Tuesday, August 6, 2024

Bacaan Ngah Jabor 2


Beberapa catatan bacaan buku NJ.

Ngah Jabor asalnya berketurunan Bugis. Beliau pernah memohon gelaran OK Maharaja Lela semasa pemerintahan Sultan Idris (r.1887-1916). Gelaran tersebut paling akhir disandang oleh Pandak Lam. Gelaran tersebut dihentikan oleh British ekoran pembunuhan Birch.

Di kalangan Bugis ada beberapa nama gelaran bagi golongan bangsawan. Antaranya adalah Arung, Opu, dan Daeng.

Sedikit mengenai Pandak Lam dan Tok Sagor;

Pandak Lam cuma ada seorang anak, anak perempuan, bernama Rasiah. Rasiah berkahwin dengan  Wan Akib. Pasangan Rasiah dan Wan Akib punya beberapa orang anak. Salah seorangnya adalah Wan Ismail bin Wan Akib. Wan Ismail merupakan seorang ahli sejarah. Beliau banyak menulis tentang sejarah keluarga.

Nama sebenar Datok Sagor pula adalah Ngah Kamaddin bin Mohd Zin.


Toaster hstay Dunferm

- - - - -


No comments:

Post a Comment