batu Lintang dengan mulanya mengguna bangunan Madrash Melayu pada 1947. Kemudian pada Januarisebuah kolej tetap baru dibina pada 1948. Kolej perguruan asal pertama telah turut berpindah ke bangunan kolej baru di Batu Lintang pada 1949.

Pendidikan di Sarawak cuma setakat sekolah rendah. Sekolah peringkat menengah hanya bermula pada 1956 dengan sekolah pertama di Tanjing Lobang dekat Miri didiri pada 1957. Sekolah tersebut mengguna bahasa pengantar Inggeris.

[Catatan bacaan Kedudukan Orang Melayu Sarawak m/surat 70].

Bangunan asal kolej guru Batu Lintang

sumber: ipbl - link

- - - - -

No comments:

Post a Comment