Thursday, October 19, 2023

Penubuhan MIC Thivy dan Hal Ehwal Buruh 1946


Mesyuarat penubuhan MIC berlangsung pada 3-5 Ogos 1946. Cadangan penubuhan MIC dibawa oleh John Thivy. Beliau dulunya aktif dalam INA dan pernah berkhidmat sebagai Menteri dalam kerajaan Azad Hind. Satu perkara besar yang berlaku dalam penubuhan MIC adalah berkai dengan ehwal buruh. Organisasi GLU yang condong kepada PKM membantah Thivy (dan MIC) dari memperjuang ehwal buruh. Sedangkan menurut Thivy majoriti buruh ladang adalah kaum India maka MIC menjadi medan untuk memperjuang tuntutan mereka. Sebagai mereda suasana Thivy menukar jabatan buruh dalam MIC kepada nama bahagian eknomi. Sedangkan teras perjuangan adalah sama.

Ketika mesyuarat penubuhan MIC Thivy juga mengumum pendirian menolak Malayan Union. Pendirian Thivy telah ditolak  oleh gologna elit India. Perkembangan seterusnya memperlihat Thivy mula mengkritik Umno kerana sikap pemimpinnya terhadap bukan Melayu. Umno dilihat bukan sangat melawan British malah lebih kepada berpendirian menolak bukan Melayu.

Buku Identiti India m/s 90.

Simit Sarayi

- - - - - 

No comments:

Post a Comment