Wednesday, March 3, 2021

Daoud Khan Selepas Zahir Shah


Raja terakhir Zahir Shah diturun dari jawatan pada 17 Julai 1973. Beliau ketika itu berada di Itali untuk rawatan perubatan. Peristiwa rampasan kuasa ini dilakukan oleh Muhammad Daoud Khan yang pernah menjadi perdana menteri dan meletak jawatan pada 1963. Zahir Shah mengarah Muhammad Daoud meletak jawatan untuk mereda konflik yang berlaku di antara Afghanistan dengan Pakistan. Konflik tersebut berlaku kerana desakan Daoud Khan membebaskan wilayah Pushtunistan yang di bawah penguasaan Pakistan.

Muhammad Daoud Khan mengisytihar berakhirnya sistem monarki dan Afghanistan bertukar kepada Republik. Tindakan Daoud Khan mendapat dokongan dari kumpulan Parchami yang beraliran komunis, Parchami Marxists. Dalam masa sama Daoud Khan bersikap keras terhadap parti pesaing beliau iaitu Musavat yang dipimpin oleh Muhammad Hashim Maiwandwal yang juga perdana menteri sejak 1963 selepas Daoud meletak jawatan. Daoud Khan menguat cengkaman kuasa dengan bertindak membunuh Maiwandwal.

Pemerintahan Daoud Khan berakhir dengan pembunuhan beliau dalam satu rampasan kuasa oleh kumpulan komunis pada 1978.

Catatan bacaan buku Diro m/s 197.

Istiadat memperingati kematian Daoud

- - -

Baca "Afghanistan Still Facing Aftershocks Of 1978 Communist Coup". gandhara - link.

"Remembering President Daoud’s Coup: Lessons for Afghanistan’s Future". the diplomat - link.

The domestic and diplomatic blunders of Mohammad Daoud continue to loom large in Afghanistan, almost 50 years later". 

"First Afghan President's Remains Reinterred In Kabul". rferl dot org - link.

- - - - -