Saturday, July 19, 2025

Catatan Bacaan Buku Papyrus


Ramai kita pasti kenal atau pernah dengar nama Alexander the Great, Aristotle dan Ptolemy. Sebetulnya bila sebut Ptolemy bukanlah seorang. Ada dua orang nama Ptolemy - Ptolemy I Soter dan anak beliau Ptolemy II Philadelphus. Bagi melengkapkan bicara saya masukkan satu lagi nama tokoh iaitu Demetrius of Phalerum. 

Siapakah mereka? Kita mungkin pernah membaca nama setiap mereka. Namun mungkin tak ramai kita yang tahu perkaitan antara semua tokoh tersebut. Sebetulnya kesemua mereka hidup pada zaman yang sama. 

Alexander the Great (365-323 BC); Aristotle (384-322 BC); Ptolemy I (367-283 BC); Demetrius of Phalerum (350-280 BC) dan Ptolemy II (308-246 BC).

Saya kutip semua nama berkenaan dari buku bertajuk Papyrus. Buku yang menceritakan sejarah penulisan buku ketika zaman silam. Papyrus adalah helaian untuk menulis buku sebelum ada kertas. Buku yang sama mencerita tentang sejarah penubuhan Librari Alexandria. Librari yang banyak menyimpan buku dari papyrus. Librari Alexandria juga dikategori sebagai antara yang tertua di dunia. 

Alexander the Great pernah menjadi anak murid kepada Aristotle. Alexander the Great juga pernah menakluki Mesir dan membangun kota Alexandria di Mesir. Ptolemy I pernah berkhidmat di bawah Alexander the Great dan menjadi penguasa kota Alexandria selepas kematian Alexander the Great.

Demetrius of Phalerun juga pernah menjadi anak murid Aristotle. Beliau dijemput datang ke Alexandria oleh Ptolemy I. Demetrius dilantik oleh Ptolemy I untuk bertugas sebagai ketua Librari Alexandria. Manakala Ptolemy II menyambung tugas bapanya (Ptolemy I) sebagai penguasa kota Alexandria dan menerus usaha membangun Librari Alexandria bersama Demetrius. 

Buku Papyrus

- - - - -

Wednesday, July 16, 2025

Restoran Al-Ehsan


Dulu restoran ni nama Royale. Lepas beberapa bulan bisnes tutup. Kini buka semula dengan pasukan baru dan nama baru Restoran Al-Ehsan.



- - - - -




Sunday, July 13, 2025

The Four Crowned Martyr Masons


Kalau baca sejarah FM pasti ada cerita mengenai apa yang mereka panggil the four crowned martyrs. Siapa mereka dan apa kisah mereka?

Petikan satu entri AI:

The Four Crowned Martyrs, also known as Quatuor Coronati, are a group of early Christian stonemasons who were martyred for refusing to create a pagan idol. Their story, particularly their refusal to worship false idols, is a foundational legend within Freemasonry and is connected to the group's focus on truth and symbolism.

The four craftsmen mentioned as martyrs were – Claudius, Castorius, Sempronianus and Nicostratus.

Baca sama:

wiki four crowned martyrs - link.

the four crowned saints. fitz museum cambridge - link.


Lawson Jakarta

- - - - -

Friday, July 11, 2025

Newton Dan Temple Sulaiman

 

Catatan buku m/surat 20.

Selain terkenal sebagai saintis dan ahli fizik, Isaac Newton juga banyak menulis mengenai teologi. Beliau juga banyak menulis mengenai Solomon Temple, satu tajuk yang menjadi tarikan beliau. Newton juga menyebut Solomon sebagai ahli falsafah agong sepanjang zaman.

Ada banyak rujukan dan info mengenai hal ini yang boleh dicari.


Wang Rupiah Indonesia

- - - - -


Tuesday, July 8, 2025

Grand Lodge Dan Book of Constitutions (1732)


Catatan bacaan m/surat 20.

Buku menyebut mengenai tertubuhnya English Grand Lodge pada 1723. Buku juga menyebut peranan James Anderson, seorang FM yang prominent, menghasilkan Books of Constitution.

Disebut juga tentang binaan Tower of Babel oleh masons; binaan bahtera Noah dan kisah konon Abraham bertemu Euclid dan mengajar geometri.

Buku menyambung dengan menyebut 'All these was absolute nonsense; but it was flattering to the masons, who belived what they wished to believe.

Baca sama:

The Constitutions of the Free-Masons (1734). nebraska uni - link.

wiki james anderson FM - link.

Teh hadiah

- - - - -

Saturday, July 5, 2025

John Knox dan Hiram Abiff


Catatan bacaan m/surat 19.

Siapa John Knox? 

John Knox (c.1514-1572) was a Scottish minister, Reformed theologian, and writer who was a leader of the country's Reformation. He was the founder of the Church of Scotland. [petikan wiki - link].

John Knox bersama rakan kumpulan beliau pernah menerbit terjemahan Bible ke bahasa Inggeris. Terjemahan tersebut diterbit di Geneva pada 1560. Salah seorang rakan beliau adalah John Calvin, seorang yang dikenali berpengetahuan dalam reformed theology dan Presbyterian polity.

Siapa pula Hiram Abiff?

Buku menyebut bahawa kumpulan masons membuat berbagai penambahan berkait pembinaan Temple Sulaiman. Dalam kitab asal disebut peranan seorang Raja Tyre bernama Hiram. Namun dalam versi mason mereka mencerita pula tentang seorang lagi Hiram. Tepatnya Hiram Abiff yang dikata tahu mengenai selok belok pembinaan Temple Sulaiman.

HA telah ditangkap dan dipaksa menceritakan tentang selok belok berkenaan. Namum HA enggan dan akhirnya telah mereka bunuh. Ada paragraf buku yang menyebut;

As part of the ceremony in which a FM is raised to the third degree and becomes a master, he participates in the re-enactment of the story of the murder of HA.

Baca wiki HA - link.


- - - - -

Wednesday, July 2, 2025

Livery dan King Edward III


Catatan dari buku Freemasons.

Para juru mason dan ahli bisnes menubuh beberapa livery (atau guilds) sekitar London. Disebut juga institusi livery telah menyumbang dana dan juga meminjamkan wang kepada King Edward III. Selain livery King Edward turut meminjam dari institusi kewangan yang berpusat di Itali. [Baca m/surat 18].

Banyak info dan artikel hal ini di internet.

Lithuania

- - - - -