Tuesday, December 17, 2024

Keadaan Airport Pangkor


Hari ini baca sebuah blog mengenai kembara ke Pangkor. Turut dimuat cerita mengenai sebuah airport di Pangkor. Airport yang kini tidak lagi digunakan. 

Ada inisiatif yang telah diusaha oleh sebuah syarikat SKS Airways. Mereka membuat penerbangan dari Subang dengan pesawat kecil kapasiti sembilan belas penumpang. Namun khidmat mereka tidak bertahan lama kerana permintaan yang sedikit. Khidmat mereka cuma selama lima bulan dan berhenti pada hujung Mei 2022.

Baca SKA Airways temporarily suspended. lowyat net - link.


Airport Pangkor




Pesawat SKS Airways tiba mendarat


ww

Saturday, December 14, 2024

Foto Earthrise Oleh Apollo 8


Dalam suasana hujung tahun ni elok juga cari beberapa peristiwa bersejarah yang berlaku dalam bulan Disember. Kebetulan pula dapat kutip banyak info melalui pembacaan buku tentang misi angkasa lepas Apollo. Salah satu sejarah nya adalah rakaman foto imej bumi berwarna kali pertama oleh astronaut NASA.
Foto ini diberi nama Earthrise. Dirakam oleh angkasawan nama Bill Anders. Beliau membawa bersama kamera khas foto warna. Kamera yg dibawa bersama oleh misi Apollo 8. Mereka ditugas untuk melaku peninjauan lokasi yg dipilih untuk pendaratan di Bulan. Lokasi yg dikenal pasti untuk neil amstrong menjejak kaki di Bulan dalam misi mendatang iaitu misi Apollo 11.
Foto Earthrise ini dirakam pada 24 Disember 1968. Bermakna team angkasawan Apollo 8 melakukan misi mereka dan berada di angkasa lepas ketika musim cuti Xmas. Foto Earthrise ni juga dirakam ketika ramai kita di Malaysia sedang cuti sekolah penggal akhir 56 tahun yang lepas.
Petikan - Apollo 8 generated one of the most famous photos in history - 'Earthrise,' which shows our planet rising up from the Moon's horizon. It was captured as the crew orbited the lunar surface.



Foto Earthrise rakaman oleh krew Apollo 8

Kejayaan misi Apollo 8 memboleh mereka dipilih sebagai Man of the Year edişi 1968

Krew Apollo 8 - Men of the Year 1968

- - - - -

Wednesday, December 11, 2024

Lima Buku Belian BBW Sale


Lima buku belian BBW Sale.





Harga RM17


Lima judul

- - - - -


Monday, December 9, 2024

Empat Buku BBW Sale


Empat buku belian BBW year-end sale.



Harga RM14



- - - - -


Saturday, December 7, 2024

Thursday, December 5, 2024

Tuesday, December 3, 2024