Monday, September 5, 2022

Majlis Zikir Beberapa Tarekat


Mengenai masa berzikir kumpulan tarekat ianya berbeza mengikut tarekat masing-masing. Bagi Naqshabandiyah mereka melaksana Khattam Tawajuh setiap minggu hari Jumaat selepas Asar, Isya dan Subuh. Majlis suluk diada setiap bulan Ramadan selama sepuluh hari atau sehingga empat puluh hari.

Bagi Ahmadiyyah kumpulan zikir mereka terbahagi tiga kategori - majlis haul, zikir dan ratib. Majlis haul dilakukan secara besaran setahun sekali. Haul diadakan bagi mengingati tarikh kematian tokoh mereka. Masing-masing kumpulan memilih tokoh mereka sendiri makanya tarikh majlis haul juga berbeza. Majlis diada biasnya selepas Maghrib sekitar satu atau dua jam.

Bagi tarekat Muhamadiyyah (Suhaimiyah) mereka mengamal bacaan aurad, tahlil dan maulid. Aurad dibaca beramai selepas Maghrib malam Jumaat. Tahlil dan maulid diada dua kali seminggu pada malam Jumaat dan Isnin. Disamping itu ada pula majlis bacaan nazam selepas majlis maulid berzanji dan maulid Diba'i.

Catatan bacaan m/surat 73 buku ARHA.

Sebuah masjid di Seam Reap - Neakmah Mosque in Kampung Stengmai.

Baca "Discovering Muslim communities in Seam Reap". boutique hotel (link).

"Mosques and halal food seam reap". mnc engineer japan (link).

- - - - -

No comments:

Post a Comment