Meminjam sebuah buku Librari Ratu 'The Essential Seyyed Hossein Nasr'. Terbitan tahun 2006 oleh World Wisdom Inc, Bloomington, Indiana.
Seyyed Hossein Nasr lahir pada 1933 di Tehran. Ayahnya bernama Seyyed Valiallah (1871-1946) pernah berkhidmat sebagai pegawai besar di Kementerian Pendidikan era pemerintahan Qajar dan Pahlavi. Seyyed Valiallah berkahwin pada usia enam puluh tahun. Seyyed Hossein adalah anak sulung dari dua beradik.
Nasr datang ke Amerika untuk belajar pada 1945. Beliau tinggal bersama saudara mara di New York. Beliau bersekolah di Peddie School, New Jersey. Kemudian belajar Fizik di MIT dan graduat pada 1954. Nasr memperolehi MA dalam Geologi dan Geofizik dari Harvard pada 1956. Kemudian memperolehi PhD dalam Sejarah Sains dan Islamic Studies pada 1958.
Nasr pernah mendengar kuliah Bertrand Russell dan dari situ Nasr mula tertarik dengan kajian humaniti. Nasr juge menerima tarikan dari ketokohan ahli filosofi Itali, Giorgio di Santilana. Santilana pernah mengajar Nasr tentang Cante. Santilana turut mengajar Hinduism mengguna buku tulisan Rene Guenon (d.1951).
Antara nama tokoh lain yang Nasr turut temui ialah Ananda Coomaraswamy (1877 Sri Lanka - 1947 Massachusett) dan Frithjof Schuon (1907 Basel - 1988 Indiana).
Guru beliau semasa PhD adalah George Sarton, Harry Wolfson, Bernard Cohen dan HAR Gibb.
Selesai PhD pada 1958 Nasr pulang ke Iran. Beliau mengajar di Tehran University dan dilantik Professor pada 1963. Mengajar di Tehran selama dua puluh satu tahun.
No comments:
Post a Comment