Saturday, October 9, 2021

Winstedt MCS Di Tanah Melayu

 

Winstedt yang lahir pada 1878 menamatkan pengajian Oxford University pada 1901 sebelum dihantar bertugas di Malaya. Beliau belayar menaiki kapal dari Liverpool dan tiba di Penang sebelum meneruskan perjalanan ke Taiping. Beliau tiba di Taiping pada Disember 1902 mula bertugas sebagai kadet MCS di Taiping ketika usia 24 tahun. Turut melapor diri bersama beliau adalah beberapa kadet lain termasuk Alfred John Sturrock (1879-1946) yang kemudian aktif bersama Winstedt dalam kerja pengajian Melayu.

Pada 1903 Winstedt dinaik pangkat kepada Nazir sekolah-sekolah negeri Perak. Pada 1904 beliau lulus peperiksaan Bahasa Melayu yang perlu diambil oleh pegawai kadet MCS. Winstedt bersahabat baik dengan Sir Raja Chulan. Bekiau juga sempat bersama Raja Abdullah (yang pernah dibuang ke Pulau Sechelles) dalam majlis perasmian sebuah Istana diKuala Kangsar pada 1904.

Pada 1905 Winstedt berpindah tempat bertugas ke Batang Padang dan tinggal di Tg Malim. Pada 1908  Winsted berpindah semula ke Taiping bertugas sebagai ADO Matang. Tidak lama kemudian bertukar pula ke Gopeng. Semasa di Gopeng Winstedt mula diserang sakit sehingga terpaksa pulang ke Oxford dan diberi cuti sakit selama empat belas bulan (Julai 1911 hingga Sept 1912).

Taiping Police Station pada 1900s

Baca pandangan yang mengatakan "Inggeris tidak mahu orang Melayu maju". minda ahad - link

- - - - -

No comments:

Post a Comment