Tuesday, November 9, 2021

Tokoh Roket Nazi Hans Kammler dan Wernher von Braun


Dua tokoh tentera Nazi yang nama mereka disebut dalam sejarah roket adalah SS Gruppenfuhrer Hans Kammler dan Wernher von Braun. SS Gruppenfuhrer adalah gelaran ranking dalam tentera Nazri. Hans Kammler kemudiannya mati bunuh diri pada 1945 setelah Nazi tewas. 

Manakala von Braun adalah saintis atau jurutera tentera yang membangun sistem roket V-2 (Vergeltungswaffen-2). Di kalangan Barat roket tersebut lebih dikenali sebagai A-4. Roket tersebut merupakan the first ballistic missile.

Entrance to the underground tunnels of the Mittlewerk

[premis membina roket Nazi]

Baca "Wonder weapon and slave labor". smithsonian - link.

- - - - -

Saturday, November 6, 2021

Serangan Roket Nazi Di Chiswick 1944


Penceritaan dalam buku "Red Moon Rising" dimulai dengan serangan roket tentera Nazi Jerman ke atas penempatan Chipswick, barat London. Pengarang memulanya dengan fizik penerangan mengenai penerbangan roket bersesuaian dengan buku tersebut yang bergenre sains.

Baca "The day Hitler's silent killers came falling on Chiswick". Artikel sempena ulang tahun ke-70 serangan Chiswick. express mail 2014 - link.

Para pengkaji dan jurnalis UK terus mempertahan keupayaan Britain da memperkecil apa yang berlaku di Chipswick. Sebagai contoh baca "WW2 double cross that was credited with diverting V-2 strikes away from London ‘made no difference because missiles were so inaccurate".  dailymail 2019 - link.

Beberapa pengkaji telah menghasilkan tesis mengenai peristiwa Chipswick khususnya dan serangan Nazi amnya. Baca "A game of human chess - The double cross system and MI-5's supremacy in WW2". Tesis BA Colorado Uni tahun 2015 tebal 104 m/surat (link).

Baca juga buku "The Double-Cross system in the war 1939-1945" terbitan ANU Press tahun 1972 (link).

V-2 rocket damage in Chiswick, west London 1944

- - - - -

Saturday, October 16, 2021

Pengkaji Etnik Melayu Kelantan Robert Winzeler

 

Membaca m/surat awal buku Kelantan 1977 menemu nama Robert Winzeler. Beliau merupakan seorang pengkaji yang banyak menerbit buku dan makalah mengenai budaya dan kehidupan Melayu khususnya di Kelantan. Salah satu buku oleh Winzeler menurut penulis Kelantan 1977 adalah "Ethnic relations in Kelantan - a study of the Chinese and Thai as ethnic minorities in a Malay State". OUP 1985 (abebooks - link).

Petikan (books google - link):

Robert L Winzeler is professor emeritus of anthropology at the University of Nevada, Reno. He received his MA and PhD from the University of Chicago and has done extensive long-term feildwork in both insular and mainland SEA. His numerous books include The People of SEA Today (2011) and Anthropology and Religion, 2nd Edtion (2012).

Baca "Ethnic differences and economic change in a local Malaysian setting". kyoto seas 1976 - link.

"The study of Malayan latah". cornell 28 m/surat - link.

"The Buddha in Mecca's verandah" 4 m/surat 2013 [Ibid below].

Baca juga buku "Ethnic diversityand the control of natural resources in SEA". Terbitan michigan uni 243 m/surat. [Afq D Lanun Selat Melaka].

Sebuah buku mengenai Kelantan oleh Winzeler

source: asiabookroom - link

- - - - -

Thursday, October 14, 2021

Kolej Latihan Peguruan Melayu Sarawak 1940


Selain SITC Tg Malim wujud juga sebuah kolej perguruan di Sarawak. Kolej dinamakan Kolej Latihan Perguruan Melayu Sarawak ditubuh pada 1940. Pengetua Kolej ialah Mohamed Said bin Hussin dan ambilan pertama seramai 30 pelajar dan mereka tamat latihan pada Julai 1941. Pengabilan ketiga adalah pada September 1941. Ketika pendudukan Jepun kolej ditutup dan hanya dibuka semula pada Januari 1946.

Sebuah kolej perguruan dibuka di Batu Lintang dengan mulanya mengguna bangunan Madrash Melayu pada 1947. Kemudian pada Januarisebuah kolej tetap baru dibina pada 1948. Kolej perguruan asal pertama telah turut berpindah ke bangunan kolej baru di Batu Lintang pada 1949.

Pendidikan di Sarawak cuma setakat sekolah rendah. Sekolah peringkat menengah hanya bermula pada 1956 dengan sekolah pertama di Tanjing Lobang dekat Miri didiri pada 1957. Sekolah tersebut mengguna bahasa pengantar Inggeris.

[Catatan bacaan Kedudukan Orang Melayu Sarawak m/surat 70].

Bangunan asal kolej guru Batu Lintang

sumber: ipbl - link

- - - - -

Saturday, October 9, 2021

Winstedt MCS Di Tanah Melayu

 

Winstedt yang lahir pada 1878 menamatkan pengajian Oxford University pada 1901 sebelum dihantar bertugas di Malaya. Beliau belayar menaiki kapal dari Liverpool dan tiba di Penang sebelum meneruskan perjalanan ke Taiping. Beliau tiba di Taiping pada Disember 1902 mula bertugas sebagai kadet MCS di Taiping ketika usia 24 tahun. Turut melapor diri bersama beliau adalah beberapa kadet lain termasuk Alfred John Sturrock (1879-1946) yang kemudian aktif bersama Winstedt dalam kerja pengajian Melayu.

Pada 1903 Winstedt dinaik pangkat kepada Nazir sekolah-sekolah negeri Perak. Pada 1904 beliau lulus peperiksaan Bahasa Melayu yang perlu diambil oleh pegawai kadet MCS. Winstedt bersahabat baik dengan Sir Raja Chulan. Bekiau juga sempat bersama Raja Abdullah (yang pernah dibuang ke Pulau Sechelles) dalam majlis perasmian sebuah Istana diKuala Kangsar pada 1904.

Pada 1905 Winstedt berpindah tempat bertugas ke Batang Padang dan tinggal di Tg Malim. Pada 1908  Winsted berpindah semula ke Taiping bertugas sebagai ADO Matang. Tidak lama kemudian bertukar pula ke Gopeng. Semasa di Gopeng Winstedt mula diserang sakit sehingga terpaksa pulang ke Oxford dan diberi cuti sakit selama empat belas bulan (Julai 1911 hingga Sept 1912).

Taiping Police Station pada 1900s

Baca pandangan yang mengatakan "Inggeris tidak mahu orang Melayu maju". minda ahad - link

- - - - -

Thursday, October 7, 2021

Tesis SITC dan Semangat Nasionalisme

 

Tesis bertajuk "Sumbangan lepasa SITC dalam membangkitkan semangat nasionalism 1922-1957". Kajian oleh dan Raja Ahmad Shalaby selesai pada 2018.

Kandungan:

Perkembangan perguruan Melayu; SITC dan nasionalisme; Pentadbir dan pendidik; Ahli politik dan pemikir [Politik - Ibrahim Yaakub, Mohd Diah Abd Rahman, Abdul Rahman Talib, Senu Abd Rahman, Syed Nasir dan Ghafar Baba. Pemilir - Za'ba, Muhamad Yusof Ahmad; Zainal Abidin Ali & Aminuddin Baki]; Penutup.

Sumber: upsi - link.

Principal House SITC

sumber: muzium upsi (link)

- - - - -

Monday, October 4, 2021

Bahan Bacaan Mengenai Winstedt

 

RO Winstedt merupakan tokoh British yang banyak menulis mengenai Melayu dan Malaya. Beliau mula bekerja sebagai kadet MCS pada 1902 ketika usia 24 tahun dan ditempat di Taiping.

Baca juga berikut:

"Pengaruh Hindusim dalam kehidupan masyarakat Melayu: rujukan khusus karya pilihan Winstedt" jurnal ideologi 2020 - link.

"Pendekatan Kajian R.O. Winstedt Terhadap Islam dan Pengaruhnya Terhadap Masyarakat Melayu di Tanah Melayu: Satu Analisis". jurnal kuis 2019 - link.

"Orientalist's view of the Malay community: a focus on winstedt". jurnal 2017 - link.

"Sebuah analisis tentang pendekatan kajian RO Winstedt terhadap Islam di Tanah Melayu". jurnal peradaban 2015 - link.

"Pandangan Winstedt terhadap undang-undang Islam di Tanah Melayu". tesis MA UM 2014 - link.

"Orientalism dalam pengajian Melayu" oleh azhar ibrahim (nus - link).

Winstedt (link)

Petikan - Pandangan Winstedt terhadap Nasionalisme Melayu: Usaha O.T Dussek, Pengetua MPSI yang menubuhkan Jabatan Karang-Mengarang yang menggalakkan kegiatan pemikiran dan penulisan dalam kalangan pensyarah dan pelajar tidak begitu dipersetujui Winstedt. Beliau beranggapan tindakan Dussek hanya akan menyemarakkan nasionalisme Melayu dan keadaan ini berbahaya selaras dengan pergerakan anti-penjajahan pada waktu itu. Walaubagaimanapun,Winstedt tidak pernah mengarahkan supaya jabatan tersebut ditutup.

- - - - -