Wednesday, March 16, 2022
Gua Kahfi Merata Tempat
Saturday, March 12, 2022
Laman Senibina Bersejarah
Sunday, March 6, 2022
Catatan Al-Mujadalah Ayat 22
Catatan para ahli tafsir antaranya menyebut bahawa ayat 22 dikaitkan dengan Abu Ubaidah al-Jarrah yang membunuh ayah beliau dalam pertempuran Badar. Catatan berikutnya pula menyebut kaitan ayat 22 dengan Abu Bakar yang menampar ayah beliau (Abu Quhafah) kerana telah mencerca Nabi SAW. Ada pula catatan yang mengaitkan ayat 22 dengan Hatib bin Abi Balta'ah yang menghebah berita kedatangan Nabi SAW untuk membuka kota Mekah kepada penduduk Mekah.
Catatan bacaan m/surat 59 tafsir al-Munir.
Masjid Afghan Alice Springs.
Baca "The Afghan Mosque in Alice Springs". bbc - link.
"from cameleers to present day". afghan canberra - link.
- - - - -
Tuesday, March 1, 2022
Pemuka Quraisy Mati Ketika Badar
Saturday, February 26, 2022
Imam As-Suyuti
Masa baru mula menyelak sebuah buku bertajuk Sebab Hadis Diucapkan. Buku adalah terjemahan ke Bahasa Melayu kitab asal tulisan Imam As-Suyuti (1445-1505M). Antara kitab lain yang dihasilkan beliau adalah Tafsir al-Jalalain. Siapakah Imam As-Suyuti? Beliau hidup pada period Mamluk Mesir di bawah pemerintahan beberapa sultan. Antaranya adalah Sultan Al-Asyraf Qatbay (r.1468-96) dan Qansuh Al-Ghuri (r.1510-16). Ada kekeliruan nampaknya di sini kerana As-Suyuti meninggal dunia pada 1505M, lebih awal dari period pemerintahan Al-Ghuri.
Baca artikel "Al-Imam Jalal Al-Din al-Suyuti 849-911H". jurnal um - link.
"Imam Al-Suyuti's attitude in facing the khilaf". hrmars 2017 - link.
Entri panjang mengenai Imam As-Suyuti boleh baca di link berikut (geop wp - sumber).
- - - - -
Wednesday, February 23, 2022
Membaca Buku Ahmat Adam
Prof Ahmat Adam menulis beberapa buku genre sejarah. Antaranya adalah menhenai tawarikh Melaka dan juga tentang Batu Bersurat Terengganu. Satu ketika dulu ada konflik antara beliau dengan Patriot mengenai penerbitan artikel. Berikut dikumpul beberapa bahan baca berkisar tentang Ahmat Adam.
"Pergaduhan Ahmat Adam dengan The Patriots". independent insight 2020 - link.
"PE AA". fb melaka in fact - link.
"Berkenalan dengan sejarawan AA". ohbulan - link.
"Wawancara bersama AA: menumbuhkan kebebasan akademik melalui pendemokrasian ilmu". naratif org - link.
"Sarjana setuju bukan mitos". hmetro - link.
"One more version of the Sejarah Melayu". archipel open journal - link.
- - - - -
Wednesday, February 2, 2022
Rauf Fansuri Dan Syiah Kuala Aceh
Rauf Fansuri adalah nama tokoh besar dalam kegemilangan Islam Aceh. Beliau adalah ulama besar yang pernah menjawat Qadi Besar semasa pemerintahan empat Ratu Aceh. Rauf Fansuri dilahir pada 1615 dan pernah belajar selama bertahu-tahun di pelbagai negara Arab. Sewaktu beliau pulang ke Aceh setelah tamat pengajian berlaku pertembungan hebat di antara dua tokoh ulama. Pertembungan di antara Hamzah Fansuri dan Nur Al-Din Al-Raniri. Hamzah Fansuri berpegang kuat kepada Wahdatul Wujud manakala Al-Raniri menolak pegangan tersebut.
Rauf Fansuri mengelak dari pertembungan tersebut dan dikata memilih jalan tengah. Rauf sebaik pulang tidak menunjukkan diri sebagai ulama. Beliau malah bekerja sebagai nelayan. Namun ketokohan beliau mula menonjol apabila menyampai ceramah dalam beberapa majlis maulid. Beliau akhirnya dilantik sebagai Qadi Besar. Rauf memegang jawatan tersebut sepanjang pemerintahan empat Ratu Aceh.
Rauf dikenali juga dengan gelaran Syiah Kuala. Nama tersebut tidak ada kene mengena dengan syiah sebaliknya sebagai seorang syaikh yang tinggal di kuala sungai. Nama tersebut kemudiannya diletak pakai sebagai nama sebuah universiti di Aceh.
- - -
Unversiti Syiah Kuala
Baca "Siapakah Syiah Kuala itu?". aceh news 2014 - link.
"A study of his contribution to the development of Islamic education". jurnal um 2020 - link.
- - - - -







