Monday, September 5, 2022

Majlis Zikir Beberapa Tarekat


Mengenai masa berzikir kumpulan tarekat ianya berbeza mengikut tarekat masing-masing. Bagi Naqshabandiyah mereka melaksana Khattam Tawajuh setiap minggu hari Jumaat selepas Asar, Isya dan Subuh. Majlis suluk diada setiap bulan Ramadan selama sepuluh hari atau sehingga empat puluh hari.

Bagi Ahmadiyyah kumpulan zikir mereka terbahagi tiga kategori - majlis haul, zikir dan ratib. Majlis haul dilakukan secara besaran setahun sekali. Haul diadakan bagi mengingati tarikh kematian tokoh mereka. Masing-masing kumpulan memilih tokoh mereka sendiri makanya tarikh majlis haul juga berbeza. Majlis diada biasnya selepas Maghrib sekitar satu atau dua jam.

Bagi tarekat Muhamadiyyah (Suhaimiyah) mereka mengamal bacaan aurad, tahlil dan maulid. Aurad dibaca beramai selepas Maghrib malam Jumaat. Tahlil dan maulid diada dua kali seminggu pada malam Jumaat dan Isnin. Disamping itu ada pula majlis bacaan nazam selepas majlis maulid berzanji dan maulid Diba'i.

Catatan bacaan m/surat 73 buku ARHA.

Sebuah masjid di Seam Reap - Neakmah Mosque in Kampung Stengmai.

Baca "Discovering Muslim communities in Seam Reap". boutique hotel (link).

"Mosques and halal food seam reap". mnc engineer japan (link).

- - - - -

Friday, September 2, 2022

Buku Bacaan Pemikiran Islam Di Malaysia


Bab Dua buku ARHA mengenai Pemikiran Islam Di Malaysia memuat tentang pemikiran tradisional konservatif. Pengarang membuat banyak rujukan kepada buku-buku lain yang antaranya adalah;

Mazhab Shafii: Sejarah dan Keagungan oleh Mohd Saudi Junid Ukm Press 1986. Buku judul sama ada di Ratu oleh KH Sirajuddin Abas 1991 dan 2006.

Membahas soal-soal Islam oleh Hamka 1983. Ratu  call no. 297.04. Hamka mengulas tentang chauvinisme seperti lelaki dan bidadari dengan persoalan bagaimana pula kaum wanita. 

Malay Folks Belief an integration of disparate elements oleh Mohd Taib Osman. Terbitan DBP 1989. Buku memuat tentang hal keimanan kepada malaikat dan makhluk ghaib yang telah dieksploitasi kalangan masyarakat melayu untuk mengesah kepercayaan tradisional kepada kuasa ghaib.

Warisan perubatan Melayu oleh A Samad Ahmad. Terbitan DBP 1982.

Asas Tauhid: Pertumbuhan dan huraiannya oleh Mudasir Rosder. Terbitan 1989. Tiada di Ratu.

Buku Pemikiran Islam Di Malaysia

 - - - - -

Tuesday, August 16, 2022

Akhbar Bintang Timur


Utusan Melayu dibawah Hussein Nordin pernah menerbit sebuah akhbar berna Bintang Timur. Akhbar tersebut diterbit pada 1975 khusus untuk kawasan Utara. Namun akhbar BT terpaksa dihenti kerana kurang sambutan.

Hussein Nordin bersara pada 1983 dan meninggal dunia pada 1984. Beliau dikebumi di Kuala Kangsar. Satu peristiwa sedih berlaku pada 1981 bila mana orang kepercayaan Husein bernama Samian Abdul Rahman mati ditembak di Selatan Tahiland. Arwah ditembak bersama isteri dan anak kerana melawan penjenayah yang mahu merompak kereta beliau.

Bintang Timur

- - - - -

Saturday, August 13, 2022

Utusan Malaysia Mula Terbit


Akhbar Utusan Malaysia mula diterbit oleh Utusan Melayu pada tahun 1967. Pelancaran rasmi dilakukan oleh Menteri Penerangan, Senu Abdul Rahman, pada 31 Ogos 1967. Edisi pertama mula berada di pasaran pada 1 September 1967. Pada ketika itu Utusan Melayu di bawah era Hussein Nordin sebagai Pengarah Urusan. Hussein sebelum itu menjawat Pengerusi Tabung Haji dan juga bekas Setiausaha Agung Umno.

Selain Utusan Malaysia Hussein turut memperkal terbitan berbagai majalah seperti Wanita (Ogos 1969), URTV (bermula 15 Jan 1970) , Kiblat (Ogos 1970), Al Islam (Jan 1974) dan Dunia Sukan dan Selecta Femina.

 Keluaran pertama Utusan Malaysia

"Akhbar UM diterbitkan". utusan (link).

- - - - -

Wednesday, August 10, 2022

Mogok Pekerja Utusan 1961

Sejak A Samad Ismail dan Yusof Ishak masalah dalam Utusan Melayu terus bergolak. Keadaan menjadi runcing bila mana Tunku bertindak melantik Adun Umno Terengganu, Ibrahim Fikri, sebagai Ketua Pengarang. IF juga adalah Pegawai Penerangan Umno. Staf Utusan membantah perlantikan tersebut. Pekerja tersebut seterusnya mengadakan mogok. Mogok berlanjutan selama tiga bulan bermula pada Julai dan tamat pada Oktober 1961. Seramai 113 pekerja turut serta dalam mogok tersebut.

Berita mengenai mogok Utusan

Baca "The Utusan Melayu Strikes". mtuc - link.

Baca juga cerita undi - link.

- - - - -

Sunday, August 7, 2022

Yusof Ishak dan Samad Ismail Tersingkir Dari Utusan

Utusan Melayu melahirkan ramai tokoh kewartawanan. Antaranya adalah A Samad Ismail dan Yusof Ishak. Namun begitu kedua-dua tokoh ini kemudiannya meninggalkan Utusan Melayu. Pertama keluar adalah A Samas Ismail yang disingkir dari jawatanTimbalan Pengarang pada 1957. Manakala Yusof Ishak pula tersingkir dari jawatan Pengarah Urusan pada 1959. 

Mereka tersingkir kerana kuasa politik pada period tersebut tidak senang dengan sikap radikal Utusan Melayu. UM berpihak kepada aliran kiri, pro-Indonesia dan condong kepada sosialisme dan komunisme. A Samad Ismail berprasangka Yusof sebagai bertanggungjawab menyingkir beliau dan mengesyaki Lee Kuan Yew sebagai turut berperanan. Manakala Yusof berprasangka Tunku Abdul Rahman yang menyingkir beliau. Umno melalui TAR mula memegang saham besar dalam Utusan pada 1956.

Yusof Ishak (yang memakai bow tie)

Hari-hari terakhir Yusuf Ishak di Utusan Melayu". head topics (link).

Baca tentang anak yusof ishak "Dr Imaran Yusof Ishak taught pm lee to ride a bike" (link).

- - - - -

Thursday, July 14, 2022

Sacred Geography - Glastonbury Tor England.


Satu lagi lokasi geografi yang tersenarai sebagai sacred adalah Glastonbury Tor, England.

In English legend this towering hill is said to be a gateway to the Kingdom of Avalon, the legendary island featured in stories of King Arthur. The formation of the seven terraces on which the ruins of St Michael's Tower sit, remain unexplained to this day.

Baca wiki - link.

Glastonbury Tor, England

Baca "Glastonbury Tor". peak beggar dot com - link.

"Glastonbury Tor". history hit dot com - link.

Sekitar tiga jam setengah berkereta dari London.

- - - - -