Masih cerita tentang catatan Airport Dubai. Pada waktu menunggu perlepasan ronda dulu kedai buku. Jumpa dua buku mengenai kisah hidup tokoh India. Mereka tokoh dalam bidang perusahaan dan perniagaan Dubai.
Buku pertama tajuk The Malabari Who Loved His Ferrari. Buku kedua pula Spreading Joy: How Joyalukkas Became the Worlds Favourite Jeweller.
Buku pertama tentang ahli perniagaan India bernama Dileep Kumar. Beliau berasal dari Kerala, India. Dileep Kumar meminati sukan golf dan pernah mewakili UAE dua kali dalam World Amateur Golf Finals. Final yang diadakan di South Africa dan Turkiye.
Dileep Kumar berhijrah ke Dubai pada 1991. Mulanya bekerja sebagai draftmen. Kemudian memula bisnes sebagai kontraktor pembinaan. Beliau menubuh syarikat nama Heilbronn Construction LLC. Heilbronn tu nama yang diambil tertulis kat sebatang pensil.
Buku kedua pula tentang kisah hidup Joy Alukkas, seorang peniaga emas yang berjaya di Dubai. Beliau juga berasal dari India.
Baca sama:
the man with the Midas touch. gulf news - link.
[Baca fb avinashshelf ada banyak review buku. Termasuk buku Ferrari ini].