Pagi ini membaca sebuah artikel sejarah tulisan Ishak Saat. Beliau menulis mengenai percubaan menubuh politik rentas kaum pada zaman sebelum merdeka. Antara percubaan tersebut adalah oleh Putera dan AMCJA.
Putera adalah singkatan kepada Pusat Tenaga Rakyat iaitu satu gabungan parti orang Melayu. Putera menggabungkan PKMM, API, Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Hizbul Muslimin, dan Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS). ditubuh pada 1947 dipimpin oleh Dr Burhanuddin Al-Helmy yang pada ketika itu juga merupakan peminpin PKMM.
AMCJA pula diasas pada Disember 1946 iaitu lebih awal dari Putera. Ia berasal dari Council of Joint Action oleh Malayan Democratic Union, sebuah parti yang ditubuh di Singapura pada 1946. CJA dikembangkan ke Tanah Melayu dan diberi nama All Malayan Council of Joint Action (AMCJA) dipimpin Tan Cheng Lock.
Putera dan AMCJA bergabung pada 1947 dan antara perjuangan awal mereka adalah menentang cadangan British menubuh Malaysan Union. Gabungan Putera-AMCJA juga mencadang perlembagaan yang dinama Perlembagaan Rakyat. Cadangan perlembagaan mereka ditolak oleh British kerana yang dituntut sama adalah kemerdekaan Malaya.
Putera-AMCJA mengguna akhbar Suara Rakyat bagi menyebar semangat dan matlamat perjuangan mereka.
Baca "Peranan politik akhbar Suara Rakyat 1945-1948". usm 2010 - link.
"Aliran kiri dalam politik perkauman Malaya/Malaysia 1955-1969". jebat 1988 - link.
"Sejarah dan dasar perjuangan Keadilan". Terbitan 34 m/surat - link.
"Semangat perjuangan Melayu". Artikel olah Zainal Abidin Wahid, ukm1977 - link.
Sebuah museum di Indonesia
Baca "Tujuh museum tertua Indonesia". popmama - link.
- - - - -
No comments:
Post a Comment