Friday, July 27, 2018

Artikel Pengaruh Ilmu Kolonial Dalam Permuziuman


Selain pendidikan dan ekonomi kolonial turut juga mahu mengawal ehwal sejarah tempat yang dijajah. Sebagai contoh ketika penjajahan Jepun mereka mengambil langkah mengenai ekshibit yang boleh diletak di muzium. Baca artikel "Pengaruh ilmu kolonial dalam permuziuman". Artikel tebal 15 m/surat terbit sekitar 2017. 

Antara paparan imej mengenai Melayu oleh penjajah:

Bersifat sterotaip dalam bentuk prejudis ras yang ketara. Watak orang Melayu disifatkan malas, fatalis, berpuashati dengan apa yang dimiliki dan berlaku kerana faktor genetik yang rendah. Sifat utama kajian-kajian ini mendedahkan dan menyebarkan propaganda kononnya masyarakat Melayu adalah bersifat negatif seperti malas (Wright & Reid, 1912), suka berpoya-poya (De Eredia, 1930), keras kepala (Raffles, 1930), tidak boleh diharap (Richmond, 1928), suka berhutang (Swettenham, 1895) dan sebagainya.

 Sumber: jurnal mohe (link).

Muzium Petaling Jaya

Sumber: muzium pj (link).

Muzium Petaling Jaya terletak di dalam kawasan Taman Tasik Jaya, Seksyen 10, Petaling Jaya. Pada asalnya merupakan Rumah Taman Bacaan Kanak-kanak yang telah dirasmikan pada tahun 1980 oleh Datin Hajah Sulaimah Bt. Maiji, iaitu isteri kepada bekas Menteri Besar Selangor iaitu Ybg. Dato’ Haji Hormat Rafei ( 1976 – 1982 ).

- - - - -

Monday, July 23, 2018

Artikel Sifat Ekonomi Masyarakat Melayu Era Pra- Kolonial


Selain pendidikan British juga melaksana agenda meminggir masyarakat Melayu di segi ekonomi. Lihat pula bagaimana sistem ekonomi Melayu pada aman British. Baca "Sejarah Perkembangan Ekonomi Semenanjung Tanah Melayu Dan Sifat Ekonomi Masyarakat Melayu Era Pra- Kolonial". Artikel tebal 26 m/surat.

Sedikit rumusan yang ditampilkan adalah .. Masyarakat tradisional tempatan dilihat mempunyai kehidupan sosioekonomi yang tersendiri, dengan struktur politiknya berbentuk feudalisme serta terdiri daripada satu masyarakat tunggal sebelum kedatangan kolonialisme British.

Sumber: jurnal ukm (link).

Sebuah sekolah Melayu di Perak

Baca Sejarah Sekolah Melayu Di Perak. orangperak dot com - link.

- - - - -

Wednesday, July 18, 2018

Artikel Ketamadunan Melayu dan Sains


Pembelajaran dikalangan kaum Melayu pada zaman British dan kolonial sebelumnya tidaklah diberi perhatian sangat. Namun kesedaran memaju pendidikan Melayu mula terbela dengan adanya inisiatif yang diperkenal oleh Kaum Muda.

Baca artikel "Ketamadunan Melayu dan Sains: satu analisis awal ke atas pencapaian masyarakat Melayu dalam bidang Sains". Sumber: jurnal teknologi utm - link.

Sekolah Rakyat

Baca "Pendidikan Melayu zaman British". m-update (link).

Petikan -

Sekolah Melayu mula diperkenalkan pada pertengahan abad ke-19 di NNS. Sekolah yang terawal dibuka (1815) sebagai sebuah cawangan Penang Free School di Pulau Pinang oleh Persatuan Mubaligh Kristian – Sek. Melayu Gelugor dan Sek. Melayu Bayan Lepas. 1856 – dua buah sek. Melayu dibuka di Singapura, iaitu di Sek. Melayu Telok Belanga dan Sek. Melayu Kampung Gelam. Pada tahun 1863, tiga buah sekolah Melayu lagi telah dibuka di Seberang Perai, iaitu di Penaga, Permatang Pauh, dan Bukit Tambun.

- - - - -