Saturday, May 8, 2021

Sejarah Yakjuj Makjuj, Scythia dan Nabi Yunus


Pada zaman Nabi Yunus sekitar 790-750 SM dikatakan berlaku kemarau panjang yang mengakibat kebuluran. Maka tanah pertanian dan rumput untuk ternakan semuanya habis musnah. Peristiwa tersebut mengakibat serangan oleh puak Scynthia dari Eurasia ke kawasan subur Asia Barat Daya meliputi Armenia dan sekitarnya. Nabi Yunus yang mendiami Nineveh menyeru kaumnya untuk berdoa, berpuasa dan bertaubat. Allah menyelamatkan kaum Nabi Nuh dan puak penyerang tersebut bergerak mara pula menghala timur menuju ke China.

Setelah menyerang China Scythia kembali semula ka Barat dan bertempur pula dengan puak Cimmeria di wilayah Crimea dan seterusnya dengan puak Hitti di Urartu di wilayah Asia Tengah. Scythia dikatakan asal usul kepada gerombolan Yakjuj dan Makjuj.

Catatan buku sejarah Yakjuj & Makjuj m/surat 388.

Satu peninggalan sejarah di Nineveh

sumber: flickr - link

- - - - -

Wednesday, May 5, 2021

Kerajaan Hyksos Mesir & Nabi Yusof


Kisah Nabi Yusof mencatat bahawa beliau pernah dilantik sebagai menteri Mesir. Menurut sebuah catatan kaum Hyksos mula memerintah period sekitar 1700SM. Mereka berasal dari kaum Arya yang melarikan diri dari serangan Barbar ke atas Mesopotamia. Nabi Yusuf di bawa ke Mesir sekitar 1600SM yang ketika itu diperintah oleh Raja Hyksos bernama Apopi I. Tidak lama kemudian Nabi Yusof diangkat sebagai menteri dan saudara Yusof yang lain mula datang ke Mesir sekitar 1573SM.

Sebuah catatan lain pula menyebut bahawa Yusuf dibawa ke Mesir sekitar 1903SM. Pemimpin Mesir ketika itu adalah Rayyan bin al-Walid dari suku Amalik (Hyksos). Yusuf dilantik sebagai menteri sekitar 1885SM. Pada 1869SM berlaku kemarau dan kebuluran. Manakala pada 1866SM Yusuf menjemput saudara dan bapanya berpindah ke Mesir.

Catatan bacaan Yakjuj & Makjuj pg296.

Masjid El-Taiba, Aswan, Egypt

Baca "the six things to do in Aswan". aswan to do - link.

- - - - -

Friday, April 16, 2021

Tesis Perdagangan dan Perkapalan Melayu di Selat Melaka


Akademia sejarah Ahmad Jelani Halimi banyak menghasilkan bahan bacaan sejarah. Beliau menulis tesis "Perdagangan dan perkapalan Melayu di Selat Melaka dari abad ke-15 hingga abad ke-18". Tesis kedoktoran UM pada 1999. Kajian seliaan oleh Prof Mohd Yusof Hashim dan Prof Dr Lee Kam Hing.

Tesis telah terbit sebagai sebuah buku dengan judul sama oleh DBP pada 2004.

Sumber: repo um - link.

Pelabuhan Melaka awal abad ke-20

Baca "Melaka - travel back in time". caramel salty - link.

Melaka - traveller (link).

Terbitan DBP 2004

sumber: pustaka empayar melayu - link

- - - - -

Tuesday, April 13, 2021

Buku Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara (ARHA)


Akademia ARHA sangat banyak menulis buku. Antaranya adalah Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara. Buku terbitan Utusan pada 2000. Harga jualan asal Rm30. Namun kini banyak penjual mengatakan telah kehabisan stok.

Buku menyebut bahawa kelahiran manusia berasal dari Adam dan Hawa dengan jangkaan masa sejak 270,000 tahun lalu. Ini meyanggah teori manusia mawas. Baca ARHI m/surat 42.

Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara

sumber: ilham books (link)

Buku-buku lain oleh ARHA adalah Pengantar Imu Sejarah DBP 1996 dan "Pemikiran di Malaysia: sejarah dan aliran". DBP 1998.

Sejarah pemikiran sama dengan sejarah intelek iaitu mengkaji perkembangan sesuatu pemikiran dalam hubungannya dengan konteks atau ruang pada waktu tertentu.

- - - - -

Friday, April 9, 2021

Buku Burhanuddin Al-Helmy - Pemiliran Dan Perjuangan (2000)


Buku yang banyak dipetik oleh penulis buku Gagasan Nasionalisme Melayu Raya. Buku BAH terbitan Ikdas Sdn Bhd pada 2000.  Tebal buku 147 m/surat jualan asal Rm25.


Sebuah lagi buku yang kerap dipetik adalah "Dunia Melayu" oleh Mohd Yussof Hassan DBP 1991. Antara artikel termuat adalah "Dunia Melayu dan tersebar luasnya rumpun bangsa" oleh Wan Hashim Wan Teh.


- - - - -

Wednesday, April 7, 2021

Buku Malaya and the Straits Settlements 1936-1945


Banyak buku sejarah Malaya di zaman British yang ditulis oleh pengkaji Barat. Antaranya adalah "Decade of Change: Malaya and the Straits Settlements 1936-1945". Buku tebal 728 m/surat tulisan Bryan C. Cooper terbitan tahun 2001. 

Part One - Road to War

Part Two - Defeat

Part Three - Occupation Years

Part Four - Aftermath 

Folder: Hzq - Pelbagai Januari.

A busy Victoria Dock, Tanjong Pagar in the 1890s

Source: wikiwand - link

- - - - -

Sunday, April 4, 2021

Munafik Akhnas bin Syariq Baqarah 204-205

 

Ayat 204-205 Surah Al-Baqarah menyentuh tentang pesanan Allah SWT supaya berjaga-jaga dengan orang munafik. Asbabun nuzul ayat merujuk kepada seorang munafik zaman Nabi Muhammad SAW iaitu Al-Akhnas bin Syariq As-Tsaqafi. Beliau menampakkan keislamannya depan Nabi namun sedangkan dalam hatinya tidak sedemikian.

Masjid Auburn Gallipoli, Sydney

Lihat wiki - link

Baca "Auburn Gallipoli Mosque". mvslim dot com - link.

- - - - -