Tuesday, August 6, 2024

Bacaan Ngah Jabor 2


Beberapa catatan bacaan buku NJ.

Ngah Jabor asalnya berketurunan Bugis. Beliau pernah memohon gelaran OK Maharaja Lela semasa pemerintahan Sultan Idris (r.1887-1916). Gelaran tersebut paling akhir disandang oleh Pandak Lam. Gelaran tersebut dihentikan oleh British ekoran pembunuhan Birch.

Di kalangan Bugis ada beberapa nama gelaran bagi golongan bangsawan. Antaranya adalah Arung, Opu, dan Daeng.

Sedikit mengenai Pandak Lam dan Tok Sagor;

Pandak Lam cuma ada seorang anak, anak perempuan, bernama Rasiah. Rasiah berkahwin dengan  Wan Akib. Pasangan Rasiah dan Wan Akib punya beberapa orang anak. Salah seorangnya adalah Wan Ismail bin Wan Akib. Wan Ismail merupakan seorang ahli sejarah. Beliau banyak menulis tentang sejarah keluarga.

Nama sebenar Datok Sagor pula adalah Ngah Kamaddin bin Mohd Zin.


Toaster hstay Dunferm

- - - - -


Friday, August 2, 2024

Catatan Buku Ngah Jabor


Ngah Jabor lahir pada 1858 di Kuala Dipang. Masa bayinya beliau disusukan oleh Ken Uda (atau Che Kenuda) yang juga ibu kepada Raja Idris. Raja Idris kemudiannya ditabal menjadi Sultan Perak pada 1887. Bermakna Ngah Jabor dan Sultan Raja Idris adalah seibu susuan. Ngah Jabor turut terlibat dalam peristiwa pembunuhan JWW Birch. Beliau turut ditahan oleh British dan bersama dalam penjara dengan Dato Maharaja Lela, Datok Sagor dan Pandak Indut ketika ketiga mereka menunggu hukuman gantung. Ngah Jabor dihukum penjara namun kemudian dibebaskan oleh Sultan Idris.

Ngah Jabor kemudiannya berperanan sebagai pengasas membuka dan membangun Pekan Kampar. Beliau turut mempunyai rumah besar di Kampung Abdullah Kampar. Kapung yang dinamakan kepada anak sulong beliau, Abdullah.

Stirling

- - - - -

Friday, July 19, 2024

Wahyu Ilham Kepada Lebah


Tafsir J7 Hamka ketika membincang mengenai soal wahyu menyebut bahawa wahyu dari Jibril kepada Nabi sudah tamat. Dalam erti kata lain kalau ada sesiapa mendakwa menerima wahyu pastilah orang itu memang sesat. Sebagaimana yang mendakwa Nabi yang mereka sesungguhnya Nabi Palsu.

Lanjutan perbincangan mengenai wahyu ada satu kategori yang disebut ilham. Tafsir menyebut bahawa ilham didatangkan kepada manusia pilihan. Turut dapat menerima ilham adalah haiwan lebah. Bertepatan sepertimana tafsir bagi ayat 68 dan 69 Surah an-Nahl (Surah Lebah). Maka sebab itu dalam sesetengah tafsir turut menyebut Allah mewahyu kepada lebah agar makan atau mencari buahan dan kembang-kembangan.


- - - - - 

Monday, July 15, 2024

Tafsir J7 - Ayat 93 An 'Am


Surah An'Am dikata turun seluruhnya di Mekah (sekali gus?). Ada yang menyebut kecuali ayat 93 turun di Madinah.

Terjemahan ayat 93 'Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mereka-reka perkara yang dusta terhadap Allah, atau orang yang berkata: “Telah diberi wahyu kepadaku”, Pada hal tidak diberikan sesuatu wahyu pun kepadanya, dan orang yang berkata: “Aku akan menurunkan seperti apa yang diturunkan Allah”.

Dalam tafsir ayat 93 ada beberapa nama Nabi Palsu disebutkan. Bagi zaman Nabi ada tiga Nabi Palsu tersebut. Mereka adalah Musailamah al-Kazzab, Aswad al-Ansi dan seorang wanita, Sajjah binti Harits.

Pada era lebih kini (sekitar kurun ke19) ada tiga nama yang disebut. Mereka adalah Al-Bab yang diikuti oleh kaum Babiyan. Nama kedua Mirza Ali Muhammad atau disebut juga Baha-ullah. Beliau diikuti oleh para pengikut kaum Bahai. Nama ketiga Mirza Ghulam Ahmad yang diikuti oleh golongan Ahmadiyya.

Mana ni?

- - - - -

Thursday, July 11, 2024

Nama Lama Istanbul


Catatan bacaan buku Discovering Ottoman.

Among the great cities of the past is Isfahan. Another one before Isfahan was Qazvin, Nishapur. 

About Istanbul .. what was its name before? It was Stinpoli, Istinbal, and Islambol.

Stinpoli means to the city or in the city.

Istinbal was the name during the siege by Umayyad Dynasty.

Islambol was clear sign the city become Islamicised.

Petikan wiki (link):

The name Islambol (اسلامبول lit.'full of Islam') appeared after the Ottoman conquest of 1453 to express the city's new role as the capital of the Islamic Ottoman Empire. It was first attested shortly after the conquest, and its invention was ascribed by some contemporary writers to Sultan Mehmed II.

Bulagarian (eg, in Sofia) named Istanbul as city where the Tsar Emperor  lived.

[Tsargrad] nama dari perkataan Slavic.


Guests of God
- - - - -



Sunday, July 7, 2024

Bacaan Ahmadiyya England


Kalau di negara Barat kita kena berhati bila jumpa masjid. Bimbang kita jumpa masjid yang ditadbir oleh kumpulan jemaah yang tidak sama aliran. Ada saja masjid sana yang milik kumpulan seperti Ahmadiyya, kumpulan Syiah dan seangkatan. Di Barat kumpulan yang berbeza aliran ini bebas meletak dan memakai nama Islam kepada tempat ibadat masing-masing. Yang lebih aktif dan masjid mereka ada merata adalah kumpulan Ahmadiyya.

Sebagai info tambahan ada beberapa bahan bacaan mengenai Ahmadiyya London dan UK.

Buku Ahmadiyya Movement: British Jewish Connection. archive library - link.

Mirza Ghulam Ahmad and the construction of the Ahmadiyya identity. phd thesis oleh Adil Hussain Khan, SOAS 2009 - link.

Is anti-Ahmadiyya discrimination an issue in the British Muslim community. MA Cardiff - link.

Identity, integration and wellbeing of British Muslims: A discourse analysis. Tesis phd oleh Saliha Anjum, Edinburgh Uni 2014 - link. Saliha gayanya dari aliran Ahmadiyya.


Buku jualan di Airport Turkiye

- - - - -


Tuesday, July 2, 2024

Sahabah Muhajirin - Uthman bin Maz'un (d.625M)


Nama Uthman bin Maz'un, ada yang eja Uthsman Mazh'un, adalah sahabat Nabi Muhammad SAW di kalangan kaum Muhajirin. Nama beliau disebut dalam beberapa tempat dalam tafsir. Contohnya dalam Tafsir Hamka J7 page42. Tafsir tersebut menyebut bahawa setelah turun larangan minum arak (khamr) maka Uthsman Mazh'un merupakan orang pertama meninggalkan khamr, Al-Maidah ayat 90.

Uthman bin Maz'un juga mendapat sanjungan Nabi dimana ada hadith bahawasanya Nabi SAW melakukan solat jenazah ke atas Uthman bin Maz‘un. Dan juga ketika kebumian beliau Nabi sendiri meletak seketul batu sebagai tanda kuburnya.

Banyak kisah mengenai Uthman bin Maz'un. Beliau turut dalam rombongan berhijrah mencari perlindungan di Habsyah; berkahwin dengan Khawlah binti Hakim; sahabah yang mahu melaku kasi semacam mana biara Kristian; jenazah sahabat muhajirin yang pertama makam di Baqi'. (Baca wiki - link).

Petikan :

Tatkala Uthman bin Maz‘un meninggal dunia dan dikebumikan, nabi SAW memerintahkan seorang lelaki untuk membawakan kepadanya seketul batu. Akan tetapi dia tidak mampu untuk membawa batu tersebut. Maka, Nabi SAW bangun dan menyinsingkan kedua lengannya (lalu pergi ke batu itu), kemudian Baginda membawa batu tersebut dan meletakkannya di sisi kepala jenazah itu (pada kuburnya). Baginda bersabda: ‘Supaya aku mengetahui dengan tanda ini akan kubur saudaraku dan mengebumikan di sisinya, mereka yang mati daripada kalangan keluargaku.’

Baca ' Uthsman bin Maz'un'. maktabahalbakri dot com - link.

Asbabun Nuzul ayat 90 Al-Maidah boleh baca sini - link.


- - - - -