Friday, July 19, 2024

Wahyu Ilham Kepada Lebah


Tafsir J7 Hamka ketika membincang mengenai soal wahyu menyebut bahawa wahyu dari Jibril kepada Nabi sudah tamat. Dalam erti kata lain kalau ada sesiapa mendakwa menerima wahyu pastilah orang itu memang sesat. Sebagaimana yang mendakwa Nabi yang mereka sesungguhnya Nabi Palsu.

Lanjutan perbincangan mengenai wahyu ada satu kategori yang disebut ilham. Tafsir menyebut bahawa ilham didatangkan kepada manusia pilihan. Turut dapat menerima ilham adalah haiwan lebah. Bertepatan sepertimana tafsir bagi ayat 68 dan 69 Surah an-Nahl (Surah Lebah). Maka sebab itu dalam sesetengah tafsir turut menyebut Allah mewahyu kepada lebah agar makan atau mencari buahan dan kembang-kembangan.


- - - - - 

Monday, July 15, 2024

Tafsir J7 - Ayat 93 An 'Am


Surah An'Am dikata turun seluruhnya di Mekah (sekali gus?). Ada yang menyebut kecuali ayat 93 turun di Madinah.

Terjemahan ayat 93 - 'Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mereka-reka perkara yang dusta terhadap Allah, atau orang yang berkata: “Telah diberi wahyu kepadaku”, pada hal tidak diberikan sesuatu wahyu pun kepadanya; dan orang yang berkata: “Aku akan menurunkan seperti apa yang diturunkan Allah”.

Dalam tafsir ayat 93 ada beberapa nama Nabi Palsu disebutkan. Bagi zaman Nabi ada tiga Nabi Palsu tersebut. Mereka adalah Musailamah al-Kazzab, Aswad al-Ansi dan seorang wanita, Sajjah binti Harits.

Pada era lebih kini (sekitar kurun ke19)ada tiga nama yang disebut. Mereka adalah Al-Bab yang diikuti oleh kaum Babiyan. Nama kedua Mirza Ali Muhammad atau disebut juga Baha-ullah. Beliau diikuti oleh para pengikut kaum Bahai. Nama ketiga Mirza Ghulam Ahmad yang diikuti oleh golongan Ahmadiyya.

Mana ni?

- - - - -

Thursday, July 11, 2024

Nama Lama Istanbul


Catatan bacaan buku Discovering Ottoman.

Among the great cities of the past is Isfahan. Another one before Isfahan was Qazvin, Nishapur. 

About Istanbul .. what was its name before? It was Stinpoli, Istinbal, and Islambol.

Stinpoli means to the city or in the city.

Istinbal was the name during the siege by Umayyad Dynasty.

Islambol was clear sign the city become Islamicised; 

Bulagarian (eg, in Sofia) named Istanbul as city where the Tsar Emperor  lived.

[Tsargrad].


Guests of God
- - - - -



Sunday, July 7, 2024

Bacaan Ahmadiyya England


Kalau di negara Barat kita kena berhati bila jumpa masjid. Bimbang kita jumpa masjid yang ditadbir oleh kumpulan jemaah yang tidak sama aliran. Ada saja masjid yang milik kumpulan seperti Ahmadiyya, kumpulan Syiah dan seangkatan. Di Barat kumpulan yang berbeza aliran ini bebas meletak dan memakai nama Islam kepada tempat ibadat masing-masing. Yang lebih aktif dan ada merata adalah kumpulan Ahmadiyya.

Sebagai info tambahan ada beberapa bahan bacaan mengenai Ahmadiyya London dan UK.

Buku Ahmadiyya Movement: British Jewish Connection. archive library - link.

Mirza Ghulam Ahmad and the construction of the Ahmadiyya identity. phd thesis oleh Adil Hussain Khan, SOAS - link.

Is anti-Ahmadiyya discrimination an issue in the British Muslim community. MA Cardiff - link.

Identity, integration and wellbeing of British Muslims: A discourse analysis. Tesis phd oleh Saliha Anjum, Edinburgh Uni 2014 - link. Saliha gayanya dari aliran Ahmadiyya.


Buku jualan di Airport Turkiye

- - - - -


Tuesday, July 2, 2024

Sahabah Muhajirin - Uthman bin Maz'un (d.625M)


Nama Uthman bin Maz'un, ada yang eja Uthsman Mazh'un, adalah sahabat Nabi Muhammad SAW di kalangan kaum Muhajirin. Nama beliau disebut dalam beberapa tempat dalam tafsir. Contohnya dalam Tafsir Hamka J7 page42. Tafsir tersebut menyebut bahawa setelah turun larangan minum arak (khamr) maka Uthsman Mazh'un merupakan orang pertama meninggalkan khamr, Al-Maidah ayat 90.

Uthman bin Maz'un juga mendapat sanjungan Nabi dimana ada hadith bahawasanya Nabi SAW melakukan solat jenazah ke atas Uthman bin Maz‘un. Dan juga ketika kebumian beliau Nabi sendiri meletak seketul batu sebagai tanda kuburnya.

Banyak kisah mengenai Uthman bin Maz'un. Beliau turut dalam rombongan berhijrah mencari perlindungan di Habsyah; berkahwin dengan Khawlah binti Hakim; sahabah yang mahu melaku kasi semacam mana biara Kristian; jenazah sahabat muhajirin yang pertama makam di Baqi'. (Baca wiki - link).

Petikan :

Tatkala Uthman bin Maz‘un meninggal dunia dan dikebumikan, nabi SAW memerintahkan seorang lelaki untuk membawakan kepadanya seketul batu. Akan tetapi dia tidak mampu untuk membawa batu tersebut. Maka, Nabi SAW bangun dan menyinsingkan kedua lengannya (lalu pergi ke batu itu), kemudian Baginda membawa batu tersebut dan meletakkannya di sisi kepala jenazah itu (pada kuburnya). Baginda bersabda: ‘Supaya aku mengetahui dengan tanda ini akan kubur saudaraku dan mengebumikan di sisinya, mereka yang mati daripada kalangan keluargaku.’

Baca ' Uthsman bin Maz'un'. maktabahalbakri dot com - link.

Asbabun Nuzul ayat 90 Al-Maidah boleh baca sini - link.


- - - - -