Friday, July 19, 2024

Wahyu Ilham Kepada Lebah


Tafsir J7 Hamka ketika membincang mengenai soal wahyu menyebut bahawa wahyu dari Jibril kepada Nabi sudah tamat. Dalam erti kata lain kalau ada sesiapa mendakwa menerima wahyu pastilah orang itu memang sesat. Sebagaimana yang mendakwa Nabi yang mereka sesungguhnya Nabi Palsu.

Lanjutan perbincangan mengenai wahyu ada satu kategori yang disebut ilham. Tafsir menyebut bahawa ilham didatangkan kepada manusia pilihan. Turut dapat menerima ilham adalah haiwan lebah. Bertepatan sepertimana tafsir bagi ayat 68 dan 69 Surah an-Nahl (Surah Lebah). Maka sebab itu dalam sesetengah tafsir turut menyebut Allah mewahyu kepada lebah agar makan atau mencari buahan dan kembang-kembangan.


- - - - - 

No comments:

Post a Comment