Thursday, August 29, 2024

Asal Nama Pulau Carey


Maca mana datang nama Pulau Carey?

Pulau Carey ini pada awal 1900an telah dikenali sebagai Pulau Si Alang atau beberapa orang merujuknya sebagai Pulau Bangsar. Pulau ini letaknya kira-kira 14km daripada Pelabuhan Klang, pulau ini hanya didiami oleh kaum orang asli Mah Meri.

Namanya menjadi Pulau Carey selepas ada seorang penanam (planter) seorang Inggeris namanya Valentine Edward John Carey telah memperolehnya dari Duli Yang Maha Mulia Sultan Sulaiman Selangor untuk memulakan ladang getah dan sejak itu sehingga kini ia dikenali sebagai Pulau Carey atau Carey Island.

Teh TWG

- - - - -

No comments:

Post a Comment