Wednesday, August 14, 2024

Jasa Penghulu Zainal Bangun Sekolah Melayu


Mengusaha dibina sekolah melayu kampung jijan nilai. Sekolah mula dibangun setelah beberapa lama bulan selepas kampung tersebut dibuka pada tahun 1946. Bangunan sekolah dibina sendiri oleh penduduk kampung dari kayu yang diangkut dari hutan dan atapnya mengguna daun bertam yang dianyam.

Berikutnya pada 1947 Penghulu mengusaha pula membina sebuah sekolah khas untuk kaum orang asli setempat. Sekolah dibangun di Kampung Tekir Mukim Labu dan menjadi sekolah pertama bagi orang asli di Negeri Sembilan. Sekolah dirasmi oleh Pegawai Daerah Seremban, Dato Mahmood bin Mat pada 1947.

Pada 1948 PZ berjaya pula membangun Sekolah Kebangsaan Kampung Mendum, Lenggeng N9. Bangunan yang diguna asalnya sebuah surau. Berikutnya PZ membangun pula Sekolah Kebangsaan Dacing, Mukim Lenggeng pada tahun 1951. Pada 1952 PZ berjaya mengusaha dan membangun Sekolah Kebangsaan Sungai Jai.

Kejayaan besar PZ adalah mengusaha untuk kelulusan membina Government English School Lenggeng. Sekolah tersebut mula diguna pada 1954 untuk menampung pelajar Melayu sekitar Lenggeng.

Stirling

- - - - -

No comments:

Post a Comment