Datuk Asri Muda adalah pemimpin parti PAS yang membawa parti tersebut menyertai Barisan Nasional ketika Tun Razak menjadi ketua politik negara. Sejak itu Pas berdepan dengan kritik dan protes sesama ahli parti sendiri. Pergolakan dalam Pas menyebabkan Asri juga menghadapi tentangan dan berakhir dengan perletakan jawatan sebagai Presiden Pas. Beliau mengumum akan berundur dari jawatan pada Oktober 1982 bila mana kumpulan ulama mula menguasai pimpinan Pas.
Berikutnya pada penghujung Januari 1983 keahlian Asri dalam Pas telah digantung. Tindakan tersebut diambil kerana beliau kerap menyuara bantahan dan menyerang para pemimpin parti. Selanjutnya pada Febuari 1983 Asri Muda telah dibuang dari parti. Jawatan Presiden parti dipegang pula oleh Ustaz Yusuf Rawa.
Asri Muda kemudiannya bertindak menubuh parti baru - Hizbul Muslimin Malaysia (HAMIM). Beliau membawa HAMIM menyertai BN dan bertanding dalam pilihanraya 1986 di Kelantan. Namun HAMIM tewas. Parti HAMIM terus tidak mendapat sambutan dan berakhir dengan pembubarab pada 1988. Asri akhirnya menyertai Umno dan mengajak bersama pengikut beliau. Namun ahli Hamim lain tidak bersetuju maka cuma Asri saja yang menyertai Umno.
Pada 1991 Asri Muda telah dianugerah Tokoh Ma'al Hijrah negara. Beliau meninggal dunia pada 1992.
Baca juga "Dato' Asri - Presiden Pas pertama yang disingkir oleh ahlinya". cili sos - link.
Sebuah buku tentang Asri Muda
Terbitan UKM edisi kedua 2016 (link)
- - - - -
No comments:
Post a Comment