Tuesday, November 15, 2022

Sistem Pengambilan Kakitangan Dan Sistem Kongsi


Dua cara selain sin-khek adalah sitem pengambilan kakitangan dan sistem rumah kongsi.  kongsi. Sistem pengambilan kakitangan adalah sistem perundangan yang memperbaiki sistem sin-khek. Pengusaha lombong yang memerlu buruh akan menghantar agen ke China bagi mendapatkan kuli. Segala tambang dan perbelanjaan akan ditanggung oleh majikan. Agen akan bertanggungjawab mengiringi kuli tersebut hingga tiba ke pelabuhan Tanah Melayu dengan selamat.

Manakala dalam sistem rumah kongsi, pengambilan buruh dilakukan di China oleh agen kongsi yang dilantik oleh sesebuah kongsi lombong. Agen kongsi akan menanggung segala perbelanjaan kuli sehingga mereka sampai ke rumah kongsi di Tanah Melayu. Semasa diserah kepada ketua rumah kongsi bayaran mesti dilunaskan (oleh siapa? kuli atau tauke lombong?) dengan kadar yang telah dipersetujui.

Buruh Cina yang ada di Larut sekitar 1850 sekitar 5,000 orang. Namun menjelang 1870-an bilangan mereka melompat mendadak kepada 35,000-40,000 orang.


Meja dan fridge

- - - - -

No comments:

Post a Comment