Wednesday, February 2, 2022

Rauf Fansuri Dan Syiah Kuala Aceh

Rauf Fansuri adalah nama tokoh besar dalam kegemilangan Islam Aceh. Beliau adalah ulama besar yang pernah menjawat Qadi Besar semasa pemerintahan empat Ratu Aceh. Rauf Fansuri dilahir pada 1615 dan pernah belajar selama bertahu-tahun di pelbagai negara Arab. Sewaktu beliau pulang ke Aceh setelah tamat pengajian berlaku pertembungan hebat di antara dua tokoh ulama. Pertembungan di antara Hamzah Fansuri dan Nur Al-Din Al-Raniri. Hamzah Fansuri berpegang kuat kepada Wahdatul Wujud manakala Al-Raniri menolak pegangan tersebut.

Rauf Fansuri mengelak dari pertembungan tersebut dan dikata memilih jalan tengah. Rauf sebaik pulang tidak menunjukkan diri sebagai ulama. Beliau malah bekerja sebagai nelayan. Namun ketokohan beliau mula menonjol apabila menyampai ceramah dalam beberapa majlis maulid. Beliau akhirnya dilantik sebagai Qadi Besar. Rauf memegang jawatan tersebut sepanjang pemerintahan empat Ratu Aceh.

Rauf dikenali juga dengan gelaran Syiah Kuala. Nama tersebut tidak ada kene mengena dengan syiah sebaliknya sebagai seorang syaikh yang tinggal di kuala sungai. Nama tersebut kemudiannya diletak pakai sebagai nama sebuah universiti di Aceh.

 Syiah Kuala

- - -

Unversiti Syiah Kuala

Baca "Siapakah Syiah Kuala itu?". aceh news 2014 - link

"A study of his contribution to the development of Islamic education". jurnal um 2020 - link.

- - - - -

 

No comments:

Post a Comment