Friday, July 27, 2018

Artikel Pengaruh Ilmu Kolonial Dalam Permuziuman


Selain pendidikan dan ekonomi kolonial turut juga mahu mengawal ehwal sejarah tempat yang dijajah. Sebagai contoh ketika penjajahan Jepun mereka mengambil langkah mengenai ekshibit yang boleh diletak di muzium. Baca artikel "Pengaruh ilmu kolonial dalam permuziuman". Artikel tebal 15 m/surat terbit sekitar 2017. 

Antara paparan imej mengenai Melayu oleh penjajah:

Bersifat sterotaip dalam bentuk prejudis ras yang ketara. Watak orang Melayu disifatkan malas, fatalis, berpuashati dengan apa yang dimiliki dan berlaku kerana faktor genetik yang rendah. Sifat utama kajian-kajian ini mendedahkan dan menyebarkan propaganda kononnya masyarakat Melayu adalah bersifat negatif seperti malas (Wright & Reid, 1912), suka berpoya-poya (De Eredia, 1930), keras kepala (Raffles, 1930), tidak boleh diharap (Richmond, 1928), suka berhutang (Swettenham, 1895) dan sebagainya.

 Sumber: jurnal mohe (link).

Muzium Petaling Jaya

Sumber: muzium pj (link).

Muzium Petaling Jaya terletak di dalam kawasan Taman Tasik Jaya, Seksyen 10, Petaling Jaya. Pada asalnya merupakan Rumah Taman Bacaan Kanak-kanak yang telah dirasmikan pada tahun 1980 oleh Datin Hajah Sulaimah Bt. Maiji, iaitu isteri kepada bekas Menteri Besar Selangor iaitu Ybg. Dato’ Haji Hormat Rafei ( 1976 – 1982 ).

- - - - -

No comments:

Post a Comment